Bacalah dgn hati terbuka dibawah ini setiap perkataan dari hamba Allah yg BERANI KERANA BENAR Semoga beliau serta semua keluarganya dilindungi Allah SWT SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini. Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menu
zul mamak png