KENYATAAN MEDIA 27 November 2020 Semalam Parlimen menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 lulus di peringkat dasar, dan seterusnya akan memasuki perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin, 30 November ini sehingga undian terakhir pada 15 Disember kelak. Semestinya rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan tersebut beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, golongan nelayan dan petani, petugas barisan hadapan COVID-19 dan para pekerja yang mengharapkan bantuan segera. Walaupun rakan-rakan khususnya YB Lim Guan Eng dan YB Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian. Ini supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan. Ahli-Ahli Parlim
zul mamak png