Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Jawapan surat pemecatan : Mohon penjelasan dan pertimbangan semula pemecatan che’Gubard

Pusat Gerakan Rakyat (PaGer) SAMM, No. 344 (Ting. 1& 2), Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Center II, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh    : 20 September 2016 (Selasa) Kepada ; YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Bt Dato’ Hj Wan Ismail, Presiden, Parti Keadilan Rakyat, Jalan Tropicana Selatan 1, Tropicana, 46050 Petaling Jaya,  SELANGOR DARUL EHSAN. YB Datuk Seri Dr. ; MEMOHON PENJELASAN DAN PERTIMBANGAN SEMULA PEMECATAN Adalah dengan segala hormatnya merujuk surat pemecatan saya dari Parti Keadilan Rakyat bertarikh 6 September 2016 (no.ruj : SUA2016/SKR/0051). Untuk makluman YB Presiden pemecatan ini merupakan pemecatan kedua saya dalam tempoh 12 hari. Ini bukan sahaja pelik tetapi agak lucu. Saya dan KEADILAN sendiri mencatat rekod dengan menjadi parti pertama dalam dunia memecat seorang anggota dua kali dalam tempoh 12 hari. Bukan satu rahsia surat pemecatan pertama bertarikh 26 Ogos 2016 dikeluarkan dengan ‘meniru’ tandatangan Setiausah