Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Wang Ehsan Rm100 Kerajaan PR PP punca suami meninggal

Artikel edyesdotcom adalah di bawah, selepas berita dari blog sengal pencacai UMNO ini; - Dari blog pencacai Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng. Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut. Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini. Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini. *************************************************************** Seperti yang telah diketahui umum, lesen paling mahal sekali dalam negara ini ialah lesen judi di Genting Hig

Jemputan Ke Rumah Terbuka Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang ( AMKPP )

AMK Pulau Pinang amat berbesar hati untuk menjemput semua rakan pimpinan AMK & Pakatan Rakyat, Media & Bloggers ke Program Rumah Terbuka Aidilfiti AMK Pulau Pinang seperti berikut; TARIKH: Sabtu, 2 Oktober 2010 TEMPAT : Ruang Legar, Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth MASA: 8.30 Malam Pelbagai jamuan raya & acara menarik telah diatur pada malam tersebut, dan rakan2 dijemput sama memeriahkan rumah terbuka kami. Salam Reformasi!

Kalau kalah takkan keluar parti - Zaid

Datuk Zaid Ibrahim berkata, jawatan timbalan presiden PKR bukanlah satu kedudukan penting baginya. Sekiranya beliau tewas, beliau tidak akan mengambil tindakan keluar parti, tegasnya. Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini , Zaid menjelaskan bahawa beliau lebih mementingkan peranan yang boleh dimainkannya, berbanding jawatan itu sendiri. “Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno. “Saya lebih gembira dengan politik idea, isu, tentang kejujuran dan amalan (pentadbiran) yang baik untuk negara ini kerana ia akan membawa kita lebih jauh. Tapi disebabkan politik kita belum mencapai tahap (kematangan politik) seperti itu, jadi kita tidak dapat mencapai demokrasi (yang diingini). Katanya proses kematangan itu mungkin mengambil masa sehingga 50 tahun dan akan tercapai sekiranya parti sentiasa konsisten dengan budaya y

3,000 solat jenazah Chek Hashim

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima,47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang. Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini. Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang. Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan seger

Al Fatihah....ADUN Galas, Che Hashim Sulaima Telah kembali Kerahmatullah petang tadi

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi. Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang. Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari. Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah. Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Rafizi ketua AMK berkarisma cerdik???? tak lebih dari ketua yang menipu dan meniru......

Assalamualaikum…Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada ahli-ahli AMK khususnya. Terdetik dihati untuk berkongsi perkembangan calon Ketua AMK Pusat ini. Mungkin tak banyak yang kita tahu tentang beliau tapi rupanya beliau berperanan di belakang tabir sewaktu era Reformasi lagi dan sampailah sekarang. Ini adalah diakui beliau sendiri sewaktu Debat AMK di Taiping Golf Resort. Bagi mereka yang tak berada dalam dewan debat di Taiping Golf Resort pada 18 July 2010 boleh la ke web ni http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html dimana Chegubard telah bentangkan misi dan visi beliau,jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda. pada mulanya Rafizi ke sana kesini pakai nama anwar yang suruh dia tanding.... tapi bila dia sedar yang hakikat parti ini tak semudah itu dan amk ternyata sudah pergi jauh dr segi idealisma bukan sekadar bebudak anwar maka dia kata dan keluar paper dia kata yg org ramai terkeliru seba

Keputusan Penuh Pemilihan Cabang Jelutong 2010-2013

Jawatan Ketua Cabang Jelutong Shahul Hameed Mohamed Ishack - 117 undi Ong Beng Teo - 64 undi Cheah Kah peng - 21 Undi Rosak - 4 undi Jawatan timbalan Ketua Cabang Jelutong Badrul Zaman P.S Md Zakaria - 122 undi Ng Wai Leong - 79 undi Undi Rosak - 2 undi Majoriti - 43 undi Jawatan Naib Ketua Cabang Jelutong Abdul Rahim Abdul Razak - 123 undi Shahrudin Mohd Shariff - 79 undi Undi Rosak - 2 undi Majoriti - 44 Undi Jawatan Kuasa Cabang 1- Abdul Wahab Shaik Mohamed 2- Asrab Ali Hamid 3- Khairil Anuar Kamarudin 4- Mohamed Fauzee Shahul Hameed 5- Mohammad Faizol Kamaruddin 6- Mohd Hussain Mohamed Hashim 7- Mohd Isdulillah Ismail 8- Mohd Kassim Abdul Karim 9- Mohd Rashid Zakaria 10- Roselin Mashuthu 11- Salehudin @ Sazali Zainol 12- Shadiwasmale Adenan Ahmad 13- Sulaiman Mat 14- Ubaidullah S.M Abu Bakar 15 - Wan Husaini Wan AB. Rahman Jawatan Ketua AMK Cabang Jelutong Wan Husaini Wan AB. Rahman - 63 undi Mohamed Nasir Alauddin - 36 undi Undi Rosak - 1 undi Majoriti - 2

Team Reformis menang Jawatan AMK Cabang Bayan Baru

Ketua AMK Cabang Bayan Baru Ahmad Azrizal Tahir - 146 Hazril Hassan - 116 Timbalan Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sha'ari Md Salleh - 127 undi Zainol Rozali - 6 undi Mohd Anuar Arbayee - 109 undi Undi Rosak - 11 undi Naib Ketua AMK Cabang Bayan Baru Victor Seow Khoo Tatt - 125 undi S.Thivagaran - 103 undi Untuk Jawatankuasa AMK Cabang Bayan Baru yang menang adalah :- 1- Lalita Saad 2- Marzuki Ahmad 3 -Mohd Aidil Fitri 4 - Mohd Yusoff Hashim 5 - Noor Izar Jamaludin 6 - Ooh Sin Hwa 7 - Rohana Shaari 8 - Rosni Ismail 9 - Shamsul Amrin Azhar 10 - Sim Kok Jiun 11 - Yusmar Shair Ismail 12 - Ziezull Hakim Zainol 13 - Zulfazdli Md Noordin 14 - Zulkarnain Mohaqmed Ali 15 - Annuar Ismail

Team Reformis Menguasai Wanita Cabang Bayan Baru

Ketua Wanita Cabang Latifah - 162 undi Shafinas - 96 undi Timbalan Ketua Wanita Cabang Doris Chua - Menang Tanpa Bertanding Naib Ketua Wanita Cabang Mahani Shariff Hussain - 144 undi G.Satiavani - 97 undi Untuk Jawatankuasa Wanita Cabang Bayan Baru yang menang adalah :- 1- Latifah Md Salleh 2- Mazenah Yahaya 3 - Zawiah Mat Ismail 4 - Lalita Saad 5 - Kalsom Said 6 - Saloma Yahaya 7 - Kamsani Ridzuan Proses pengiraan untuk Jawatan AMK sedang dijalankan

Team Reformis Menang Selesa Jawatan Kuasa Cabang Bayan Baru

Ketua Cabang Bayan Baru YB Sim Tze Tzin - 499 undi Segaran - 261 Majoriti - 231 Timbalan Ketua Cabang Hj Rashid - 465 undi Salahuddin - 268 undi Undi Rosak - 24 undi Majoriti - 207 undi Naib Ketua Cabang Bayan Baru Hj Zainudin Hanif - 461 undi Swee - 276 undi Undi Rosak - 29 undi Majoriti 185 undi Untuk Jawatankuasa Cabang Bayan Baru yang menang adalah :- 1) Isaychelvam Suntham 2) Kang Cheng Guan 3) Mohd Razali bin Abdullah 4) Ooh Sin Hwa 5) Prof Madya Dr.Zasmani Bt Shafiee 6) Ramlah Bee Bt Asiahoo 7) Samsudin Bin Abd Rahman 8) Subramaniam Semhasalam 9) Tan Ewe Keat 10) Victor Seow Koo Tatt 11) Zulkarnain Muhamed Ali 12) Hazali Yahaya 13) Mohamad bin Ismail 14) Samsudin bin Sukimin 15) Helmi bin Md Yusuf Proses pengiraan untuk Jawatan Wanita dan AMK sedang dijalankan

Nurul Izzah tawar diri untuk jawatan Naib Presiden

Penawaran untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). 23 September 2010 Atas semangat demokrasi dan reformasi, saya ingin mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Saya bersyukur dan terharu atas pencalonan yang diterima dari cabang-cabang dan saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Saya gembira sekali kerana Suara Ahli hari ini menjadi Suara Hati saya dengan kesediaan saya mengambil peluang untuk memikul tanggungjawab dalam parti. Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka bebas untuk membuat pencalonan dan saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka. Saya adalah antara mereka yang bertuah kerana dapat menjadi saksi dan terlibat dalam gerakan Reformasi 12 tahun lalu dan kini menyaksikan pencapaian Keadilan hari ini. Saya percaya pemilihan parti tahun ini akan menjadi titik perubahan bagi memperkasakan parti da

Tulisan semula : Ucapan 20min Debat Calon2 Ketua AMK

Antara perkara point penting yang dibangkitkan dalam debat Kita boleh saja bercakap nak ke Putrajaya atau Konsep pencerahan namun siapa sahaja yang memang dalam pemilihan kali ini harus sedar satu hakikat iaitu risiko terhadap Anwar dan Parti. Semua orang harus bersedia dengan risiko itu. Siapa dalam dewan ini yang boleh nafi Anwar akan ditahan semula ? Hanya orang yang tidak memahami politik negara dan ketakutan regim Rosmah dan Najis sahaja akan percaya Anwar akan memperolehi keadilan. Dengan peguam dihalang berhujah, bukti yang diselewengkan serta semua agensi kerajaan dipergunakan sepenuhnya semua sudah parti tahui akan penghujung kes ini. Maka team yang menerajui AMK nanti mesti / wajib menyedari hakikat ini dan bersedia bertempur dengan sedaya upaya mereka. Tdak kira siapa yang memang harus memperakui hakikat ini jika tidak Amk tidak berpijak dibumi nyata. Hakikat ini perlu disedari sebelum bincang pasukan ke Putrajaya. Pilihanra