Jumaat, 6 Januari 2017
Anwar Ibrahim Masih Digeruni dan Menjadi Faktor Penting Terhadap Politik Negara
Kenyataan Media Keadilan Bayan Baru
6 Jan 2017
1445hrs
*Anwar Ibrahim Masih Digeruni dan Menjadi Faktor Penting Terhadap Politik Negara*
Keadilan Bayan Baru kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab merobohkan 11 “billboard” Solidariti Bersama Anwar Ibrahim sekitar Pulau Pinang dan merosakkan 20 kain rentang sempena kes beliau di Mahkamah Georgtown Pulau Pinang pada 9 januari 2017. Sebelum ini sudah ada kejadian sebegini, namun atas nasihat pihak berkuasa, pihak Keadilan Pulau Pinang sudah mengikut kehendak dan kemahuan pihak berkuasa dengan tidak menggunakan perkataan *bebas Anwar*.
Tindakan ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Anwar Ibrahim masih digeruni dan menjadi faktor penting terhadap politik negara. Keadilan Pulau Pinang percaya tindakan tidak bertamadun ini hanya akan menimbulkan rasa jelek rakyat. Keadilan Bayan Baru percaya rakyat tidak akan tunduk kepada intimidasi ini. Rakyat Malaysia sudah cukup terdedah dan terdidik dengan gaya politik jahat ini.
Apa yang berlaku ini hanya akan memperkukuh sokongan rakyat terhadap PH. Justeru, pihak Keadilan Bayan Baru menyeru rakyat untuk terus berani dan bersolidariti dalam himpunan “Solidariti Bersama Anwar Ibrahim” di hadapan mahkamah tinggi Georgetown Pulau Pinang pada 9 januari 2017, iaitu pada hari isnin jam 8.30 pagi
Ahmad Azrizal Tahir
Timbalan Ketua Cabang
Keadilan Bayan Baru
Pulau Pinang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan