Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

~apa sebenarnya kita..

salam.. Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 Muharram.. Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 febuari daripada 12 Rabiul Awal.. Kita sebenarnya lebih membesarkan hari sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.. Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.. Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada menunaikan solat.. Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah.. Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada Assalamualaikum.. Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid memuji Ilahi.. Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri.. Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah-majalah hiburan daripada buku-buku agama.. Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, tempat yang menghiburkan daripada ceramah agama.. Kita sebenarnya lebih suka mengumpat daripada menceritakan kebaikan sebagai ikutan.. Kita sebenarnya lebih cintakan urusan

MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN... POLITIK BERLANDASKAN NILAI

Kenyataan Media Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh Hebahan : 30 Disember 2010 MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN... POLITIK BERLANDASKAN NILAI Saya mengharapkan agar 2011 akan menjadi tahun perubahan, tahun yang akan dianugerahi keselamatan dan keadilan untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia. Saya percaya, rakyat Malaysia akan bersama-sama menjadikan perubahan dalam sistem pentadbiran negara suatu realiti menerusi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Perubahan sedemikian akan berupaya melahirkan kestabilan demokrasi, memastikan tadbirurus baik negara dan merealisasikan Buku Jingga Pakatan Rakyat. Pemilihan saya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan baru-baru ini telah menggerakkan fokus saya terhadap The Way Forward , Mengorak Langkah Masa Depan demi memastikan parti ini kekal berpegang pada nilai-nilai yang akan sentiasa berkembang, menjadikan ia sebuah parti yang berintegriti, adil dan saksama terhadap anggotanya dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya, ini adalah tanggungjawa

Najib dan Anwar harus bersatu sambut wira negara demi masa depan anak muda - SAMM

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyertai seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa bersyukur juga setinggi bangga serta Tahniah kepada skuad bolasepak negara. Kemenangan ini dilihat mampu menjadikan lonjakan kepada kemajuan sukan khususnya bolasepak negara. Ia juga harus diambil kesempatan bagi mengarahkan perhatian yan g lebih anak muda negara kepada kegiatan yang berfaedah seperti sukan. Penglibatan anak muda dalam sukan juga mampu memjadikan kelompok ini menjadi lebih produktif serta menjauhi gejala negatif. Jesteru ini kita semua harus bersama berusaha menjadikan pemain-pemain skuad Harimau Malaya ini sebagai ikon dikenali kelompok muda agar ia menjadi contoh kesungguhan mereka. Sebagai pemulaan SAMM menggesa satu himpunan sambutan wira negara harus di adakan di lapangan terbang. SAMM sendiri akan bersama menggerakkan anak muda untuk bersama ke arah itu. SAMM juga menggesa himpunan sambutan wira itu juga diadakan di seluruh negara. Cuma dalam perkara ini d

Keadilan Rembau menyambut baik kenyataan chegubard

K enyataan media 28 disember 2010 Saya bagi pihak keadilan rembau menyambut baik dan mempertahankan kenyataan chegubard. Kenyataan che'GuBard dalam satu sidang media di bkt mertajam menunjukkan che'GuBard seorang yang berprinsip. Antara isi penting kenyataan cheGuBard ialah - berterima kasih dan hargai lantikan - memohon maaf terpaksa menolak kerana masih menanti keputusan siasatan dan tindakan terhadap pemilihan 2010 - mmberi jaminan w/pun menolak jawatan lantikan jawatan pusat namun komitmen terhadap parti dan perjuangan tidak berkurang Sesungguhnya keadilan rembau bersama dengan semangat ini. tidak siapa antara kita menafikan bahawa umno-bn harus dijatuhkan demi menyelamatkan negara dr kezaliman dan kerakusan penyelewengan. Namun jauh dr itu sebelum memasuki putrajaya parti yg sama kita dokong ini juga harus didesak menjadi parti yg terbaik dalam menjamin hak demokrasi dan ketelusan demokrasi. Sistem pemilihan 1 ahli 1 undi ini baik, yang salah bukan si

Populariti AMK yang semakin pudar telah di tengelamkan oleh Pengaruh SAMM

Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM), baru-baru ini berjaya menganjurkan Konvoi Perdana Anak Muda Malaysia Rembau ke Permatang Pauh yang disifatkan konvoi yang membabitkan kumpulan anak muda yang terbesar pernah diadakan di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh. Konvoi ini yang bermula pada malam Khamis lalu ini turut melibatkan pelbagai program-program selama tiga hari iaitu program kemasyarakatan, sukan, forum, keusahawanan, kesenian, pertunjukkan permotoran dan lain-lain. Kejayaan SAMM yang pengasasnya Chegu Bard menganjurkan program tersebut boleh dianggap sebagai titik permulaan bagi pertubuhan tersebut merintis program-program lain yang lebih besar dan berkesan bagi memenangi hati anak-anak muda negara ini. Selain itu program ini yang juga disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai signifikan cabaran kepada AMK(Angkatan Muda Keadilan) agar lebih proaktif mengadakan program yang mampu memenangi hati golongan muda ini turut mendapat pujian daripada Ketua Umum PKR, Dato Seri An

Pemilihan Keadilan.... Siasatan JPP terus membisu...........

21 Disember 2010 *che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan* Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010. Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP. Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu. Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu. Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka de

Jom Sertai Konvoi Anak Muda Malaysia Dari Rembau Ke Permatang Pauh

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks dan DACS Shah Alam dengan kerjasama AMK Rembau, AMK Pulau Pinang dan dengan sokongan Yayasan Aman juga Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengadakan Konvoi Anak Muda (Reformasi) Malaysia. 24 - 26 Disember dari Rembau ke Permatang Pauh. Satu sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda dari perbagai kelab motor hadir. Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad, wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi gambaran kemeriahan program yang akan berlansung. Tentatif program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS. che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan

Tok Det kata dinar emas bagus

KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika. “Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas. “Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya. “Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama

Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan-CheGuBard

Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA). Sekurang - kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan 'kenderaan' poli

Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia

Syaitan Jelmaan menafikan hubungan mereka dengan Israel. Bagaimana dengan dokumen ini? Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga P engkhianat Negara! 1. Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga P engkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? Baca di sini ) 2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga P engkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? Baca di sini ) 3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan AP CO Worldwide Sdn.Bhd sumber klik di sini 'UMNO PERASUAH 1 Malaysi

Chegu Bard tidak sertai KITA

Calon ketua pemuda PKR yang tewas, Badrul Hisham Shaharin hari ini mengulangi kesetiaannya kepada parti dan memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim. Malah, kata Badrul ( tiga dari kiri ) dalam satu kenyataan hari ini, bercanggah dengan pendapat ramai, Zaid tidak pernah mempelawanya dalam apa jua cara ataupun menawarkan wang kepadanya supaya berpaling tadah. “Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau. “Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain,” katanya.. Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini didakwa bergabung dengan Zaid yang ketika itu cuba bergelut dengan Azmin Ali untuk merebut jawatan nombor dua dalam PKR. Seperti Zaid, Badrul yang juga ahli pengasas PKR, membidas parti

Kenyataan Akhbar YB Azmin Ali : Penggantungan Daripada Dewan Rakyat Selama 6 Bulan

Tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan saya selaku Ahli Parlimen Gombak selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada ‘rule of law’. Prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan dimana hak kami berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan. Kerajaan UMNO–Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan tersebut di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2010, telah menyatakan : “…Bahawa Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan

Warkah Buat Abah.......oleh Kalam Usang

Abah.....di saat abah dihina,dikeji,dituduh dengan pelbagai tuduhan sedarkah abah anak tiri ini yang membela abah,abah walaupun abah tidak pernah memberikan apa2 pada anak tiri ini,anak tiri ini tidak kesah malah anak tiri ini masih membela abah sehingga sekarang.Abah walaupun anak abah sentiasa berada di samping abah tapi sedarkah abah anak-anak abah sengtiasa mengharapkan sesuatu pada abah,tapi tidak mengapalah sebab itu memang anak abah,mana mungkin abah tidak dengar cakap anak-anak abah. Abah...biarpun abah tidak pernah hargai apa yang anak tiri buat selama ini,anak tiri tidak pernah kisah abah,tetapi anak tiri sentiasa ingat pesan abah sebelum abah dihumban ke jeriji Sg Buluh dulu,waktu itu abah berpesan kepada semua "Kalau Takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan..dan anak tiri ini juga ingat abah pernah kata "lawan tetap lawan" dan abah juga seringkali pesan kepada semua "walaupun jasad terpenjara jiwa tetap merdeka" setiap pesanan