Memaparkan catatan dengan label umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno. Papar semua catatan

Ahad, 14 Mac 2010

Umno dan Perkasa sedang bergeser hanya semata-mata nak tunjuk kejantanan


Ini adalah suratkabar tabloid pro Umno Era Baru yang terbaru bil 272 yang memetik tulisan SPY LEMAN untuk dijadikan berita utama akhbar tabloid berkenaan.

Tulisan muka depan akhbar berkenaan mengecam pentadbiran zaman mantan PM Tun Abdullah dengan berkata;

"Di zaman pentadbiran Tun Lah serta Khairy ,Umno dilihat amat lemah di dalam menjaga hak-hak Melayu serta memartabatkan taraf bangsa Melayu di negara ini.Mungkin ini disebabkan oleh sindrom "zzz" Tun Lah dan juga kerakusan "berbisness" oleh menantunya ketika itu".

Akhbar berkenaan juga yang pro mantan PM Tun Mahathir puji melangit aka kejayaan Tun Mahathir yang turut mengatakan Umno dah busuk hingga ke ususnya.Nampaknya Umno dah berpecah teruk sekarang ini.Nampaknya dalam Umno ada banyak puak yang bertelagah sekarang ini hanya tunggu masa nak meletup.

Tulisan berkenaan pada muka surat dua pula mempertikaikan sikap Umno yang seolah-olah bagi ruang yang cukup besar kepada Perkasa untuk berjuang Melayu hingga macam Umno dah tak lagi berjuang Melayu.Kerja nak berjuang Melayu dicuri oleh Perkasa.

Kata penulis tersebut dalam akhbar tu lagi;

"Kini peranan Umno telah banyak diambil alih oleh Perkasa di dalam menyuarakan hak bangsa Melayu dan juga memperjuangkan martabat Islam di negara ini.Apakah pemimpin Umno tak berasa malu dengan situasi ini"?

"Jika kini PRIBUMI PERKASA NEGARA sudah mengambil alih 70% tugas yang patut dilakukan oleh Umno itu sendiri, apalagi yang tinggal kepada pemimpin-pemimpin Umno"?

Memang betoi la Melayu Ibrahim Ali Lawan Melayu Umno.Umno dan Perkasa sedang bergeser hanya semata-mata nak tunjuk kejantanan sapa lebih hebat dalam berjuang untuk Melayu.Mungkin Umno pun dok risau takut nanti banyak pula projek kerajaan melimpah kepada Brahim Ali.Depa rebut projek atau rebut nak berjuang Melayu?Sapa berjuang ,melalak kuat pasal Melayu dialah yang akan dapat projek banyak.misaimerah

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 8 Mac 2010

Debat Perdana : UMNO dan sekutu tiada Teloq





Sebagaimana yang telah dijadualkan hari ini 07 Mac 2010, di tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai tepat jam 8.45 malam majlis ‘DEBAT PERDANA RAKYAT 2010’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dimulakan.

Pengerusi majlis telah meminta kesemua yang hadir untuk mendengar perdebatan yang akan dilangsungkan itu masuk memenuhi dewan.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah majlis dimulakan dan Pengerusi Majlis secara rasminya menyerahkan majlis kepada Moderator yang di bawa khas dari Selangor iaitu Tuan Haji Mohd Suhaimi Ahmad seorang usahawan yang tidak menyertai dan memihak kepada mana-mana parti politik.



Selaku Moderator Tuan Haji Mohd Suhaimi telah menjemput pendebat-pendebat dari Pakatan Rakyat ,UMNO, GPMS dan juga dari DPMM Pulau Pinang.

Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diwakili oleh Ustaz Husni Mat Piah dari PAS, YB Rayar dari DAP dan PKR diwakili oleh Saudara Hazri Abu Bakar naik kepentas.

Yang dicabar mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan, Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang dan Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung masih tidak kelihatan.



Setelah melakukan panggilan kali kedua ketiga-tiga mereka yang dicabar itu masih lagi belum kelihatan, atas dasar perikemanusiaan kerana memikirkan mungkin mereka masih sibuk mengumpul banyak data-data yang membuktikan Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Moderator telah memberikan masa tambahan 15 minit lagi kepada mereka untuk muncul diatas pentas.



Ribuan hadirin yang hadir mulai gelisah, kerana mereka telah datang untuk mendengar sendiri hujah-hujah yang beserta dengan fakta yang mengatakan bahawa Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Namun begitu setelah 15 minit masa tambahan diberi berlalu… mereka tetap tidak muncul termasuk Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu yang telah menyatakan kesediaannya untuk hadir.





Inikah sikap sebenar Pejuang dan Pembela nasib Melayu dan Islam Pulau Pinang? Takut untuk berhadapan dengan rakyat yang kononnya dibela oleh mereka. Takut untuk mempertahankan hujah mereka selama ini.

Peribahasa ada mengatakan ‘Berani kerana benar, Takut kerana salah’. Jadi kalau mereka merasakan diri mereka benar mereka pasti muncul diatas pentas yang disediakan.. nyatalah juga kini kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan hanyalah hujah-hujah kosong yang tiada sokongan sebarang data hanya auta semata-mata.

Hujah-hujah kosong yang dikeluarkan dengan niat untuk memburuk-burukkan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah dipilih oleh rakyat..

Apakah kita perlu Pejuang Bangsa seperti ini? Pejuang Bangsa yang yang hanya berani berbicara dihadapan media yang dikuasai mereka tetapi takut untuk berhadapan dengan bangsa yang kononnya diperjuangkan mereka.

Perlukah kita ada Pejuang Bangsa seperti ini?

Kalau bangsa yang diperjuangkan mereka sendiri mereka takut untuk menghadapinya.. perlukah mereka mengaku bahawa mereka itu pejuang bangsa ?

Nyatalah kini sikap mereka itu umpama ayam jantan yang kokoknya berderai-derai tapi ekornya bergelumang najis…

Memang mereka itu Ayam Jantan.. kerana walaupun Jantan Telurnya tiada…..anak sungai derhaka

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 28 Februari 2010

Fairus al moron dah join umngok.....

Fairus keluar PKR masuk UMNO - Utusan Rasis
28/02/2010 10:46pm

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai UMNO. - Utusan Rasis

Agendadaily melaporkan..

"Antara sebab yang diberikannya ialah kesal dengan pendirian PKR berhubung isu pengunaan kalimah Allah serta hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan agama".-28/2/2010


PKR's Fairus joins Umno -Malaysian Insider

Fairus had submitted his forms to Umno two weeks after the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) cleared him and seven other high-profile politicians for graft.
-sebahagian petikan dr MalaysianInsider

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Jumaat, 26 Februari 2010

GPMS - Kami sanggup Mati mempertahankan Islam dan Melayu... betoi ka?????



Bernama semalam melaporkan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ.

"GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu," katanya.


Apa pun, GPMS kelihatan lebih bertamadun berbanding
Pemuda Umno yang dilaporkan mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda PR. Takat berani koyak surat, tak macho la. Debat la. Orang tua-tua kata, berani kerana benar.

Walaupun begitu, nampak tak jantan bila GPMS menolak cabaran debat itu. Takut nanti orang tuduh depa sebenarnya
Gabungan Pondan Melayu Semenanjung. Setakat ni, saya dah dengar orang kata depa sebenarnya Gabungan Penipu Melayu Semenanjung.

Tak elok la kalau GPMS buka jalan untuk orang tuduh depa macam-macam.

ZMP-;Puak-puak umngok, dpmmpp dan gpms aku nak habaq kat hampa lepaih ni hampa takpayah la nak bising-bising pasai melayu ka apa ka, bukan apa.... kan hampa ni pengecut dah takda teloq takut nak berdebat dengan pemuda pakatan.. Kata nak perjuangkan nasib orang melayu... Ni baru ajak berdebat dah kecut teloq..

Baner kat atas tu tulis sangup mati demi mempertahankan Islam dan melayu... ni baru ajak berdebat dah takot.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


Hikayat terakhir Khairy dalam Umno


KATA pepatah Melayu, 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang'. Dalam pepatah Melayu moden, ayat itu diubah sesuai dengan ungkapan 'jika tiada beruk, masakan pokok bergoncang'.

Dalam terjemahan lain pepatah ini disebut sebagai 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok.'

Pepatah moden ini dipinjam dari seorang tokoh politik muda, sewaktu beliau berkuasa satu ketika dahulu. Ayat ini ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang amat lantang mengkritik kepimpinan PM waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ayat 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok ini', merujuk kepada gangguan terhadap seseorang pemimpin atau sesebuah organisasi. Orang yang menggugat kestabilan seseorang atau sesebuah organisasi, dilabel dengan gelaran beruk.

Istilah beruk dalam politik Malaysia bukannya baru. Ia sudah lama diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang pernah menerbitkan cerpen satira politik bertajuk Maharaja Beruk oleh Yahaya Ismail.

Kepada siapa gelaran beruk itu dirujuk, atau mengapa beruk dijadikan modal politik bukan persoalan yang hendak dibahaskan sekarang.

Persoalan yang hendak dilontarkan penulis, dengan meminjam pepatah Melayu moden, 'beruk-beruk manakah' yang menggoncangkan pokok pemuda Umno, sehinga kedudukan ketua nya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergoyang?

Bukan goyang sikit-sikit, tetapi bergoyang macam dipukul ribut, sehingga ada desas desus mengatakan, di kalangan exco pemuda Umno mahukan Khairy meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda, kerana didakwa tidak efektif.

Pemuda Umno menunjukkan 'jalan keluar' kepada Khairy, bukan semata-mata kerana beliau tidak efektif. Soal efektif atau efisyen seseorang dalam menjalankan tugas, tidak penting dalam Umno.

Untuk mengelak persepsi negatif terhadapnya, Khairy membuat kenyataan politik, menafikan wujudnya masalah dalam pemuda Umno.

Namun, pergeseran dengan beberapa orang exco pemuda, khususnya Hishamuddin Yahya, jelas menunjukkan beliau tidak mendapat kepercayaan dari kalangan exconya sendiri.

Lebih parah lagi mereka dikatakan memberikan tekanan hebat, dengan mendesak Khairy meletakkan jawatan ketua pemuda.

Khairy seharusnya memahami, mengapa Umno sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi. Hakikat ini memang wujud. Bukan kerana Khairy dikecam anggota exconya. Indikator yang paling besar bahawa Umno tidak mengkehendaki beliau ialah, apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak melantiknya ke sebarang jawatan dalam kerajaan.

Sebelum ini ada laporan mengatakan, Khairy tidak diberikan jawatan, kerana Najib mahu beliau menumpukan tugas mempertingkatkan sokongan golongan muda terhadap Umno.

Ini semua alasan politik semata-mata. Sengaja hendak mencari 'excuse' untuk tidak menjatuhkan 'air muka' Khairy dan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib sudah menunjukkan pendiriannya dengan jelas. Dalam pertemuan pemuda Umno di Putrajaya, 18 Februari lepas. Najib enggan memberikan komitmen untuk melantik Khairy dalam kabinetnya, walaupun ada suara yang mahu beliau diberikan jawatan.

Khairy seharusnya memahami mengapa Najib enggan melantik beliau. Pertamanya, sudah tentu pelantikan Khairy akan dibidas Dr Mahathir. Semua orang tahu Mahathir memang betul-betul anti dengan Khairy. Najib tidak berani lantik Khairy kerana takut diserang Mahathir.

Faktor kedua, barangkali ada kebenarannya cakap-cakap dalam Umno, wujud kerenggangan antara Abdullah dengan Najib dahulu, antaranya berpunca daripada Khairy, dan perkara ini mendorong ramai kalangan penyokong Najib tidak menerima kehadiran Khairy.

Najib sudah menunjukkan sikapnya dengan jelas terhadap Khairy, sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai PM ke-6, beliau menamakan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri.

Lebih jelas lagi apabila beliau melantik Dato' Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan ketua pemuda Umno, sebagai Timbalan Menteri juga.

Khairy tidak dilantik apa-apa jawatan. Nasib Khairy sama dengan nasib Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada tahun 1993 yang lalu.

Zahid tidak dilantik sebarang jawatan kerana beliau dikenali sebagai 'budak Anwar' (bekas TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim) yang dikatakan banyak mengkritik PM Mahathir ketika itu. Zahid tidak dilantik kerana tidak disenangi Mahathir.

Jadi dalam kes Khairy ini, apakah tidak mungkin, Najib enggan melantik Khairy dalam kabinetnya, kerana Najib tidak menyenangi Khairy? Khairy bukan setakat budak, malah menantu kepada bekas PM, Abdullah.

Soalnya, kita tidak harus lupakan sejarah politik Umno pada tahun 1998, iaitu, wujud persepsi di kalangan penyokong Najib, bahawa yang sebenarnya layak menjadi TPM selepas Anwar disingkirkan ialah Najib, kerana Najib adalah Naib Presiden Umno yang memenangi undi paling tinggi dalam pemilihan Umno.

Mereka beranggapan tindakan Mahathir melantik Abdullah, sudah melambatkan peluang Najib menjadi PM, sejak Mahathir meletakkan jawatan pada bulan November 2003 hingga April 2009.

Perkara ini diakui Mahathir sendiri. Acapkali beliau menyatakan kekesalannya melantik Abdullah menjadi PM. Kebencian Mahathir dan termasuk puak Najib, terhadap Abdullah ketika itu disekalikan dengan kebencian terhadap Khairy.

Bukan soal Khairy tidak layak menjadi ketua pemuda atau anggota kabinet. Soal yang besarnya ialah, Khairy memulakan karier politiknya dengan cara yang tidak disenangi oleh orang-orang Umno.

Apabila wujud bad background ini, laluan Khairy untuk melonjak dalam politik Umno tidak akan mudah. Khairy melalui keadaan yang amat sukar sebenarnya.

Masalahnya Khairy dilihat begitu 'arrogant' sejak bapa mertuanya menjadi TPM dan PM ke-5.

Barangkali sifat Khairy tidak begitu, tetapi kedudukannya yang dekat dengan tampuk kekuasaan, menjadikan persepsi orang Umno terhadapnya, sedemikian rupa.

Menjadi lebih bermasalah kepada Khairy, bukan sekadar puak-puak dalam Umno ini tidak menyukai Abdullah dan beliau sahaja. Malah, segala anak beranak, rakan taulan dan kroni-kroninya, semua sekali hendak 'dibakul sampahkan'.

Orang Umno sendiri yang membangkitkan betapa kemarahan mereka terhadap abang ipar Khairy, Dato' Kamaludin Abdullah, kroni-kroni di New Straits Times seperti Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Brendan Pereira. Turut dikaitkan ialah Dato' Patrick Lim atau Patrick Badawi.

Dari sudut sektor korporat, sebelum kejatuhan Abdullah, Khairy dan kroni dikaitkan dengan syarikat Scomi, ECM-Libra, Equine Capital dan juga penganjur pertandingan Monsoon Cup.

Itu belum masuk isu politik. Bagaimana 'geramnya' orang-orang Umno yang anti Khairy, terhadap langkah-langkah politik Khairy sebelum menang jawatan ketua pemuda. Malah semasa menjadi naib ketua, Khairy di'boo' beberapa kali dalam perhimpunan agung umno.

Jika hendak disenaraikan terlalu banyak tuduhan orang Umno terhadap Khairy. Terlalu banyak alasan untuk mereka tidak menerima Khairy dalam Umno lagi.

Penulis tidak berhasrat untuk mengkritik Khairy, tetapi fakta-fakta yang dipaparkan ini, atau yang dikatakan bad background inilah sebenarnya, yang mendorong exco pemuda Umno, berani mendesaknya meletakkan jawatan.

Bad background inilah sebenarnya yang bakal mempercepatkan kejatuhan Khairy dan susur galur politiknya tercatat dalam hikayat Melayu moden.

Untuk menyimpulkan kedudukan politik Khairy, penulis memetik perbualan telefon dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Hai, Rashidi, apa khabar," ujar Guan Eng menelefon penulis.

"Hai CM (Chief Minister), saya ok," balas penulis.

"Saya nak beritahu you, saya tengah bengang sekarang ini," katanya.

"You bengang dengan siapa pulak, Utusan (Utusan Malaysia) lagi ke?" soal penulis.

"Bukan, bukan. Itu Utusan satu hal, sekarang saya bengang dengan Khairy. Saya mahu bagi penjelasan pada dia pasal isu Maulid. Dia ada cakap dia mahu penjelasan. Jadi saya call dia. Tapi saya call dia beberapa kali, dia tidak jawab. Lepas itu saya guna satu saluran untuk reach (dapatkan) dia. Itu orang cakap, dia sudah beritahu, dia cakap Khairy tahu saya call, nanti dia akan call balik. Tapi sampai sekarang dia tiada call," ujar Guan Eng panjang lebar.

"Tak payah call dia lah, dia mesti tak mahu cakap dengan you punya," kata penulis.

"Ya lah, saya ingat pun dia tak berani mahu cakap dengan saya. Saya hanya mahu bagi penjelasan saja. Saya mahu dia faham ini semua fitnah," katanya.

"Haiya, kalau itu macam penatlah kerja CM, semua orang hantam you mahu kasi call, biarlah dia," usik penulis.

"Haiya, saya pun hairanlah, apa ini ketua pemuda. Saya ingat dia 'miskin' la. Tak faham kerja kerajaan. Ini pasal (kerana) dia belum jadi Menteri, Timbalan Menteri. Apa ini Oxford (Universiti Oxford) punya orang, saya ingat dia profesional, tapi tak profesional," rungut Guan Eng.

"Tak apalah CM, nanti dia senang-senang dia call you lah. Orang politik selalu itu macam," balas penulis.

"Ha, ha, ha," kami sama-sama ketawa.

Apa pun Khairy harus sedar bahawa sudah tiada tempatnya dalam Umno. Lambat laun, beliau terpaksa keluar juga, sama ada secara paksa atau dikalahkan dengan cara yang amat memalukan dalam perhimpunan agung Umno akan datang.

Keranda politiknya sedang dipersiapkan oleh golongan penentang, hanya menunggu ketukan paku terakhir sahaja.;-Mohd Rashidi Hassan

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 24 Februari 2010

"ANAK" menyerahkan memorandum mengenai penderitaan mereka kepada suhakam


Kuala Lumpur: Isu peneroka Felda yang teraniaya oleh dasar-dasar Felda yang menyebelahi konglomerat itu telah sekian lama dipaparkan media. Hari ini ratusan peneroka dari seluruh negara berhimpun di pejabat Suhakam, Jalan Raja Laut untuk menyerahkan memorandum mengenai penderitaan mereka

Menurut pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (dua dari kiri)isu hak-hak peneroka telah lama didiamkan oleh kerajaan. Sejak peneroka mula mengusahakan tanah mereka telah diikat dengan perjanjian yang berat sebelah. Pelbagai potongan dikenakan dari hasil getah atau kelapa sawit pada setiap bulan. Namun akhirnya wang itu gagal untuk dipulangkan atau pun tanah yang telah selesai bayaran hutang melalui potongan bulanan gagal diberi hak milik kepada peneroka.

“Peneroka terikat dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang mana memberi kuasa meluas kepada Felda untuk menentukan kehidupan peneroka. Inilah yang menjadi isu kritikal di kalangan 112,635 orang peneroka di seluruh negara. Bila peneroka menuntut hak mereka maka Felda menggunakan GSA untuk tidak memberi tanah walaupun hutang habis dibayar,.” katanya di hadapan pesuruhjaya Suhakam Datuk Khalid Ibrahim di pejabat suruhanjaya itu petang ini.

Tambah Mazlan, Felda tidak sepatutnya mengenakan pelbagai tekanan memandangkan agensi itu dahulunya ditubuhkan untuk membantu orang miskin memiliki tanah dan sumber penghidupan, bukan sebagai entiti perniagaan.

“Mengapa setelah 25 tahun membayar hutang tetapi tanah 10 ekar yang dijanjikan boleh dimiliki akhirnya tidak diberi. Kini Felda buat pula perjanjian baru untuk penanaman semula. Peneroka tidak boleh menanam semula secara sendirian biar pun mampu membuat demikian. Jadi kami meminta agar Suhakam menyiasat masalah dan penindasan yang dialami oleh para peneroka sejak sekian lama,” ujarnya di dalam dewan yang dipenuhi kira-kira 100 peneroka itu.

Salah seorang wakil peneroka, Noor Ibrahim mendakwa beliau telah menebang dan menanam semula kelapa sawit namun Felda tidak memberi wang tanam semula yang telah dicarum sejak sekian lama.

“Saya tebang pokok lama. Ikut perjanjian duit potongan tanam semula boleh diambil dari Felda berjumlah RM17,000. Namun bila saya minta, wang itu telah dipotong dan hanya dapat RM8,000 sahaja. Bermacam alasan diberikan untuk tidak memberi wang yang sepatutnya peneroka dapat,” katanya.

Seorang lagi, Baharudin Arif Sidek mempersoalkan mengapakah Felda begitu mewah memiliki bangunan pejabat dan hotel sendiri sedangkan para peneroka kekal miskin.

“Mengapa pegawai Felda bergaji besar, ada bagunan dan hotel sendiri sedangkan kami peneroka yang mengusahakan ladang kekal kais pagi makan pagi. Kami tidak menikmati pun hasil pelaburan Felda itu. Felda sungguh tidak bertanggungjawab,” katanya disambut sorakan para peneroka.

Peguam para peneroka Ahmad Nizam Hamid berkata Felda telah memerah keringat peneroka dengan cara yang amat melampau dan tidak mengikut undang-undang.

“Perjanjian yang dibuat tidak ada tarikh luput. Peneroka terus-menerus dibebankan dengan pelbagai sekatan. Sedangkan semua kemudahan yang diberikan kepada peneroka seperti jalan, dewan, masjid dan sebagainya diambil dari wang potongan bulanan. Kerajaan tidak banyak membantu. Kini setelah hutang habis dibayar peneroka tidak pula diberikan tanah yang menjadi milik mereka. Ini sesuatu melampau,” bidasnya.

Pesuruhjaya Suhakam Datuk Khalid memberi jaminan akan memanggil mesyuarat pada 8 Mac depan bagi mewujudkan jawatankuasa untuk mencari maklumat untuk merumuskan masalah yang dibentangkan para peneroka. Sekiranya perlu satu sesi inkues kebangsaan akan dibuat bagi menyemak masalah untuk dibuat laporan kepada Parlimen.



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 23 Februari 2010

Comfirm Pemuda UMNO PP pengecut.....


UMNO memang bacul dan tiada maruah apabila dengan biadap telah mengoyakan surat jemputan debat yang telah di hantar oleh pemuda pakatan semalam.

Inikah ciri-ciri orang yang dikatakan memperjuangkan MELAYU tapi tiada adap??..

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...