Selasa, 30 Mac 2021

TIADA TEMPAT BUAT POLITIKUS YANG MENSIA-SIA KAN UNDI RAKYAT PULAU PINANG.

 


Mengulas tindakan empat Adun Bersatu iaitu Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh) ,Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) memboikot sesi libat urus ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bersama wakil rakyat hari ini dengan alasan langkah kerajaan PH Pulau Pinang memindahkan  peruntukan 60,000 kepada Wakil Kerajaan (Penyelaras) di sama ertikan dengan menghukum rakyat di kawasan dan bermain politik di kala rakyat berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi. 

KEADILAN ingin bertanya, siapa menghukum rakyat ? dan pihak mana  yang kuat bermain politik di kala rakyat berhadapan musibah pandemik covid 19? 

Peruntukan 60,000 setahun bukanlah satu nilai yang besar buat mereka yang beralih sokongan kepada Kerajaan PN yang punyai kuasa dan peruntukan yang lebih lumayan di peringkat pusat selepas PH di huru harakan oleh mereka yang tertanggal  prinsip perjuangan. 

Rakyat di DUN Seberang Jaya, Sungai Aceh, Bertam dan Telok Bahang lebih terjamin  peruntukan Kerajaan Negeri di salurkan dan agihan secara adil  melalui wakil mereka yang mempunyai iltizam dan aspirasi yang kekal sama ketika pengundi - pengundi memberi kemenangan kepada wakil Pakatan Harapan pada PRU 14 di DUN2 tersebut. 

Prinsip keadilan tetap di guna pakai oleh Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang apabila peruntukan wakil dari PAS dan UMNO langsung tidak terusik, peruntukan mereka sama dengan wakil kerajaan kerana prinsip, demokrasi dan kesetiaan kepada parti dan rakyat di kawasan mereka memilih Adun2 tersebut mewakili suara mereka di DUN Pulau Pinang.

KEADILAN menyeru kepada rakyat Pulau Pinang agar memberi hukuman dan  pengajaran kepada mereka yang mengkhianati amanah serta kepercayaan pengundi yang memilih mereka di bawah gabungan PH tapi telah menginjak-injak mandat rakyat kelak supaya ia menjadi pengajaran kepada politikus lainnya di masa hadapan.

KEADILAN Pulau Pinang menawarkan "Kejujuran Politik" sebagai teras penting perjuangan reformasi bagi memacu kepercayaan rakyat Pulau Pinang. 


Amir Haji Ghazali

Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang

Khamis, 11 Mac 2021

Isnin, 8 Mac 2021

Tawaran Suapan :Ahli Parlimen Sekijang Buat Laporan SPRM



Kenyataan Media Ahli Parlimen Sekijang

Pada 7hb Mac 2021


Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.


Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.


Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.


Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera.


Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya tidak mahu mengkhianati Parti Keadilan Rakyat, pimpinan, dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.


Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.


Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”


YB Hjh Natrah Ismail

Ahli Parlimen Sekijang

Jumaat, 5 Mac 2021

Jangan Jadikan Agensi Kerajaan Senjata Politik

 




KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

5 Mac 2021


Majlis Presiden Pakatan Harapan dimaklumkan tentang siri tindakan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah juga ahli-ahli keluarga mereka.


Pada waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus dilakukan bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum dan undang-undang. Tetapi sebarang penyalah gunaan institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima. Kami percaya ini telah dilakukan terhadap ramai termasuk YB Lim Guan Eng dan isteri, YB Larry Sng, YB Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap YB Dato’ Dr Xavier Jayakumar.


Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penggunaan SPRM, LHDN, PDRM dan agensi-agensi lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan menambah sokongan kerajaan minoriti Perikatan Nasional ini.


Pertandingan politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Harapan juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta juga pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian berkurangan. 


Tindakan "memeras" perniagaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival perniagaan dan menjejaskan pekerjaan.


YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)


YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)


#PakatanHarapan

#TolakPengkhianat

Sabtu, 16 Januari 2021

DARURAT

 



PM kata darurat


Pkp lagi.

Pakai pelitup muka

Jaga jarak jangan leka

tak boleh rentas negeri

angka covid semakin mencanak

harga barang semakin meningkat

Duit di poket semakin menipis

anak anak berkeliaran 

belum ke sekolah

Ibu ayah tok nenek 

pening kepala


Penjual nasi lemak 

dan berger gelisah semacam

tak boleh jual di tepi jalan

duit harian takde 

Kwsp tak de 

duit dari langit tak jatuh pun

nak makan apa? 


Kilang kilang boleh pula buka.

Super market boleh pula

beli barang.


Semakin tertekan dengan darurat

dan pkp.

suami isteri gaduh selalu

jerit pekik anak anak yang di kurung

semakin memeningkan otak

ada yang cerai

ada yang isteri kena penampar

Berantakan ...


Masjid kosong...

Doa jemaah tak terangkat 

Silatulrahim musnah

Corona virus punya angkara.

Hidup bermasalah kerana

solat yang bermasalah.

Dosa siapakah ini?

Kita kena bermuhasabah diri.

Bertaubat agar doa didengari Ilahi.


Nina Kirana

Kajang.

16/1/2021.

Jumaat, 27 November 2020

Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi

 



KENYATAAN MEDIA

27 November 2020


Semalam Parlimen menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 lulus di peringkat dasar, dan seterusnya akan memasuki perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin, 30 November ini sehingga undian terakhir pada 15 Disember kelak.

Semestinya rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan tersebut beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, golongan nelayan dan petani, petugas barisan hadapan COVID-19 dan para pekerja yang mengharapkan bantuan segera.

Walaupun rakan-rakan khususnya YB Lim Guan Eng dan YB Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian. Ini supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan. 

Ahli-Ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana Kementerian lain, apakah jumlah sebenar Belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi. Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti. 

Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.

Perlu saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini. Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan (precedent) Parlimen.


ANWAR IBRAHIM

Khamis, 26 November 2020

HARI INI KITA TUNGGU SAMA ADA PENGUNDIAN BELANJAWAN 2021 DI PARLIMEN AKAN DIADAKAN



𝑴𝒆𝒓𝒖𝒋𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒌𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒖𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓 𝒈𝒂𝒋𝒊 𝒌𝒂𝒌𝒊𝒕𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒍𝒖𝒍𝒖𝒔 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒖𝒏𝒅𝒊𝒂𝒏 26 𝑵𝒐𝒗𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒊𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒑 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒖𝒕.


𝑩𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 2021 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒆𝒑𝒂𝒏 𝒓𝒊𝒔𝒊𝒌𝒐 𝒅𝒊𝒕𝒐𝒍𝒂𝒌 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒂𝒉𝒍𝒊-𝒂𝒉𝒍𝒊 𝒑𝒂𝒓𝒍𝒊𝒎𝒆𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒍𝒂𝒍𝒖 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊𝒌𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏.


𝑺𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑵𝒂𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 (𝑷𝑵) 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒏, 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒎𝒆𝒍𝒖𝒍𝒖𝒔𝒌𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 2021. 𝑰𝒏𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒂𝒌𝒏𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉𝒔𝒖𝒂𝒊 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒏𝒖𝒉𝒊 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒏𝒅𝒆𝒎𝒊𝒌 𝑪𝒐𝒗𝒊𝒅 19.


𝑩𝒆𝒓𝒅𝒂𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒉𝒍𝒊 𝒑𝒂𝒓𝒍𝒊𝒎𝒆𝒏 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈, 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒔𝒖𝒌𝒂𝒓 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂-𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂. 𝑫𝒂𝒏 𝒇𝒐𝒌𝒖𝒔𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒓𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒊 𝒑𝒂𝒏𝒅𝒆𝒎𝒊𝒌 𝑪𝒐𝒗𝒊𝒅-19.


𝑴𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉 𝒔𝒖𝒂𝒊 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 2021 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒊𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌𝒊 𝒅𝒖𝒂 𝒌𝒐𝒎𝒑𝒐𝒏𝒆𝒏. 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒃𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒈𝒂𝒋𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏𝒚𝒂. 𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒅𝒊𝒕𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏.


𝑲𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒂𝒓𝒂𝒑 𝑴𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒊𝒏𝒅𝒂𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒏𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂. 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒓𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒆𝒍𝒖𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒏𝒅𝒆𝒎𝒊𝒌 𝑪𝒐𝒗𝒊𝒅-19 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓.


Sumber di Sini

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...