KUALA LUMPUR: Pengagihan projek melibatkan 70 peratus kontraktor Melayu di Pulau Pinang membuktikan KEADILAN mampu membela mereka walaupun di negeri yang ditadbir parti gabungannya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata, ia juga membuktikan kontraktor Melayu mampu oleh bersaing tanpa kabel Umno. Beliau berkata, dakwaan pihak tertentu kononnya orang Melayu disisih dari pentadbiran kerajaan Pulau Pinang dari memperoleh projek, hanya digembar-gembur kontraktor Umno. “Dahulu, apabila kontraktor mendapat kontrak tertentu, Umno perlu membalas budi kepada banyak pihak. Akibatnya, kerajaan negeri pada masa itu membayar harga yang tinggi kepada kontraktor berkenaan. “Sekarang, tender terbuka kerajaan negeri menyebabkan golongan seperti ini tidak mampu bersaing tanpa kabel di pasaran terbuka,” katanya kepada Keadilan Daily. Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan kontraktor Melayu di Pulau Pinang mendapat lebih
zul mamak png