Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Selamat Hari Gawai 2010

Perutusan Presiden KEADILAN sempena Perayaan Hari Gawai 2010 Bayu pagi sepoi-sepoi melintasi sawah bendang, menyegarkan tanam-tanaman di alam yang terbentang; Gerimis senja merenjisi seluruh hutan-belantara, membasahi seluruh hidupan di alam buana. Begitulah juga, semangat Reformasi yang bertiup kencang semenjak tahun 1998, telah menyusuri segenap pelusuk negara, membawa suasana dan keadaan politk yang berbeza, disamping suara demorkrasi terus bergema. Pakatan Rakyat merupakan gagasan yang terbentuk berkat kesepakatan suara rakyat; kewujudannya menjadi pilihan rakyat, ini kerana Pakatan Rakyat adalah pembela nasib rakyat, penentu masa depan rakyat, pejuang nusa dan bangsa Malaysia tanpa kira kaum, agama dan lapisan masyarakat. Sempena Hari Pesta Kaamatan pada 30-31 Mei, dan Hari Gawai pada 1-2 Jun 2010, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Menuai kepada masyarakat Sabah dan Sarawak terutamanya rakan-rakan Kadazan, Dusun serta Dayak, semoga mendapat tuai

DSAI cabar Najis nafi beri RM2 juta kepada katak untuk melompat

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta. Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu. "Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi. Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa. "Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin. Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah jug

YB S.Manikumar ulangi pendirian tak akan berganjak dari PKR

Adun PKR Bukit Selambau, S Manikumar hari ini mengambil pentas konvensyen PKR bagi sekali lagi menolak spekulasi akan melompat dari parti itu. Berucap pada Kongres PKR di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre hari ini beliau menegaskan tidak akan bertukar prinsip perjuangan biar pun seinci. Ekoran itu orang ramai bertepuk tangan tanda bersetuju dan kagum dengan pendirian tegas anggota Exco kerajaan negeri Kedah terbabit. Beliau turut mengulangi beberapa kali perkataan tidak akan berundur biar pun seinci dan tetap akan memakai baju PKR yang sudah sebati dengan jiwanya. “Sebelum ini media membuat andaian mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan jatuh apabila ada lagi Adun yang akan melompat katak. “Inilah yang menyebabkan rakyat tambah keliru. Mereka dok dengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cakap begitu. “Saya jadi calon bukan sekadar hendak suka-suka, cuba bayangkan ketika pilihan raya kecil itu saya terpaksa berdepan dengan 13 lagi calon lain tetapi akhirnya p

Gambar sekitar Kongres Angkatan Muda

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!! .. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ucapan Dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat

Bismillah alrrahman alrrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullihi wa barakatuhu dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah swt kita di panjangkan usia dan dianugerahkan kesihatan yang baik hingga dapat bersama-sama di dewan Kelantan Trade Centre ini bagi mengadakan Kongres Parti Keadilan Rakyat. Pada tahun ini, kita bertuah kerana dapat bertandang ke Kota Bharu, Kelantan, bumi Cik Siti Wan Kembang, negeri yang diperintah oleh kerajaan pimpinan rakan kita, dari Parti Islam se-Malaysia sejak dua dekad yang lalu. Walaupun dengan kelebihan satu kerusi pada 2004, PAS dengan kepimpinan ulamak; tawadduq dan istiqamah telah Berjaya mempertahankan kerajaan negeri terus memperkukuhkannya hingga ke hari ini. Justeru, kunjungan kita ke Kota Bharu ini, bukan satu kebetulan. Kunjungan ini disertai dengan misi penting; yakni, mengajak kita semua kembali menghayati fitrah sebuah perjuangan yang kita pegang. Orang hulu balik ke hulu, Bila sampai bulan terang, Asal niat jernihkan dahulu, Agar segak l

ADUN umno sokong judi

Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini. ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik". "Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini. "Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian. "Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh

EZAM PUN `MAIN BELAKANG' JUGA

MAKA, berdegar-degarlah Senatak (Senator Katak) Ezam Sesumpah menjaja betapa beliau amat yakin dengan tuduhan liwat ke atas DS Anwar itu adalah benar. Keyakinannya itu diulang dengan lebih tegas sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Senatak. Sebab yakinnya beliau terhadap si Saiful yang Saiful sendiri tidak mengenali rapat Ezam Sesumpah melebihi yakinnya beliau terhadap DS Anwar yang berpuluh tahun beliau kenali, maka Ezam Sesumpah pun menjadi penjaja cerita fitnah tersebut. Beliau percaya DS Anwar peliwat hanya dengar cerita dari mulut Saiful tanpa bukti atau jika ada pun hanya sekadar melihat atau membelek dubur Saiful yang mungkin menonggeng di depannya. Kita punyai bukti bahawa Ezam Sesumpah juga `peliwat' dan kita ada bukti terang dan nyata. Maksud saya, Ezam Sesumpah adalah `peliwat politik' yang terang-terang `main belakang'. Beliau tiada jawatan penting di dalam parti sekutu Apco itu, tidak bertanding malah tidak dicalonkan langsung di dalam Pilihanraya Umum yang