Saya ucapkan terima kasih atas maklumbalas yang diberikan oleh pelbagai pihak sejak teguran saya di dalam kumpulan whatsapp “Solidarity for Anwar” dibocorkan dan menjadi isu politik hangat. Ada yang mengkritik, ada yang menyokong, ada yang bimbang, ada yang memfitnah, ada yang ambil kesempatan. Saya terima semua maklumbalas ini dengan berlapang dada kerana ia gambaran masyarakat kita yang rencam. Ada satu pandangan dari kalangan pendokong parti dan rakyat terbanyak yang bimbang bahawa perkara ini akan melemahkan parti. Ada yang lebih kasar dan menuduh saya sudah dibeli oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Umno untuk mensabotaj parti demi melepaskan diri dari pelbagai dakwaan di mahkamah yang saya sedang hadapi. Oleh sebab itulah saya menyerahkan dulu kepada keputusan Presiden dan Biro Politik untuk menentukan sama ada saya boleh melaporkan aduan salahlaku terus kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Keputusan itu saya buat dengan mengambil kira
zul mamak png