Jumaat, 17 April 2009

Abdullah dan Najib : Seperti belacan dikerat dua -malaysiakini

Kita biasa mendengar ungkapan peribahasa yang berbunyi : Seperti pinang dibelah dua ; untuk menggambarkan sepasang suami isteri terutamanya pengantin baru yang sama cantik dan sama padan.

Namun, terdapat juga satu peribahasa yang memberi gambaran yang sebaliknya. Ianya berbunyi : Saperti belacan dikerat dua - yang pergi busuk, yang tinggal hancing

Begitulah perumpamaan yang boleh dibahasakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi yang telah berlalu dan kepada penggantinya Najib Abdul Razak . Perumpamaan tersebut amat tepat dan bersesuaian sekali jika kita teliti senario yang mutakhir berikut :

Krisis Perak : Mahkamah Persekutuan tidak berhukum mengikut undang-undang perlembagaan negara, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Krisis Perak tersebut ialah:

1. Allaudin Mohd Sheriff
2. Ariffin Zakaria
3. Nik Hashim Nik Ab Rahman,
4. S Augustine Paul
5. Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Benarkah mereka yang tersebut itu sama busuk dan hancing ....urgh...kerana dikatakan telah kencing dan berak di atas Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ? "Saya tak tahu undang-undang. Saya tanya sahaja ," kata Bakaq di sini



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hari ni teman dapat satu lagi peribahasa menarik. Tapi mike kena ingat. Belacan tu busuk pun orang guna sebagai penaik selera. Buat sambal, tumis dan sebagainya. Deme berdua ni langsung rakyat tak sior. Jadi nak kata macam belacan pun tak boleh. Mungkin ikan buntal kot.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...