KUALA LUMPUR : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang hari ini menerima ketua baru iaitu Amir Ghazali bagi menggantikan Yusmadi Yusoof yang dinaikkan pangkat ke AMK Pusat. Amir yang ketua AMK Permatang Pauh berkata, beliau menerima amanah itu sebagai suatu tanggungjawab besar yang perlu dipikul ke arah mengangkat martabat AMK ke puncak kejayaan. Menurutnya, sebagai Ketua AMK yang baru, misi beliau ialah akan bekerja bersama-sama Ahli Jawatan Kuasa AMK yang lain bersama-sama mengangkat perpaduan kaum di negeri Pulau Pinang dengan melakukan banyak tindakan dan bukannya melalui percakapan semata-mata. “Ini selaras dengan slogan AMK Pulau Pinang iaitu Menggenggam Pelangi yang menjadikan perpaduan kaum sebagai teras perjuangan kita,” katanya kepada Erapakatan.com ketika dihubungi sebentar tadi. Beliau yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik sejak era reformasi berpengalaman sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian (kini Cabang) Permatang Pauh sejak tahun 2004 hingga 2007. Beliau seterus
zul mamak png