Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Kenyataan Media AMK Bayan Baru berkaitan kenyataan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim

ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan Ketua Cabang Baru- Beliau juga merupakan bekas Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dengan terbuka telah mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng secara keras dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga kesal dengan kenyataan beliau yang secara jelas membelakangi semangat Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam Kongres Pakatan Rakyat yang diadakan pada bulan December 2009 lalu. Jelas kenyataan beliau mengundang persoalan berkaitan pendirian beliau selaku Ahli Parlimen yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia da

Untuk meraih populariti dan sarat dengan agenda peribadi penyebab Zahrain serang Guan Eng

PULAU PINANG, 31 Jan: Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyifatkan semua kenyataan bekas Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tidak lebih daripada untuk meraih populariti dan sarat dengan agenda peribadi. Sehubungan itu, ketuanya, Amir Haji Ghazali mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahrain yang terus memburuk-burukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga menggesa Zahrain menarik semua kenyataan negatif dan tuduhan melulu terutama terhadap Anwar. "AMKPP kecam kenyataan Zahrain dan memohon beliau menarik balik semua kenyataan dan kemaafan demi kebaikan parti dan keharmonian Pakatan Rakyat serta meminta pucuk pimpinan parti agar segera menghadapkan beliau ke Lembaga Displin parti," ujarnya. AMKPP juga, katanya kesal dengan tindakan yang seolah-olah bercakap bagi pihak Umno dan BN apabila setiap hujah yang diutarakan seperti menuduh Ketua Menteri diktator dan chauvinis selari dengan modal yang

11 Ahli Parlimen Pakatan akan lompat???

Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen. Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim. Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau). “Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi. Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin. Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain. D ifahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor

Perbicaraan DSAI - 2 Februari 2010, 8.30 pagi, Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Saudara-saudari semua, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kompleks Jalan Duta. Beliau didakwa di bawah seksyen 377B Kanun Jenayah. Pendakwaan ini sebagaimana kes tahun 1998 lalu, menerima bantahan meluas baik dari dalam mahupun luar negara kerana didasari motif politik untuk menghalang kemaraan rakyat menuntut Perubahan. Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat antara tokoh utama yang menggembeling hasrat rakyat, baik pada tahun 1998 mahupun pada pasca Pilihanraya Umum 2008. Berikut adalah butiran sesi perbicaraan tersebut: Tarikh: Hari Selasa, 2hb Februari 2010. Masa: 8.30am. Tempat: Aras 5, Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN....... 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!! .. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SU

PKR Pulau Pinang huru hara????

GEORGETOWN - Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rumit apabila beberapa pemimpinnya di negeri ini dihebohkan dikatakan akan meninggalkan parti itu. Tanpa memberi alasan khusus mengenai punca khabar angin itu, beberapa sumber yang ditemui mengakui mendengar desas desus berkenaan sejak beberapa minggu lalu. Mereka mendakwa, pemimpin yang terlibat termasuk beberapa wakil rakyat. Ketika diminta mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang mendakwa, itu mungkin satu lagi 'projek' Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR). "Saya tak pernah dengar khabar angin ini. Ini mungkin satu lagi projek Barisan Nasional. Perang saraf untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di saat-saat kes mahkamah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).... that is my comment (itu komen saya). Tq (terima kasih).” Itulah jawapan Choo Kiang yang juga Exco Kerajaan Negeri menerusi khidmat pesanan rin

Memorandum kepada SUHAKAM berhubung kejadian serangan ke atas rumah-rumah ibadat

Pada 29 Januari 2010, bertempat di Tingkat 29, Menara Tun Razak, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung kejadian serangan provokasi ke atas rumah-rumah ibadat di Malaysia. Butur-butir yang terkandung dalam memorandun tersebut buleh baca di bawah MEMORANDUM BERHUBUNG PENINGKATAN KEJADIAN YANG MENYUBURKAN KETEGANGAN AGAMA DALAM MASYARAKAT. KEJADIAN SERANGAN PROVOKASI TERHADAP RUMAH IBADAT DI MALAYSIA ADALAH PENCABULAN HAK ASASI YANG SERIUS! MENYERU SUHAKAM MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA UNTUK MENANGANI ISU TERSEBUT! Keputusan mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh suratkhabar Herald Tribune telah mencetuskan pelbagai reaksi dari masyarakat. Kesan yang paling membimbangkan rentetan daripada keputusan mahkamah tersebut adalah berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini yang melibatkan rumah-rumah ibadat di Malaysia. Tindakan ini disyaki dilakukan oleh ejen-ejen pro