Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Adakah lagi Keadilan Dalam Keadilan????

Kepincangan atau penyelewengan dalam proses Pemilihan KEADILAN 2010 sudah menjadi rahsia terbuka. che'GuBard sudah membuat lebih dari satu laporan dan aduan bersama fakta mengenai perkara ini kepada saluran yang seharusnya. che'GuBard menolak jawatan pusat yang ditawarkan kerana bukan jawatan yang dimohon tetapi siasatan dan ketelusan. che'GuBard sebolehnya cuba menjaga 'adab' dengan memberikan tekanan terbuka seminima mungkin itupun setelah hampir semua rasanya saluran dalaman digunakan. Dalam pada masa yang sama tidak pernah berhenti untuk terus menyusun massa khususnya anak muda menggempur regim. Namun malangnya che'Gubard terus dilabel pengkhianat dan ramai pula 'pejuang hebat' di keliling kuasa atasan terus menerus terus bertindak , menghina dengan tujuan che'GuBard keluar parti. Belum pun apa - apa sudah mula terdengar cerita che'GuBard dibeli, dibayar regim nak hancur parti dan seumpamanya. Dua hari lepas che'GuBard sekali lagi men

Bob Lokman istihar bersama dalam perjuangan PAS

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu. Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri. Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat. "Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysia kini . Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS. Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena. Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu. "Ka

Salam Maulidul Rasul 1432 hijrah

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad . Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi . Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak m

Isu tanah Pulau Jerejak - Pakatan tetap akan bongkar

GEORGETOWN, 2 Feb: Skandal penyerahan tanah di Pulau Jerejak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu sebelum peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) akan tetap dibongkar bagi memberi pendedahan sebenar kepada rakyat. Mengulas mengenainya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerugian yang mencecah RM30 juta adalah satu skandal yang melibatkan kerugian kepada rakyat dan juga kerajaan negeri. "Rakyat mengalami kerugian bersama-sama dengan kerajaan negeri. Wang premium tanah yang sepatutnya bernilai RM10.6 juta untuk 32 hektar tidak dibayar. Pulau Jerejak tidak kita perolehi. Pulangan pun tiada. Ia kerugian semata-mata. "Kini sudah tiba masanya bagi kita mendapatkan semula Pulau Jerejak dan jumlah wang yang begitu banyak telah diberikan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang kepada mereka," ujarnya lagi. Isu skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort t

‎'Protes Selamatkan Mahasiswa Malaysia di Mesir'

‎'Protes Selamatkan Mahasiswa Malaysia di Mesir' - Esok, Rabu, 2 Feb 2011, Jam 2 ptg Tempat Wisma Putra, Putra jaya. Anjuran gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gabungan Ibu Bapa, NGO, Parti Politik dan Mahasiswa Malaysia di Mesir. Ayuh selamatkan kawan2 dan anak kita di Mesir. Sebarkan!!!!!!

KARNIVAL ANAK MUDA DAN JUALAN SELANGOR 2011

KARNIVAL ANAK MUDA DAN JUALAN SELANGOR 2011 anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia SAMM dengan sokongan Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama Angkatan Muda KEADILAN Sepang Antara acara utama : Karnival Anak Muda dan Jualan Selangor 2011 5 - 16 Feb. 2011 di dataran Prima Avenue, Cyberjaya 5- 16 Feb : Gerai Jualan dan Pameran dibuka ada banyak acara sepanjang karnival dan antara acara besar ialah Forum Perdana dan Konsert 10 Feb 2011 , 8.45 malam bersama YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ust. Badrul Amin dan Ust. Ghani Abd Rahman moderator Syed Mikael Rizal Aidid Malam Debat/Diskusi Anak Muda 11 Feb 2011, 8.45 malam bersama wakil siswa dari 5 IPT tempatan, wakil Pemuda Umno, Wakil AMK, Wakil DPPAS, Wakil DAPSY dan Wakil MIC moderator : che'GuBard (SAMM) Pesta Futsal Rakyat Karnival Anak Muda 12 Feb 2011 , 8.45 pagi - 8.45 malam penyertaan terbuka kpd 32 pasukan pertama Yuran RM35/pasukan Hadiah wang tunai pertama RM800, Kedua RM500, Ketiga RM300, tempat ke 4-10

Tahniah kerajaan BN dari Rakyat Malaysia

Hadiah kemenangan PRK Dun Tenang dari Bn kepada seluruh rakyat Malaysia.... Minyak RON97 telah dinaikkan lagi 10 sen sebentar tadi menjadi RM2.50.. .. tahniah.... 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!! .. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!