Khamis, 19 November 2020

PN akan ditalkinkan pada 25 November ini????

 


25 November ini, Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul dijangka akan diundi buat kali pertama di Parlimen.

Adakah tarikh 25 November 2020 akan menjadi mimpi ngeri buat Muhyiddin dan barisan kebinet beliau di dalam Perikatan Nasional?

Adakah tarikh 25 November 2020 ini akan menjadi hari berkuburnya Kerajaan Perikatan Nasional dan mencatatkan sejarah dalam dunia politik negara sebagai kerajaan yang hanya mempunyai jangkahayat hanya selama 9 bulan sahaja?

Kalau sebelum ini Pakatan Harapan memegang rekod dengan menjadi kerajaan hanya selama 22 bulan, nampaknya rekod itu akan dapat dipecahkan oleh Perikatan Nasional dengan hanya berkuasa selama 9 bulan sahaja.

Kalau mengikut perkembangan semasa dan melalui kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin politik, berkemungkinan besar mimpi ngeri Perikatan Nasional akan menjadi kenyataan.


Pengerusi BNBBC, DS Najib, secara tegas telah menyatakan sokongan Ahli PArlimen kepada Bajet 2021 adalah sokongan bersyarat.

Apakah syarat yang dikenakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Bajet 2021?

Pertama, Perikatan Nasional mesti meluluskan permintaan untuk pencarum KWSP mengeluarkan secara 'one off' dari Akaun 1 mereka sebanyak RM10,000.

Kedua, Perikatan Nasional mesti meluluskan pemberian moratorium pinjaman bank secara automatik kepada peminjam untuk tempuh 6 bulan mulai dari bulan Januari 2021.

Mengapa Basrisan Nasional mengenakan syarat?

Sebenarnya itulah kehendak rakyat dan bukannya kerana Barisan Nasional mahu menjadi popular tetapi memang itulah tugas wakil rakyat yang sudah lama dilupakan oleh kebanyakan Ahli Parlimen, membawa suara rakyat dan membantu rakyat ketika dalam kesusahan seperti yang sedang rakyat hadapi sekarang ini.

Apakah syarat Barisan Nasional ini akan membebankan kerajaan atau akan menambah jumlah defisit perbelanjaan kerajaan dalam Bajet 2021?

Tidak, kerana yang akan dikeluarkan adalah duit simpanan pencarum dan bukannya dari dana kerajaan dan moratorium yang diminta pula tidak akan menghapuskan hutang peminjam kepada bank tetapi cuma akan menangguhkan pungutan hutang.

Apakah bank akan terbeban dengan moratorium yang diminta?

Ya, tetapi kesannya sangat sedikit.

Dalam keadaan dunia menghadapi pandemik Covid-19, dalam keadaan ratusan ribu rakyat kehilangan punca pendapatan, walau pun diakui keuntungan pihak bank merosot namun pihak bank masih lagi mampu menjana keuntungan berbilion ringgit.

Tetapi ramai di kalangan rakyat yang bukan sahaja kehilangan perkerjaan, malah ada yang kereta dan rumah mereka sudah ditarik kerana gagal membayar balik pinjaman.

Kalau pihak bank mengeluh tentang penurunan keuntungan mereka tetapi rakyat kini sedang mengeluh untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

Jadi, 2 syarat berkenaan bukanlah syarat dari DS Najib dan Ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja tetapi 2 syarat berkenaan adalah suara rakyat!!!

Tanpa sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional atau mungkin sebahagian sahaja dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, Bajet 2021 pasti tidak akan lulus.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menyatakan dalam perbahasan beliau bahawa Pakatan Harapan hanya akan menyokong Bajet 2021 sekiranya bajet tersebut lebih fokus kepada bajet Covid-19.

Pakatan Harapan merasakan melalui bajet yang telah dibentangkan oleh Senator Tengku Zafrul menunjukkan kerajaan tidak berapa serius dalam menangani pandemik Covid-19.

Ini adalah kerana peruntukan untuk kesihatan dalam menangani Covid-19 adalah tidak mencukupi, malah peruntukan kesihatan untuk beberapa penyakit kronik yang lain telah dikurangkan dan dipindahkan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran.


Dalam perkembangan yang lain, Presiden PAN, Mohamad Sabu, telah mengumumkan kesemua Ahli Parlimen PAN akan menolak Bajet 2021.

Mohamad Sabu menyatakan, pendirian PAN itu adalah selari dengan pendirian Pakatan Harapan untuk menolak Bajet 2021.

Tanpa sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, Muhyiddin dan Perikatan Nasional hanya akan akan berharap kepada sokongan Ahli Parlimen PPBM, PAS dan PBS.

Walau pun ada usaha untuk memujuk Ahli Parlimen Bebas terutamanya dari Pejuang, namun ianya masih tidak mencukupi malah masih jauh lagi untuk meluluskan Bajet 2021.


Sentimen yang cuba dimainkan oleh Perikatan Nasional ialah sekiranya Bajet 2021 tidak lulus, maka penjawat awam terutamanya petugas barisan hadapan Covid-19 tidak akan mendapat gaji.

Walau pun Tengku Zafrul bukan ahli politik tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Zafrul itu ternyata bersifat politik.

Sangat jelas, kenyataan beliau hanyalah bertujuan supaya rakyat mendesak Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Bajet 2021.

Admin tidak tahu sama ada Tengku Zafrul hanya mengikut skrip yang disediakan atau beliau membuat kenyataan tanpa merujuk kepada Perlembagaan.

Walau pun Bajet 2021 tidak diluluskan, namun parlimen masih mempunyai pilihan untuk meluluskan bajet terpilih seperti perbelanjaan untuk gaji kakitangan awam termasuk petugas barisan hadapan Covid-19.

Tidak akan mendatangkan mudarat besar kepada negara sekiranya Parlimen menolak Bajet 2021.

Yang akan mendapat mudarat besar ialah Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin serta menteri-menteri beliau.

Penolakan Bajet 2021 bererti Perikatan Nasional dan Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di dalam Parlimen dan beliau sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Apabila Perikatan Nasional dan Perdana Menteri hilang kelayakan, maka secara automatik, barisan menteri beliau juga akan hilang kelayakan.

Muhyiddin perlu memaklumkan kepada SPB YDP Agong mengenai perkara itu dan terpulang kepada SPB YDP Agong sama ada untuk memulakan proses seperti perlantikan Muhyiddin dahulu atau membubarkan Parlimen tetapi dalam masa yang sama menangguhkan PRU 15 sehingga masaalah Covid-19 dapat ditangani.

Maka talkin akan dibacakan kepada Perikatan Nasional dan barisan kabinet mereka, manakala jenazah Perikatan Nasional pula akan dikebumikan di perkarangan Parlimen pada 25 November 2020 ini.

Rest In Peace.


Walau pun arwah banyak menyakitkan hati namun adalah juga jasa mereka kepada kita, muga damai di sana.

Sumber dari Unspinners

Selasa, 16 Julai 2019

YB-YB Tolong Baca dan Hadam

Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaan negeri sekarang dah pegang pusat..

Minta tolong satu saja..

Apa ..!!!!

Mana ada lobang keja dgn kerajaan minta sangat2 la bagi dan bantu kawan
-kawan yg tak dak keja..
Kawan2 yg dok tolong :
pasang bendera
Pasang poster
Panjat pokok
Panjat tangga flat

Itu saja pengorbanan yg amat diharapkan dari mereka.!!!

YB2 semua dah ada pencen berpuluh ribu sebulan ..
jadi adun 1 penggal
pegang menteri..
tim menteri..
ahli perlimen lagi..
sebulan dah berapa ????

kira sendiri..!!!!


Yang keja sendiri ..hang buat keja hang..
Yang keja kilang pi keja kilang...
Yang keja sapu sampah pi sapu sampah..

Mai pilihanraya ..mai cari depa ni minta tolong..
Bila dah menang..
ambil orang lain keja..
asalkan pandai bodek..
pandai jilat sikit..

Sori...terima kasih...

Luahan hati penyokong @ petugas @ ahli bawahan parti.....

Isnin, 22 April 2019

Karnival Ramadhan Diambang Syawal-Malaysiakini


Pelbagai program akan menanti pengunjung Karnival Ramadhan Diambang Syawal yang akan berlangsung di :

Karnival Ramadhan Diambang Syawal


Lokasi :Hadapan Giant Bayan Baru
Masa : 3.00 Petang hingga 2.00 pagi
Tarikh : 6 May 2019 - 4 Jun 2019 ( 1-29 Ramadhan 1440H)

Antara Program - Program yang akan berlangsung :
1)Bubur Lambuk Perdana
2)Berbuka Puasa Perdana
3)Jelajah Sahur
4)Demo Batik (Percuma 10 Frame )
5)Promosi Tukar Tempered Glass RM2
6)Booth Cancer (Amal Jariah)
7)Mari Makan Lemang
8)Demo Jawi Khat
9)Mybest Fama
10)Free market

Juga Cabutan Bertuan Menanti Anda

Jangan lepaskan peluang...
Sila hadir beramai-ramai

https://www.facebook.com/390572214862236/posts/392887301297394?sfns=mo

Khamis, 7 Mac 2019

Pendaftaran Akademi Bolasepak Anchovies

Hasil inisiatif Kelab Bola Sepak Anchovies & sokongan sumbangan Pejabat Parlimen Bayan Baru, satu Akademi Bola Sepak telah ditubuhkan bagi pelajar-pelajar yang berminat dalam bola sepak (Bawah 12 Tahun & 17 Tahun) dan bagi pelajar-pelajar yang berminat tetapi kurang berkemampuan dalam yuran pendaftaran Pejabat Parlimen Bayan Baru sedia membantu bagi yang layak.

Secara rasminya penubuhan Akademi Bolasepak Anchovies 2019

Padang SMK Raja Tun Uda,Jln Tengah Bayan Lepas
Tarikh : 9.3.2019
Sabtu - 5.00 ptg
Ahad - 8.30 pg

Pendaftaran di buka pada yang berminat menyertai akademi bolasepak Anchovies pada hari dan masa seperti diatas...

Jurulatih:

Berpengalaman dlm sukan bolasepak..

Khamis, 10 Mei 2018

Tahniah Buat seluruh rakyat Malaysia


Hadiah buat seluruh rakyat Malaysia.... Tahniah Tun yg baru td ditabalkan Sbgai PM yg ke7....

tahniah juga buat DS Wan Azizah yg bakal dilantik sbgai TPM wanita yg pertama di Malaysia

Tahniah juga buat insan yang menjadi hero dan idola hati yg mncetuskan gelombang politik baru tanah air ,DS Anwar Ibrahim yg bkl ditabalkan sbg PM yg ke8 insyaallah....

Semoga pentadbiran kerajaan PH berjaya ditadbir dengan telus dan saksama demi kesejahteraan rakyat semua.....

Buar rakan perjuangan yg telah pergi dahulu mninggalkan kita, inilah hasil titisan perit anda semua... Al Fatihah....


Sejarah ini terpahat utk ttpan anak cucu di masa hadapan.... 

PRU14 | Debaran mengenai status kerajaan serta perdana menteri ketujuh bakal berakhir petang ini.






Agensi berita Reuters melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V di Istana negara pada jam 5 petang nanti.

Calon perdana menteri itu akan ditemani pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Memetik kenyataan Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah Reuters melaporkan empat pemimpin tertinggi PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU akan mengiringi Dr Mahathir.

Walaupun tidak dinamakan, dipercayai mereka ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Selasa, 8 Mei 2018

PERUTUSAN KHAS ANWAR IBRAHIM BUAT RAKYAT MALAYSIA MENJELANG PRU14




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saudara saudari yang saya muliakan,

Dari Hospital Cheras, dengan kawalan ketat pegawai penjara, saya mohon saudara saudari bersama dalam gerakan rakyat menuntut perubahan sempena PRU14.

Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijelaskan kerana berulang kali diungkit oleh pimpinan UMNO-BN dan lain-lain.

Paling mereka khuatiri adalah gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim hinggakan TV3 menyiarkan pidato lama saya menyerang Tun Mahathir. Malah mereka lahirkan rasa aneh dan bingung mengapa saya dan keluarga sanggup berpakat dan mempercayai Tun Mahathir.

Sewajarnya sebagai Muslim dan naluri insani, kita gembira dengan semangat ukhuwwah, silaturrahim dan persahabatan yang terjalin.

Saya, Azizah dan sekeluarga tidak menafikan keresahan awal, namun pertimbangan - faaslihu baina akhawaikum - (Sebab itu, perbaikilah (damaikanlah), hubungan antara kedua saudaramu – Al-Hujurat Ayat 10) dan kepentingan negara dan rakyat mengatasi semua perkiraan lain.

Tun Mahathir membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat  darjat dan martabat rakyat dan negara. Beliau bersabar menerima penghinaan UMNO-BN sambil menumpukan perhatian memperkukuh jentera Pakatan Harapan (PH).

Saya ingin menyeru agar rakyat  memberikan dokongan untuk membolehkan beliau memperbaiki kebobrokan negara akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak.

Kempen UMNO-BN tertumpu kepada usaha menakutkan rakyat terutama masyarakat  Melayu kononnya akan diperalatkan DAP.

Sentimen perkauman ditiup kerana kegagalan UMNO-BN menjawab skandal 1MDB, FELDA, dan keperitan rakyat akibat lonjakan harga setelah GST diperkenalkan.

Rakyat adalah penentu; bukan wang sogokan tauke atau saudagar kaya; bukan fitnah dan propaganda media yang dikuasai UMNO-BN.

Pakatan Harapan mendambakan perubahan; kepedulian rakyat dan pengukuhan institusi negara selaras dengan semangat Perlembagaan negara.

Kami bertekad untuk bekerja menggalas tugas dengan penuh amanah dan kesedaran.

Kami yakin kedudukan Islam akan lebih mekar dengan menjamin kebebasan beragama. Yang akan dibela adalah rakyat semua kaum. Umat Melayu dan bumiputera yang dibantu adalah di kalangan rakyat kebanyakan dan bukannya keluarga dan kroni kaya.

Dalam tempoh 24 jam, masa depan negara dan nasib rakyat akan di tentukan oleh saudara saudari.

Dengan lafaz Bismillah, undilah dengan bijak dan bertanggungjawab.

Rakan-rakan yang telah bersama sejak 2013 perlu bangkit menggerakkan rakyat dalam muafakat mantap Pakatan Harapan. Bantu ibu bapa, sanak saudara dan adik  adik untuk turut mengundi.

Kepada Allah SWT kita pohon petunjuk dan keberkatan.

Anwar Ibrahim
7 Mei 2018

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...