Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai. Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat. Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini. Hasrat Barisan Nasional untuk melihat keh
zul mamak png