Sabtu, 28 Ogos 2010
Bekas ketua PKR yang paling tadah 'tak cekap'
Khamis, 26 Ogos 2010
Khutbah Guan Eng: Pengakuan daripada saksi yang berada ditempat kejadian
Salam Sahabat semua,
Puasa kini dah masuk ke fasa ke 2… Mari lah kita tingkatkan amalan supaya menjadi Muslim yang beriman…
Minggu lalu kita semua di gempar dengan "cerita meloya dari Utusan Meloya " yang di tulis oleh pengarang "jahil " dan di ulas oleh pemimpin UMNO yang sewaktu dengan akhbar tersebut…
Konon nya KHATIB baca khutbah bubuh nama "Ketua Menteri LIM GUAN ENG " ganti nama AGONG sebagai ketua Agama.. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut yang mempunyai "tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir " dan boleh mengajar di mana-mana dan mempunyai kelulusan AL AZHAR beliau Ustaz Zakaria Hj Ahmad…beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS…dan seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia…hebat tu semua ulamak besar belaka.
Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham..dan lepas tu beliau mendoakan agar Allah bukakan "hidayah" kepada Ketua Menteri P. Pinang LIM GUAN ENG untuk memeluk ISLAM dan bukanya mengantikan nama Agong… Saya dengar sendiri dengan mata kepala … tapi yang sedih POLIS pun di jadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK.. pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula oleh bekas menteri besar kedah Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni… jadi rumusan yang dapat kita buat teramat betul lah TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO… dalam bulan puasa pun hati terus "hasad"…
Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum bala Allah turunkan sama seperti PAKISTAN…
Selamat berpuasa.
Rabu, 25 Ogos 2010
Cikgu Bad minat tanding ketua AMK
"Saya akan terus bekerja untuk parti, terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan. Saya bukan jenis orang, bila tiba masa pemilihan, baru (hendak) turun ke bawah," tambahnya.
Isnin, 23 Ogos 2010
KENYATAAN Y.B. DATO MANSOR MENGENAI ISU 'GUAN ENG GANTI YDP AGONG"
Siasatan Polis Boleh Dipercepatkan Atas Tuduhan UMNO Bahawa Ada Masjid Di Pulau Pinang Terlibat Dalam Isu “Guan Eng Gantikan Agong” Perlu Demi Mempertahankan Maruah Semua Imam/Khatib Dan Masjid Di Pulau Pinang.
Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap siasatan polis dipercepatkan atas tuduhan UMNO bahawa ada masjid di Pulau Pinang yang terlibat dalam isu “Guan Eng Gantikan Agong” amatlah perlu demi mempertahankan maruah semua imam/khatib dan masjid di Pulau Pinang.
Teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. Kerajaan negeri, JAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.
Oleh itu sekiranya ada mana-mana imam/khatib yang menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama YDP Agong, ini adalah salah dan maka tindakan keras haruslah diambil.Sehingga sekarang tidak ada seorang imam/khatib mengaku ada menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama YDP Agong sepertimana yang didakwa oleh UMNO.
Malah seorang khatib/imam, Ustaz Zakaria Ahmad, menafikan tuduhan UMNO yang beliau terlibat dan menganggap tuduhan itu sebagai satu fitnah sama sekali. Sebenarnya, beliau hanya mendoakan Guan Eng diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam, di mana Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang bukan Islam diberi petunjuk dan hidayah Allah untuk memeluk Islam. Samada ini selaras dengan hukum Islam ataupun tidak, ianya harus diputuskan oleh para ulama dan pakar agama.
Isu “Guan Eng gantikan Agong” yang dibangkitkan oleh UMNO perlu diputuskan kesahihannya samada benar atau tidak. Ini kerana beberapa masjid di Pulau Pinang berasa gelisah selepas dilandai fitnah UMNO mengatakan mereka terlibat dalam isu menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama Ketua Menteri. Oleh yang demikian siasatan polis diharap dapat disiapkan dengan segera supaya perkara yang begitu sensitif ini boleh diselesaikan dalam bulan Ramadan yang mulia ini sekaligus boleh mempertahankan maruah imam/khatib dan masjid seluruh Pulau Pinang.
Kerajaan negeri rasa kesal bahawa UMNO telah mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang mulia ini dengan tuduhan-tuduhan melulu dan melemparkan fitnah ke atas Kerajaan negeri Pulau Pinang. Sehingga sekarang UMNO tidak dapat menunjukkan bukti JAIPP sediakan teks khutbah yang menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong ataupun menunjukkan di mana kerajaan negeri, JAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada masjid atau surau untuk menggunakan nama Ketua Menteri.
Adalah tidak adil dan patut bahawa sekarang ini masjid dan imam/khatib diheret dalam kacah permainan jahat UMNO semata-mata untuk memenuhi kegairahan politik UMNO untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri PR.
Saya ingin mengulangi isi kandungan usul bersama pada mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang semalam yang menyeru rakyat dan penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO. Ini adalah kerana UMNO cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada beberapa kejayaan program kerajaan negeri seperti memberikan kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri; pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas; menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 ; Sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR); serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.
Y.B. Dato’ Mansor bin Hj. Othman
KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.
Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP. 10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-
1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO.
5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.
6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
7. Menafikan dengan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.
8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.
9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri.
10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.
YB Dato Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Pengerusi PKR Pulau Pinang
YB Chow Kon Yeow
Pengerusi DAP Pulau Pinang
Ustaz Rosidi Hussain
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
Ahad, 22 Ogos 2010
HUKUM MENDOAKAN ORANG YANG BUKAN MUSLIM
Kenyataan Bersama TKM 1 & Pengerusi Hal Ehwal Agama P. Pinang
Khamis, 19 Ogos 2010
1240 AHLI BN SERTAI PKR
Lima cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tandek di Kota Marudu dipercayai telah dimansuhkan atau bakal berkubur.
Kerugian PBS bererti kemenangan buat PKR kerana majoriti ahli parti itu keluar beramai-ramai untuk menyertai pembangkang hujung minggu ini.
Kelima-lima cawangan itu ialah Talamason, Pangapuyan, Paka, Mogis dan Pompodon.
Tandek kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri wanita PBS Anita Baranting, seorang yang rapat dengan Ahli Parlimen Kota Marudu dan Timbalan Presiden Maximus Ongkili.
Orang kuat PKR Jeffrey Kitingan mengalu-alukan seramai 1,240 ahli meninggalkan Barisan Nasional, majoriti datang dari PBS, berkata tindakan berani mereka menyaksikan berlakunya "tsunami" dengan menolak pemimpin-pemimpin mereka yang degil.
"Tindakan mereka menandakan bahawa mereka sangat kecewa dalam memberi sokongan pemimpin-pemimpin BN yang tidak membawa hasil kerana gagal menyelesaikan masalah tanah, menyediakan prasarana yang lebih baik dan peluang-peluang yang lebih baik, katanya ketika menerima borang permohonan yang disaksikan oleh Ketua PKR Kota Marudu, Anthony Mandiau.
Rabu, 18 Ogos 2010
Umno Parti Tenat Terdesak Guna Isu Perkauman
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa terdapat pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan baru hanyalah percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
Anwar mengulas perkara tersebut ketika ditanya wartawan mengenai satu artikel di dalam Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Harussani dan menimbulkan kemungkinan 'perang besar' sekiranya kerajaan gagal menangani konflik kaum.
"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.
"Umno yang sekarang ini kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mereka mula dilihat memainkan sentimen tersebut.
"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.
"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.
Semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di Ipoh Isnin lalu, Harussani mendakwa pihak tertentu mahu menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan perlembagaan baru yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
Tambah Anwar, seperti juga dalam isu berhubung isu kain rentang provokatif yang menghina Sultan Johor dan cuba dikaitkan dengan KEADILAN, beliau meminta pihak polis melakukan siasatan telus dan professional.
Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.
"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,' jelas beliau./sk
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...