Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Ceramah 'Lawan Tetap Lawan'

2hb Disember'16 (Jumaat) 8.30 malam Padang Tunas Damai, Sungai Tiram, Bayan Lepas, P.Pinang. (Belakang The Star atau Nissan SC) Penceramah: 1. Rafizi Ramli (MP Pandan) 2. Saifuddin Nasution 3. Mohammad Mohd Taib (Bekas MB Selangor) 4. Mujahid Yusof Rawa (Amanah P.P) 5. Khairuddin (Bersatu) 6. Saiffudin Abdullah (Bekas Timb Menteri) 7. Sim Tze Tzin (MP B.Baru) 8. Abdul Malik Kassim (Exco Kerajaan Negeri) 9. Mohd Rashid Hasnon (TKM1PP) 10. Chang Lih Kang (Adun) 11. Manivanan (MP Kapar) 'Diam Di Tindas atau Bangkit Lawan' Semua dijemput hadir....

Jom undi untuk jaringan cantik Faiz Subri untuk merebut Anugerah Puskas FIFA tahun ini

Gol cantik pemain Pulau Pinang, Faiz Subri dicalonkan FIFA dalam senarai akhir 10 gol untuk merebut Anugerah Puskas tahun ini. Antara saingan Faiz adalah gol Neymar dan Messi. Tahniah.....Ayuh,atas nama MALAYSIA,sama sama kita memberikan undi untuk jaringan menakjubkan ini. Anda semua boleh mula mengundi di  http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html

Kisah 2 Insiden Di Parlimen Hari Ini Berkenaan Banjir Kilat Di Bayan Baru - Menteri cuba lepas tangan.

Hari ini, saya telah minta kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar  untuk memperuntukkan wang bagi menyelesaikan isu-isu banjir di Bayan Baru dan Batu Maung.Tetapi yang mengecewakan ialah beliau hanya mengulangi peruntukan untuk Tebatan Banjir di Sg Pinang. Saya telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu banjir ini. Bulan lepas, saya telah mesyuarat dengan Pengarah JPS, JD JPS, JD JKR dan Exco YB Chow (seperti dalam gambar) Kami telah mengenal pasti punca banjir. Tetapi usaha kami terbantut di sana, kerana isu utama adalah dana kerana berpuluh-puluh juta diperlukan! Saya begitu kecewa kerana Menteri tidak mahu membantu. Dan projek tebatan banjir Bayan Baru tidak pernah dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan. Tetapi, saya terjumpa dengan Ketua Menteri P.Pinang YAB Lim Guan Eng di lobi Parlimen. (Sebenarnya, saya menunggu dia, saya perlu membangkitkan isu banjir ini kepadanya). Saya segera memberitahu beliau isu banjir di Bayan Baru dan Batu Maung kepada beliau. Dia

9 tahun Datuk Seri Najib Menteri Kewangan, Bebanan kewangan negara dan rakyat RM681 bilion, Transformasi Nasional paling besar dalam sejarah Malaysia.

Kenyataan Media MP Bayan Baru YB Sim Tze Tzin: 3 November 2016 Isu yang paling hangat dibahaskan dalam bajet 2017 adalah isu hutang negara dan bebanan kewangan, bukan sahaja Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan malah juga MP dari BN merasakan kebimbangan terhadap bebanan hutang yang terlalu tinggi. Yang lebih membimbangkan adalah mantan Menteri Kewangan 2 YB Datuk Husni juga meluangkan perasaan bimbang terhadap keadaan hutang negara. Jadi timbul soalan berapakah hutang negara dan bebanan bakal projek-projek besar yang diluluskan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak? Adakah hutang tersebut “sustainable” atau ia bakal menjejaskan keadaan ekonomi, debt servicing dan “rating” negara? Atas Persoalan-persoalan itu, pejabat saya telah membuat kajian kepada jumlah hutang negara, projek mega yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini akan memberi gambaran bagaimana beba