Tulisan Santai 10 Novembar 2014 MERAIKAN KEBODOHAN Saya hampir pecah perut bila Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan mengaitkan isu nombor plat adalah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia. Di benak saya, rupanya orang bodoh ini bukan sahaja boleh menjadi menteri. Kenapalah Malaysia ditakdirkan mempunyai insan-insan bodoh sebegini. Kalau dulu menteri bodoh, kini penyakit bodoh itu semakin melarat kepada ketua pengarah. Saya sangat bimbang bodoh ini akan melarat kepada rakyat dan saya lebih bimbang jika bodoh ini turut dijangkiti oleh anak-anak dan cucu saya. Kalau lah saya diberikan tugas sebagai Ketua Pengarah JPJ dan saya merasakan atau saya ditekan agar curi duit rakyat, saya hanya perlu menukar cara membuat plat kenderaan itu. Setiap pembelian kenderaan yang memerlukan cukai jalan perlu juga membeli plat daripada kerajaan . Nombor plat ini dikeluarkan oleh JPJ. Seandainya JPJ tidak mempunyai kepakaran, JPJ boleh membuka tender kepada pemilik syarikat
zul mamak png