Khamis, 30 Oktober 2014

Persempadanan semula DUN Negeri Sarawak Merugikan

Kenyataan Media berkenaan Persempadanan Semula DUN  Negeri Sarawak
30  November 2014

Saya ingin merujuk laporan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak telah menerima Draf Rang Undang-undang persempadanan semula KADUN negeri Sarawak yang mencadangkan penambahan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) dari 71 kerusi ke 82 kerusi. RUU tersebut dijangka akan dibahaskan di DUN Sarawak apabila DUN bersidang antara November 11 hingga 19. RUU ini juga akan melibatkan pindaan perlembagaan negeri Sarawak

Ini bermaksud proses persempadanan semula SPR telah bermula secara rasmi.

Saya ingin menyeru ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak baik dari Pakatan atau BN untuk menolak sebarang penambahan kerusi DUN.

Penambahan kerusi akan mengurangkan suara para ADUN dalam DUN disebabkan penambahan jumlah ADUN. Semakin ramai ADUN, semakin kurang suara, kuasa dan pengaruh ADUN-ADUN. Semakin ramai ADUN, semakin hebat persaingan untuk meminta peruntukan untuk kawasan masing-masing khususnya dari kawasan luar Bandar dan pendalaman. Akibatnya, peruntukan untuk memenuhi permintaan ADUN pun akan berkurangan kerana peruntukan tidak akan mencukupi untuk ADUN yang semakin bertambah.

Di Amerika Syarikat, sejak 1911, Kongress telah menghadkan jumlah ahli parlimen pada 435 congressmen untuk memelihara kuasa dan pengaruh ahli-ahli Parlimen. Di India, jumlah Ahli Parlimen telah dihadkan kepada 552 MP sahaja demi tujuan yang sama.

Dimanakah justifikasi penambahan kerusi SPR berdasarkan penambahan populasi pengundi, jika kawasan Parlimen India mempunyai purata 15 juta pengundi satu kawasan? SPR harus menjawab persoalan tersebut.

Dengan penambahan 11 kerusi DUN, SPR seolah-olah mencadangkan “Peaceful Solution” untuk menyelesaikan pertembungan politik BN negeri Sarawak dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang mempunyai 9 ADUN. Penambahan 11 kerusi atau sebanyak 15.5% amatlah drastic dan mengejutkan. Selama ini, umum menganggap SPR hanya akan menambah paling banyak 6 kerusi DUN Sarawak. SPR harus menjawab apakah rasional penambahan mendadak kerusi-kerusi tersebut. Jika gagal menjawab persoalan-persoalan tersebut, rakyat akan menganggap SPR diperalatkan oleh pemerintahan BN.

Dengan penambahan kerusi di negeri Sarawak, PKR menjangka RUU persempadanan kerusi di Parlimen juga akan dilaksanakan dalam bulan November ini. Kami menjangka penambahan 6 kerusi baru Parlimen dari negeri Sarawak dalam RUU persempadanan semula di Peringkat Parlimen. Penambahan 6 kerusi Parlimen dari 31 kerusi sekarang juga bersamaan dengan 20% penambahan kerusi Parlimen Sarawak. Tujuan ketara ini juga dilihat untuk mengukuhkan kuasa UMNO/BN dari negeri-negeri “fix-deposit”. Pakatan harus membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi RUU ini.


Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
Pengarah Strategi Parti KEADILAN

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...