Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

n12 penanti : BN perlu letak calon dari SPR-malaysiakini

SPR wajar meletakkan calonnya mewakili BN bagi menentang Pakatan Rakyat pada PRK DUN Penanti. Ini kerana telah terang bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat oleh SPR semuanya menyebelahi BN termasuk isu pondok panas dan menghadkan jumlah pernyokong pada hari penamaan calon dan lain-lain.   Jadi eloklah SPR memohon kepada Najib supaya calon SPR yang diletakkan di DUN tersebut untuk mewakili BN. Lagipun BN sendiri takut untuk meletakkan calonnya.   Mungkin Pengerusi SPR, Aziz Yusof atau Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad boleh bertanding untuk menentang calon PR. !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Rahsia Altantuya????-malaysiakini

Kj pernah bertemu bapa Altantuya.... apa kisahnya mungkin Kj tahu lebih pasal Altantuya... Najib jangan himpit Kj sampai dinding nanti menyesal... !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

n12 Penanti: Perlumbaan telah bermula -malaysiakini

Gendang perang baru dipalu.. bersedia tengok siapa bakal menyahut.. Menanda perlumbaan sudah bermula.. sinting lengan bersedia beradu.. Elok la siapkan diri.. pastikan talipinggang dipasang rapi.. jangan tengok saja ada tapi spec entah apa2.. Tunjukkan skill yang mana ada.. jangan biaq tersimpan, rendam lama2 takut karat.. PKR oii.. seantero Malaya dah tau.. ni kubu kuat hangpa.. bukan takat kalah.. kurang majoriti saja hangpa dah malu gelabah.. kudung kepala ooo... Tegak demokrasi elok2.. mata jangan di jolok.. elakkan perkara yang tak elok.. hudoh orang tengok..   !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

n12 penanti:Dr Mansor calon PKR -malaysiakini

Tahniah kepada DR MANSOR OTHMAN yang telah di umumkan sebagai calon PKR di PRK N12 Penanti dan jika beliau menang akan di lantik sebagai TKM1 Pulau Pinang.    Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale, pernah menjadi setiausaha politik Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.Dan sekarang menjawat jawatan sebagai Tim Pengerusi Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang Pada pilihan raya umum 2008, Dr Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi setelah mendapat 4,696 undi. DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus darinya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa. Kerusi DUN Penanti berada di dalam Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihanraya umum 2008, kerusi itu dimenangi ole

Najib lebarkan lubang kubur BN -malaysiakini

Jika BN membuat keputusan tidak menyertai Pilihanraya Kecil kawasan Dun Penanti, atas apa alasan sekalipun, mereka bakal menghadapi tekanan penghinaan yang kuat kera na didakwa penakut. "Kalau masuk pun BN tahu mereka akan kalah teruk ..." Itulah antara ayat yang membingitkan telinga. Sewaktu Barisan Alternatif (BA) memboikot satu pilihan raya kecil di Pahang, masa Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri, itulah kata-kata yang dilemparkan terhadap BA. Masa itu mereka kuat. Angkuh orang kuat, semuanya kena pada mereka. Apabila tanpa ditaja sesiapa muncul seorang calon bebas, maka BN menggunakan seluruh kekuatan jentera Pusat dan negeri berdepan dengan calon bebas dengan mengisytiharkan kononnya calon bebas itu ditaja BA. Adakah dengan tidak menyertai pilihan raya, bermakna BN berjaya 'menyelamatkan' wang dan masa rakyat dari dibazirkan? Belum tentu, kerana tiada siapa berhak menyekat calon bebas dari turut serta. Seorang dari 13 bekas calon bebas Bukit Selambau menghant

PRESIDEN PAS CABAR BN BERTANDING DI PENANTI -malaysiakini

Presiden Pas, Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang mencabar agar Umno@BN bertanding di Dun Penanti. Cabaran ini dibuat semasa Tuan Guru merasmikan Mesyuarat Agong Pas Kawasan Bachok, Kelantan. Cabaran ini dibuat memandangkan Umno@BN terus berdolak-dalik dan cuba mencari alasan seperti ingin mengelakkan mereka dihakimi oleh rakyat sekali lagi dalam pilihanraya kecil. Umno@BN kini bersikap defensif serta cuba 'melakonkan' watak baik kononnya tidak mahu membazirkan duit rakyat dengan menyertai pilihanraya di Penanti Sejak bila pulak Umno@BN pandai berjimat cermat guna duit rakyat? Bayaran pampasan yang tak sepatutnya kepada konsortium yang membina Jambatan Bengkok yang dibatalkan berjumlah lebih daripada RM 200 lebih daripada cukup untuk mengadakan lima kali pilihanraya umum. Begitu juga dengan pembaziran duit rakyat akibat pampasan yang bakal dibayar oleh kerajaan Umno@BN Pahang sebanyak RM 63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan. Semua ini menunjukkan kejayaaan dasar jim

Si Hilmi Rupanya Adalah Anak Dato' Malek? -malaysiakini

  Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini. Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek. Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan ki

Ketua Perhubungan Negeri: Pusing tang mana pun UMNO tetap bermasalah…

Bubuhlah sapa pun menjadi Ketua Perhubungan Negerinya kalau dah yang dipilih tu penuh dengan masalah bilanya nak pulih. Seperti ketandusan pemimpin diperingkat negeri, nama-nama yang sepatutnya menjadi peneraju peringkat negeri dilupuskan dari percaturan Najib kali ini. Yang bestnya menteri Besar yang telah dijatuh hukum pun menjadi pilihan. UMNO sekarang ni tercungap-cungap menyedut udara politik yang dah dikotorkanya.. di tambah lagi dengan perlantikan ketua -ketua Perhubungan Negeri yang baru ni menambahkan lagi sosak nafas sementara menunggu ambulan datang menjemput. Kita lihat dibawah ini antara senarai yang terpilih. KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal… Malang penyokong Umno Kedah PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi… diberi tugasan khas setelah menjadi penolong di Perak ( dah takde pemimpin umno Pulau Pinang yang layak untuk jadi ketua perhubungan negeri kot ) SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak… Selangor dah pupus pemimpin..ini pun yang dimahukan negeri WIL

isu Fairus : SPRM mula main wayang-malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa di mahkamah berhubung siasatan rasuah kerana tidak cukup asas . Dalam alasannya itu, SPRM mendapati Fairus ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London , bagaimanapun, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Fairus. Namun, keputusan itu dikatakan 'kurang disenangi' SPRM Pulau Pinang, yang menyiasat kes tersebut yang berpendirian sebaliknya. Menurut sumber, sebelum itu pihak SPRM negeri telah mencadangkan agar Fairus didakwa. Ini berdasarkan bukti kukuh yang diperolehi sewaktu siasatan. Dalam pada itu, pihak SPRM Pulau Pinang dikatakan tidak dimaklumkan keputusan itu terlebih dahulu. Sebaliknya 'sumber SPRM' di ibu pejabatnya dipercayai telah menghubungi Fairus secara langsung . Malah sehingga kini

ADAKAH OSMAN JAILU KE 2 AKAN MUNCUL?-malaysiakini

Sudah lama hati ini berkeinginan untuk mencoret sebuah warkah buat sahabat-sahabat seperjuangan. Saya sudah lama melihat gerak geri penyokong PR sejak awal penubuhannya. Kesimpulan yang dapat ditulis di sini ialah, PR memiliki penyokong yang ramai, tetapi beberapa kerat sahaja yang mendokongnya. Kalau sebelum ini, saya lebih suka menasihat golongan biru, tetapi hari ini, saya ingin memberi nasihat juga kepada PR. Nasihat itu adalah untuk semua. Persoalan pertama yang ingin saya lontarkan kepada anda ialah, "kenapa anda menyokong PR?". Sudah pasti anda akan menjawab bahawa anda menyokong PR kerana PR memperjuangkan keadilan dan hak rakyat. Sekiranya anda hanya menjawab sebegini sahaja, maka jawapan tersebut belum lengkap. Sepatutnya anda menyokong PR kerana PR menegakkan keadilan, dan keadilan itu adalah satu suruhan Allah SWT. Anda juga perlu menyatakan bahawa aku menyokong PR kerana PR memperjuangkan Islam. Islam itulah yang memperjuangkan keadilan. Ramai penyokong PR yang

kerajaan PR PP diarah bayar RM14.6j kerana kebodohan kerajaan BN dahulu-malaysiakini

Kerajaan negeri Pulau Pinang diarahkan membayar RM14,678,135.50 kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes pertikaian tanah antara kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan seorang individu bernama Tang Hak Ju selaku plaintif. : Ketua Menteri Lim Guan Eng yang memberitahu demikian pada sidang media di sini, semalam berkata, kes itu masih dalam proses untuk mengurangkan pembayaran pampasan tetapi sementara menunggu rayuan, mahkamah mengarahkan kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah ganti rugi yang diputuskan sebelum ini iaitu RM29,356,271 . "Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh pembayaran itu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bagi membolehkannya membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk kelulusan mengeluarkan wang bagi membayar tuntutan tersebut. Kes ini berpunca daripada tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.28

PELIK DALAM BOLEHLAND -malaysiakini

Segala yang pelik bisa saja diaturkan dalam bolehland Malaysia. Hari ini Gobind Singh Deo menyaman kerajaan Malaysia, speaker Dewan Rakyat, menteri di Jabatan perdana menteri nazri Aziz, setiausaha dewan rakyat kerana perkara yang berkatan dengan penggantungan beliau daripada dewan rakyat. kan ke speaker dewan kebal mengikut perlembagaan malaysia artikel 72 (1). Tetapi kerana Malaysia memang sangat arif membuat perkara yang pelik sehingga mahkamah telah membuat satu precedent kekebalan tersebut boleh dicabut. Dengan ini banyak lagi saman yang akan berbangkit kerana pelik yang dihasilkan bolehland malaysia. SPR kata nak isytihar tarikh pilihanraya kecil Penanti. Tetapi rakyat bolehland Malaysia kena nanti. Sebabnya ialah SPR kata cop! aku rehat sebentar. Tidak jadi isytihar tarikh. Tak ke pelik tu?Tetapi yang pelik itu tidak pelik kalau kita fahami apa yang sedang berbuih sekarang. Pertama BN takut nak bertanding di Penanti. Sebabnya ialah ia milu mengenangkan terpaksa telan satu l

Dimanakah Puteri Zainah ?????? -malaysiakini

Masihkah kita ingat setiap kali menerima PM baru pasti negara ini menjadi tumpuan pemimpin dunia menghantar ucap tahniah..... Namun bila Najib naik jadi PM berlaku sebaliknya seperti Malaysia tiada di mata dunia. Maka media tempatanlah yang main peranan hebat puja Najib. maka bukan sedikit ruang kononya eksklusif ....interview Rosmah, Toh Puan Raha (mak Najib)... Tapi kenapa tiada media yang nak interview janda Najib Puteri Zainah. Bukan sedikit masa yang mereka hidup bersama, sehinggalah Rosmah datang membomohkan Najib. Tentu banyak cerita menarik juga boleh diceritakan Puteri Zainah isteri pertama Najib. Selepas bertemu Rosmah, Najib tiba tiba gila dengan Rosmah sehingga sanggup menuduh isteri pertamanya ada penyakit gila babi. Tuduhan ini disiar di media dan disebut di mahkamah untuk memudahkan proses cerainya. Rosmah pula pada ketika itu isteri orang telah juga meninggalkan suaminya dan mendesak cerai dengan membayar tebus talak yang tinggi nilainya. Persoalanya kini sudahkah

PRK Penanti : Ada komplot untuk menidakkan prk Penanti??????-malaysiakini

Di jangkakan kemungkinan tidak akan ada PRK Penanti.... Sebabnya!!!!!!!! SPR hanya akan bermesyuarat pada hari Rabu  tetapi keputusan mesyuarat hanya akan di umumkan pada hari Jumaat...   Kenapa????????   SPRM pula akan mengumumkan keputusan siasatan keatas mantan TKM1 P.Pinang pada hari khamis.. Dijangkakan hasil siasatan didapati Fairus tidak bersalah dan tiada kes disabitkan.   Dan pada hari Jumaat SPR akan mengumumkan yang mana surat perletakan jawatan Fairus sebagai Adun tidak sah dan tidak ada PRK Penanti   Semua ini telah dirancang untuk memalukan PKR dan sebab itu awal-awal lagi Najis telah membuat kenyataan yang BN tidak akan bertanding di penanti... !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

SPR nak reka satu lagi peraturan 'gila'-malaysiakini

" Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu depan. Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak. Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil (PRK) iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Idea ini mungkin timbul apabila jumlah penyokong pembangkang atau Pakatan Rakyat

Dr Koh sokong Najib, Samy kata tanding-malaysiakini

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemungkinan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, mendapat reaksi berbeza dari kalangan pemimpin gabungan tersebut. Najib, menyatakan kemungkinan itu kepada pemberita di Pekan Pahang kerana BN tidak mahu membazirkan wang rakyat. Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di kubu kuat pembangkang itu demi memelihara "integriti, prestij dan imej" BN. "Jika kita tidak mahu bertanding, ia bermakna kita takut kepada pembangkang... kita tidak patut takut berdepan dengan mereka," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini. Sebaliknya, tegas beliau, BN perlu meletakkan calon bertanding di situ memandangkan gabungan itu kini di bawah kepimpinan Najib "yang kuat dan berkemampuan". "Oleh itu, menang atau kalah, kita mesti bertanding untuk memelihara prestij kita," katanya. Setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, ba

Mohamed Hanipa Maidin:CAMPUR TANGAN HAKIM AKAN BAWA KE KRISIS KEHAKIMAN -malaysiakini

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak? Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut. Marilah kita mulakan

TERKINI.!!!!! S/U DUN Perak digantung tugas-malaysiakini

Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah menggantung jawatan setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri kerana mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu tanpa pengetahuan dan persetujuannya. Menurut Bernama, dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini, Sivakumar berkata, beliau menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.     "Saya dengan ini bersetuju melantik Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan beliau sebagai Setiausaha DUN sehingga saya mengeluarkan keputusan selanjutnya," katanya.     Sivakumar berkata akan menulis surat untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada pihak Istana berhubung perkara itu kerana sebarang notis untuk memanggil DUN bersidang mestilah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan Speaker.     "Sementara itu, persidangan DUN yang dikatakan akan berlangsung pada 7 Mei tidak boleh diteruskan sementara menunggu untuk mendapatkan penjelasan. Persida

N12. PENANTI (keputusan pru12 dan prk p44)-malaysiakini

Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah: Melayu...62.9 %Cina.....33.2% India.....2.8% Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita akan dapat tidak sukar untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009. PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.     zmp.. ini la salah satu sebab mengapa si najis 2 takut nak buat prk..... alasan yang di beri kerana membazir..... selama ini bukan kerja depa ka dok membazir...aku rasakan la.. mungkin peruntukan untuk prk d

Zahrain nafi konspirasi jatuhkan Fairus-malaysiakini

PKR Pulau Pinang menafikan dakwaaan wujudnya konspirasi hendak menjatuhkan Mohammad Fairus Khairuddin sehingga beliau terpaksa berundur semua jawatan, termasuk ADUN Penanti. Pengerusi perhubungannya Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan bekas timbalan satu ketua menteri itu meletakkan jawatan atas keputusan peribadi setelah berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama . "Saya tak tahu apa konspirasi yang dia maksudkan kerana selama ini perkara ini tidak pernah disebutkan dan setahu saya tiada sesiapapun nak buat jahat atau nak menjatuhkan dia. "Dia yang ambil keputusan untuk letak jawatan kerana mahu sambung belajar tetapi bagaimana pula dia boleh kata ada konspirasi untuk menganiayainya. "Saya tak faham, lagipun saya tidak fikir Anwar akan buat begitu pada dia," katanya kepada kepada agensi berita itu. Zahrain berharap semua pihak tidak membuat spekulasi buruk dan sebaliknya menghormati keputusan pemimpin muda itu. Beliau turut menegaskan b

Abdullah dan Najib : Seperti belacan dikerat dua -malaysiakini

Kita biasa mendengar ungkapan peribahasa yang berbunyi : Seperti pinang dibelah dua ; untuk menggambarkan sepasang suami isteri terutamanya pengantin baru yang sama cantik dan sama padan. Namun, terdapat juga satu peribahasa yang memberi gambaran yang sebaliknya. Ianya berbunyi : Saperti belacan dikerat dua - yang pergi busuk, yang tinggal hancing Begitulah perumpamaan yang boleh dibahasakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi yang telah berlalu dan kepada penggantinya Najib Abdul Razak . Perumpamaan tersebut amat tepat dan bersesuaian sekali jika kita teliti senario yang mutakhir berikut : Krisis Perak : Mahkamah Persekutuan tidak berhukum mengikut undang-undang perlembagaan negara, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Krisis Perak tersebut ialah: 1. Allaudin Mohd Sheriff 2. Ariffin Zakaria 3. Nik Hashim Nik Ab Rahman, 4. S Augustine Paul 5. Zulkefli Ahmad Makinuddin. Benarkah mereka yang tersebut itu sama busuk dan hancing ....urgh..

Najib tak berani tanggung risiko lagi (muka kene pangkah!!!)-malaysiakini

Najib faham rakyat tak boleh terima dia..Skandal Altantuya tak dijawab..Oleh itu, dia tak berani tanggung risiko...Rakyat makin berani..Rakyat sudah bangkit..Najib PM terakhir dari BN!..hahaha Sapa la yang berani buat Najib camni..Kesian dia..Sampai Trauma...Hehehehe !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

kantoi !!!!!! antara sebab mengapa 10 adun umno Terengganu boikot dewan-malaysiakini

Semua lubang ditutup. Seposen pun mereka tak dapat. Punca 10 ADUN mahu singkirkan MB . dipinggirkan-tidak dilantik penyelaras DUN. - tidak dilantik mereka sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Umno tambahan, apabila mereka kalah dalam pemilihan. - tidak diberi kuasa kepada mereka untuk melantik ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di kawasan masing-masing. - yang menang dapat semua, yang kalah hilang semua. Itulah sebab depa memulaukan sidang DUN negeri, Selasa lalu.   !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Terkini!!! PRK lagi...... Mantan TKM 1 P.Pinang letak jawatan sebagai adun penanti

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini. Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan. Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya". Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR. "Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya. Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu. Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60

MB Terangganu ' CAP AYAM '-MALAYSIAKINI

Saya memetik kata-kata Alias Abdullah Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terangganu yang juga Adun Alur Limbat daripada Malaysiakini menjelaskan bahawa Datuk Idris Jusoh tidak terlibat dalam konspirasi memboikot sidang Dun Terangganu yang didakwa untuk menjatuhkan Datuk Ahmad Said, MB Terangganu sekarang. Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan," "Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?" Nampak gayanya wakil rakyat Umno@BN di Terangganu semakin berani 'sembah derhaka' dengan menggelar MB mereka sendiri sebagai MB cap ayam. Apa agaknya reaksi Ahmad Said selepas ni? Saya pun tak pasti kenapa wakil rakyat berkenaan tergamak memanggil Ahmad Said,MB cap ayam. Kalau sebut pasal ayam ni, biasanya orang bela, bagi makan kemudian tunggu masa untuk disembelih! sumber : blog-list !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN

Kerajaan Pulau Pinang Anjur Dailog Sempena Hari Bumi Sedunia -malaysiakini

Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan dialog antara Badan Bukan Kerajaan (NGO), pembuat beg plastik dan orang ramai semperna Sambutan Hari Bumi Sedunia yang disambut serentak pada 22 April ini dengan tajuk 'Beg Plastik Memudahkan atau Memudaratkan' pada 19 April bertempat di Dewan Bosch, Komplek Masyarkat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi MMK Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh semalam. Menurutnya, penceramah undangan yang akan memperkatakan topik berkenaan ialah Presiden Of Malaysia Plastic Manufactures Association (MPMA), Lim Kok Boon, Penyelaras Kampus Sejahtera Univesiti Sains Pulau Pinang (USM), Prof Madya Lee Lik Meng dan Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Puan Hatijah Hashim. Selaras dengan visi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai sebuah Bandaraya Antarabangsa yang menjadi tempat pilihan

BLACK 14 hanya akan tinggal sejarah?-malaysiakini

Pic semasa sambutan Black 14 2004, gambar besar DSAI itu cheGuBard yang buat dengan harga RM380, tetapi dirampas Polis dan tidak dikembalikan sehingga kini walau diminta dengan surat rasmi. Celaka betul depa ni.. Imej diatas sudah tentu menginagtkan kita kembali ke zaman sakit disebat FRU, dan lapar ketika dilokap. Black 14, ialah gelaran kepada 14 April dimana seluruh aparat kerajaan telah diperkuda secukupnya demi memenuhi nafsu gila pemimpin. Maka tarikh 14 April setiap tahun dikenang sebagai hari kemuncak kezaliman. BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut. BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar

Najis’ Happy Family-malaysiakini

Diambil dari sini . !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

kerusi TKM1 P.Pinang masih kosong-malaysiakini

GEORGE TOWN: Sepatutnya pada hari pengumuman siapakah yang akan dilantik ke jawatan YKM 1 Pulau Ping terjawab sudah. Namun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan kekal kosong bagi membolehkan Anwar ada lebih masa selesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR). ADUN Batu Maung , Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. Kerusi itu kosong apabila Fairus yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8April lalu. Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "