Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Surat Jemputan Debat isu FELDA Kali Ke 2

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!! .. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

PRK lagi selepas Tenang

Sebentar tadi, Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim mengumumkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah tidak hadir persidangan 6 bulan tanpa sebab munasabah! Maka satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari fari notis kekosongan diterima SPR!

Press Statement on Pulau Jerejak Development by ADUN Pantai Jerejak

19 January 2011 As the state assemblyman of Pantai Jerejak, Pulau Jerejak is part of my constituency. I would like to urge The Penang State Government to stop the bleed and stop future UDA-PDC joint development of Pulau Jerejak. The State Government has already lost RM30million in this UDA-PDC venture. Out of which RM 15.435 million was investment to TIR, RM3.6 mil loan and RM 11mil unpaid land premium. This is a huge lost to the state coffers and Penangites. It does not make sense to further develop the island with current lost-making venture. Please stop the bleed. I also welcome the Parliament Public Account Committee Chairman Datuk Seri Azmi Khalid’s statement that the Auditor General should compile a special report on the Pulau Jerejak Resort Development. The matter is urgent and it is losing public money. The previous State Government under the leadership of former Chief Minister Tan Sri Koh Tsu Khoon has made several wrong decisions on Pulau Jerejak Development. First, they h

Yang hidup didahulukan, yang meninggal dilupakan

TENANG, 18 Januar i: Pn Maimunah Hindun sebak menerima kunjungan ziarah daripada bakal calon Pas PRK Tenang, Puan Normala Sudirman dan rombongan sebagai penghormatan terakhir kepada suaminya Abd Latif Subri Mohd Din. Suaminya meninggal dunia awal pagi tadi akibat sakit jantung dan darah tinggi. Allahyarham suaminya merupakan Setiausaha Kerja Cawangan Umno Felda Tenang. Jenazahnya diletakkan di masjid Felda Tenang sementara sebelum dikebumikan. Pada masa yang sama, berdekatan dengan masjid tersebut, terdapat majlis ramah mesra Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi UMNO bersama warga Felda Tenang di mana turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad. Pada awalnya keluarga Allahyarham berharap Perdana Menteri akan melawat untuk kali terakhir Setiausaha UMNO Felda Tenang itu, namun menghampakan. Beliau tidak hadir pun untuk memberikan penghormatan kepada jenazah sedangkan padda hayatnya Allahyarham berkhidmat untuk Umno. Leb

KITA kini sudah rasmi

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti. Antara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir. "Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya. Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan. Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman - Calon PR di N05 Tenang

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini. Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti. Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra. Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak. Normala mula bergiat aktif

Belanja RM100,000 satu malam: Najib harus berani tegur LAKINYA- CheguBard

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar. Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja. “Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” katanya kepada Keadilandaily.com. Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai. Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan p

HARAMKAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI PREMIS JUAL ARAK

ewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan YB Dato’ Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu. Dalam hal ini, DPPWP merasa kagum terhadap YB Dato’ Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik. Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan Barisan Nasi

YB Wei Aik Minta Maaf Pada Syed Kassali

SIARAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG 14 Januari 2011 Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini terpanggil untuk membuat sidang media untuk menilai dengan serius akan insiden kekecohan yang berlaku di Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar di Gat Lebuh Macallum tempoh hari. Atas kesedaran akan peripenting; 1. Mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara Kerajaan Negeri dan komuniti India Muslim di negeri ini. 2. Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang. 3. Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada YB Ng Wei Aik, Maka bertitik-tolak atas dasar itu, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) malam tadi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan YB Ng Wei Aik, dan selepas itu bertemu sendiri dengan pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Sdr. Syed Kassali untuk menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘me

Pengundi Rembau di ranjau KJ

Mana janji PRU (Mac 2008) di Rembau 1.hospital rembau -yg ada cuma batu asas 2. masjid pedas - hanya siap baru ini dgr sumbangan korporat 3. lapangan terbang di Kota-dah tak mengaku pernah sebut pasal lapangan terbang pula dah 4. Universiti (UITM) Rembau dgr nak buat luar rembau pulak dah... 5.pelajar di rembau akan dpt tuisyen percuma (pusat tuisyen emas) sampai ke sudah tak ada.. sebelum merajuk tunai janji dulu - che'GuBard Samm 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!! .. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

100 Hari Pakatan Rakyat : PAKATAN HANYA PERLUKAN RM19 BILION UNTUK RAKYAT

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka. Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara. Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hut

Negeri Sembilan - Rumah Melayu nak diruntuh, Tanah Melayu dirampas tanpa diganti

Gambar Hiasan Rumah Melayu nak diruntuh, Tanah Melayu dirampas tanpa diganti bersama YB Taufek dan che'GuBard pertahankan. Esok (11 Jan 2011) dijadualkan pihak berkuasa akan meruntuhkan rumah. Ada ramai yang enggan berpindah. Semua diminta bersama, pihak media diminta dapat hadir membuat liputan. Esok (11 Jan 2011) , jam 11.30pg berkumpul berhampiran kedai minum dkt Lampu Isyarat Chembong. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (sdr. Norazizi, Setiausaha Keadilan Rembau). Bersama che'GuBard dan YB Taufek pertahan rumah tersebut dari dirobohkan. untuk memahami isu ini sila klik http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html • http://chegubard.blogspot.com/2009/10/umno-pelindung-tanah-melayu.html • http://chegubard.blogspot.com/2009/07/keadilan-rembau-boleh-duduk-dengan-umno.htm 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!

Jika Pengundian Semula - Apa Puncanya? Jika Tipu Adalah Punca - Mana Dalangnya?? (Wajib Baca!!) - edyes

Salam 1Tropicana, Entri kali ini mengandungi beberapa artikel ulang tayang di akhir entri. Sebelum meneruskan pembacaan ulangan di bawah sana, sila hayati artikel ini untuk dibuat pedoman agar kita lebih mengenali apakah makna kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan. Artikel-artikel ulangan itu juga bertujuan untuk menyedarkan dan menyegarkan ingatan, bahawa ada masalah yang masih belum selesai walaupun telah dijanjikan dengan manis sekali. Rupanya yang manis itu adalah tawaran untuk menutup mulut dan akhirnya hasil siasatan yang ditunggu-tunggu BERTUKAR menjadi satu pertunjukkan sarkis!! Seperti kes Rais Yatim, menafikan sahaja tidak cukup untuk mengatakan dirinya bebas dari sebarang tuduhan. Begitu juga dengan pasca pemilihan 2010, apabila hari ini mengumumkan akan berlaku pengundian semula di beberapa Cabang bukan bermakna segala hasil siasatan hingga terjawabnya penyelewengan dan penipuan itu tidak didedahkan kepada si pengadu walaupun bukan untuk tatapan umum. Saudara dan s

SELANGOR KECEWA DENGAN PENGHAKIMAN TERBUKA

Kerajaan Negeri Selangor amat kecewa dengan penghakiman terbuka yang dibuat oleh koroner berhubung inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock. Keputusan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak membunuh diri bermaksud pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian beliau masih belum ditentukan. Penghakiman terbuka ini juga menunjukkan bahawa fakta-fakta berkenaan kematian ini masih belum disiasat dan didedahkan sepenuhnya dan Kerajaan Negeri sarankan pihak polis dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan lanjut. Bagaimanapun, penghakiman ini mencerminkan kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggung jawab untuk menjaga keselamatan semua tahanan dan saksi dalam sebarang siasatan; kita tidak hairan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM semakin merosot. D emi mencari kebenaran dan mengembalikan keyakinan rakyat, kita sarankan sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera demi membuat siasatan yang menyeluruh . Kerajaan negeri ulangi lagi komit