Selamatkan Malaysia dari Regim Zionis! Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) pada hari ini telah membuat laporan polis untuk menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci kepada pendedahan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. Pendedahan yang cukup teliti dengan fakta-fakta dan amat bertanggungjawab itu jelas membangkitkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan di negara ini, yang selama ini diperintah oleh Regim UMNO-Barisan Nasional. APCO Worldwide Sdn. Bhd., seperti yang didedahkan oleh beliau, bukan hanya sebuah syarikat perunding atau ’consultants’ yang biasa. Ia punya agenda dan dokongan individu-individu berpengaruh yang jelas mirip dan condong kepada agenda jahat dan terkutuk, regim haram Zionis-Israel. Ini terbukti, apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon yang merupakan bekas Ketua Perlind
zul mamak png