AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim gagal mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) apabila tewas dalam pemilihan yang diadakan sempena mesyuarat agung tahunan, hari ini. Zahrain hanya mendapat 16 undi berbanding 21 undi yang diperoleh perunding pembinaan bebas, Mohd Foaz Hamid yang pertama kali bertanding dalam pemilihan jawatankuasa badan sukan itu. Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pengerusi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Dr Zainuddin Md Wazir dipilih memegang jawatan itu selepas penyandangnya sebelum ini Raja Munir Shah Raja Mustapha menarik diri apabila kedua-dua mereka mendapat undi yang sama. Turut dipilih Mohd Azizudin Md Wazir dan Amer Yusoff Mohamed Hassan sebagai Naib Presiden. Mohd Foaz ketika ditemui media berkata, beliau akan berusaha mengembalikan kegemilangan pasukan Harimau Kumbang yang pernah menjadi pasukan yang dihormati. Menurutnya beliau menyasarkan pasukan Pulau Pulau Pinang akan kemba
zul mamak png