Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini perhebatkan gerakan menghapuskan rasuah, termasuk memantau politik wang dalam Umno menjelang pemilihan parti, Mac ini. Pengarah Bahagian Risikannya Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata semua aspek yang boleh dikaitkan dengan rasuah akan tetap menjadi perhatian suruhanjaya itu, lapor Bernama . "Kami mempunyai banyak ejen yang sentiasa memberi maklumat," katanya selepas majlis penyerahan tugas Pengarah SPRM Perlis oleh Pemangku Penolong Kanan Pesuruhjaya II P Ganeson kepada Pemangku Penolong Pesuruhjaya Yusof Shamsudin hari ini. Diminta mengulas kemungkinan wujud politik wang menjelang pemilihan Umno itu, Mohd Jamidan berkata SPRM akan memastikan pihak yang terbabit dengan kegiatan rasuah disiasat seterusnya didakwa. Tambahnya, setiap risikan sering membawa kejayaan besar dalam menangani kes penyelewengan dan rasuah yang merugikan negara. "Kami telah mencapai banyak kejayaan besar tetapi perkara itu tidak dilaporkan den
zul mamak png