Rakyat mahu kerajaan menyelesaikan masalah memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seelum mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeri dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau curiga dengan hasrat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan mahu mendedahkan hasil kajian PPSMI pada minggu depan. ”Saya (PAS) ragu apa maksud nak dedah (kajian) ni, sekarang dia (kerajaan) dah tahu rakyat nakkan supaya PPSMI di mansuhkan, dedah ni dedah apa ?, ”dan kita memang tak percaya pendedahan (kajian) ini, kerana bukan kita tak percaya kepada laporan tetapi kita tak percaya takut (bimbang) dimanipulasi,”katanya pada siding media di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring, dekat sini, semalam. Menurutnya, matlamat yang dikehendakki oleh kerajaan BN jelas, iaitu mahu mengekalkan PPSMI, sebaliknya, matlamat rakyat juga begitu jelas. ”budayawan, (tokoh-tokoh) baha