Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Fairus al moron dah join umngok.....

Fairus keluar PKR masuk UMNO - Utusan Rasis 28/02/2010 10:46pm KUALA LUMPUR 28 Feb. - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai UMNO. - Utusan Rasis Agendadaily melaporkan.. "Antara sebab yang diberikannya ialah kesal dengan pendirian PKR berhubung isu pengunaan kalimah Allah serta hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan agama".-28/2/2010 PKR's Fairus joins Umno -Malaysian Insider Fairus had submitted his forms to Umno two weeks after the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) cleared him and seven other high-profile politicians for graft. - sebahagian petikan dr MalaysianInsider 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!! .. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, S

Usul Royalti minyak dibentang pd DUN sebelum ke mahkamah

Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa. "Saya tidak tahu apa yang akan Adun bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri," katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu, hari ini. Hari ini, kerajaan negeri menjemput semua Adun termasuk dari Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Saghir Mohd Noor. Husam yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berharap semua Adun itu mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sid

Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah patut dimansuhkan

Gambar hiasan KUALA LUMPUR : Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah patut dimansuhkan kerana peruntukan itu dilihat sebagai 'Ultra Vires' kerana ia secara terang-terangan bercanggah dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata demikian dalam suatu kenyataannya di sini ketika merujuk tindakan seorang bekas pengurus bank yang mencabar hukuman sebat ke atasnya sebelum ini. Terdahulu, seorang bekas pengurus bank dikatakan telah mencabar hukuman sebat ke atasnya kerana peruntukan undang-undang itu disifatkan sebagai hal yang menindas dan prejudis terhadap kaum lelaki. "Seksyen itu menyatakan bahawa hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah wanita. Justeru itu, peruntukan sedia ada ini dilihat amat bercanggah dengan prinsip kesaksamaan dan anti diskriminasi jantina sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata beliau. Dalam pada itu, k

Semua ADUN boleh dapat AP

Semua ADUN kini masing-masing boleh memohon untuk mendapatkan satu permit AP untuk mengimport kereta ke negara ini. Dengan itu, mereka kini menyertai ahli parlimen serta peniaga dan pengimport kereta, diplomat dan individu lain yang menikmati kemudahan tersebut untuk memohon AP daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti). Surat dari bahagian import dan eksport Miti itu, dikeluarkan pada bulan Februari dan dialamatkan kepada setiausaha dewan undangan negeri (DUN) Selangor, Mohd Yasin Bidin, menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan keputusan tersebut pada 25 Oktober 2009. Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan para 'yang berhormat' kepada rakyat dan negara, kata surat tersebut. Menurutnya lagi, kereta yang diimport itu - mesti berusia lima tahun atau kurang - tidak boleh dipindahkan hakmilik kepada pihak lain. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada pemberian AP kepada ADUN itu juga memerlukan mereka mem

CERAMAH TOLAK FITNAH SELAMATKAN MALAYSIA

TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK GUAR JERING PENANTI PERMATANG PAUH TARIKH : 27 HB. FEB. 2010 MASA : 9.00 MALAM UCAPAN OLEH YB DATO SERI ANWAR ( AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH) 10.00 MALAM UCAPAN OLEH UST SHAHRIL LONG (PENCERAMAH BEBAS) 10.30 MALAM UCAPAN OLEH YB MANSOR OTHMAN (TIMBALAN KETUA MENTERI 1 P PINANG ) 11.00 MALAM UCAPAN OLEH YB AZMIN ALI (NAIB PRESIDEN PKR /AHLI PARLIMEN GOMBAK) SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!! .. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

GPMS - Kami sanggup Mati mempertahankan Islam dan Melayu... betoi ka?????

Bernama semalam melaporkan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ. "GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu," katanya. Apa pun, GPMS kelihatan lebih bertamadun berbanding Pemuda Umno yang dilaporkan mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda PR. Takat berani koyak surat, tak macho la. Debat la. Orang tua-tua kata, berani kerana benar. Walaupun begitu, nampak tak jantan bila GPMS menolak cabaran debat itu. Takut nanti orang tuduh depa sebenarnya Gabungan Pondan

Hikayat terakhir Khairy dalam Umno

KATA pepatah Melayu, 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang'. Dalam pepatah Melayu moden, ayat itu diubah sesuai dengan ungkapan 'jika tiada beruk, masakan pokok bergoncang'. Dalam terjemahan lain pepatah ini disebut sebagai 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok.' Pepatah moden ini dipinjam dari seorang tokoh politik muda, sewaktu beliau berkuasa satu ketika dahulu. Ayat ini ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang amat lantang mengkritik kepimpinan PM waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ayat 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok ini', merujuk kepada gangguan terhadap seseorang pemimpin atau sesebuah organisasi. Orang yang menggugat kestabilan seseorang atau sesebuah organisasi, dilabel dengan gelaran beruk. Istilah beruk dalam politik Malaysia bukannya baru. Ia sudah lama diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang pernah menerbitkan cerpen satira politik bertajuk Maharaja Beruk oleh Yahaya Ismail. Kepada

lagi buku Zunar dirampas Polis

Polis yang begitu 'taksub' dengan karya kartunis satira Zunar atau lebih dikenali sebagai Zulkiflee Anwar Haque, sekali lagi merampas sejumlah buku karya terbarunya minggu lalu. Zulkiflee berkata beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas. “Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya. Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan. Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Kulit buku tersebut menarik perhati