KUALA LUMPUR, 30 April: Pembelaan ke atas Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis awal pagi Isnin lalu adalah sangat penting untuk mengelak kejadian sama terus berulang, tegas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Ingin saya tegaskan pembelaan atas kematian Allahyarham juga sangat penting untuk memperbetul kembali keadaan agar polis tidak bertindak sewenang-wenangnya. Polis perlu bertindak dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan akal yang waras," katanya. Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menggesa seluruh rakyat mengemukakan enam tuntutan keadilan untuk Aminulrasyid. "Pertama, polis dan media mestilah menarik balik tuduhan dan tanggapan bahawa mangsa pembunuhan itu adalah penjenayah," katanya. Polis dan media juga hendaklah memohon maaf secara pada keluarga mangsa kerana menuduh mangsa adalah penjenayah, kata Mahfuz. "Ketiga, gantung tugas anggota polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati ke atas mangsa. "Keempat, reman angg