Atas kesedaran mengenai pengaruh internet dalam masyarakat, Pe
muda Umno menggariskan “kemenangan perang saraf dalam dunia siber” sebagai penanda aras pencapaian bagi sayap parti Umno itu.Langkah itu dilihat sejajar dengan senario politik semasa yang mana platform siber digunakan untuk melancarkan “perang saraf” melalui blog atau web portal online.
Ia juga senjata ampuh membentuk persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.
“Ini satu kemajuan jika Pemuda Umno mengiktiraf pengaruh dan peranan media baru,” kata pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada Bernama ketika mengulas usaha Pemuda itu.
Langkah itu merupakan satu daripada lima penanda aras digariskan kepimpinan Pemuda Umno semasa perhimpunan agung Pemuda Umno baru-baru ini bagi menarik sokongan pengundi selain menambah keanggotaan, mendaftarkan anggotanya sebagai pengundi, menjalin hubungan strategik dan menambah sokongan pengundi kepada BN.
Generasi muda dikatakan cenderung kepada media baru untuk sumber maklumat.
“Ini cabaran kita, menerangkan kepada generasi muda untuk membezakan antara fitnah dan fakta yang ditaburkan di alam siber ini,” kata Ketua Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh.
Khairun berkata pengiktirafan terhadap peranan media baru dalam senario politik negara itu menunjukkan Umno mahu melakukan perubahan ke arah politik “engagement”.
“Apa yang penting bukan serang tapi terang (penjelasan),” katanya.
Pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lepas, pengundi muda dikatakan terpengaruh dengan maklumat yang tersebar luas dalam dunia siber yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiganya di 222 kerusi Parlimen.
Dalam penggunaan media baru sebagai alat komunikasi efektif, seorang sarjana komunikasi berkata parti kerajaan agak terkebelakang berbanding parti pembangkang.
“Ini kerana media baru adalah medium utama bagi pembangkang sejak 1999 berbanding BN yang mempunyai media arus perdana,” kata pensyarah komunikasi Universiti Putra Malaysia, Ishak Abdul Hamid.
Yang pasti, penjelasan isu-isu semasa dalam dunia siber amat penting.
Ini berdasarkan hakikat terdapat lebih 16 juta pengguna Internet di negara ini berbanding 10.9 juta pengundi (pada pilihan raya umum ke-12 lepas) yang mempunyai kuasa menentukan masa depan negara.
Kira-kira 1.8 juta pengundi baru dijangka mengambil bahagian pada PRU-13 akan datang. - BERNAMA
P/s -PKR bukan dibuai mimpi tetapi terperasan.
Terperasan mereka sedang didendang oleh rakyat jelata. Sebab itu mereka semacam tidak pedulikan media baharu berkenaan. Berita tentang meeka hanya dapat diperolehi melalui laman-laman sesawang rakan-rakan mereka sahaja.
Pengikut PKR hanya menumpang dan berangguh dibelakang populariti DSAI semata-mata. Sangat kurang usaha mempengaruhi ahli UMNO selain menyerang apa sahaja yang dilakukan mereka.
UMNO telah faham dan telah mula berubah. Bagaimana dengan PKR..? Kelihatannya masih ditakuk lama. Irama yang sama sahaja didendangkan. Bagan Pinang telah mengisyaratkan bahawa irama dendangan PKR itu telah menjemukan dan tidak dipedulikan lagi...
UMNO telah pun mendendangkan dasarnya seperti PKR, 1 Malaysia, walaupun PALSU. Namun olahan media mereka akan menjadikan kepalsuan itu melunakkan dan akhirnya ditelan juga oleh sebilangan besar bangsa melayu yang telah 'dinasikangkangkan' oleh UBN selama ini..
Melayu UMNO itu telah bersenang hati bahkan sanggup mati memperjuangkan ideologi dan doktrin UMNO itu walau bercanggah dengan syariat agama anutan mereka sendiri. Tidak siapa boleh menafikan bahawa mereka seolah-olah sedang mempersendakan Tuhan mereka sendiri.
Tuhan kata rasuah, mereka kata bukan. Tuhan kata zalim, mereka kata tidak. Tuhan kata maksiat, mereka kata tidak, Tuhan kata haram, mereka kata tidak. Tuhan kata jangan, mereka kata OK. Begitulah seperti yang dibuktikan oleh mereka di Bagan Pinang tempoh hari.
Melayu yang masih belum pulih daripada 'guna-guna' UMNO akan tetap menghambakan diri dengan UMNO. Melayu yang terselamat daripada 'sihir' UMNO itu akan bernaung di bawah PAS. PKR dapat apa..? PKR hanya seumpama sebuah suruhanjaya bebas yang kerjanya membongkar salah laku UMNO/BN dan membuat lapora. Sedangkan mereka tahu laporan berkenaan akan dibakulsampahkan sahaja.
Oleh itu PKR perlu bergerak agrasif menyedarkan melayu yang tidak berpihak kepada PAS dan UMNO. Antara peranan PKR ialah untuk memulihkan semula melayu yang dipinaukan mata mereka oleh UBN itu.. Kesan mata pinau ini menjadikan penglihatan seseorang terkeliru. Yang baik dikata jahat. Yang benar-benar jahat pula dikata pembela.
Wallahhu 'aklam.
di celok dari
Detikdaily'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!