Khamis, 23 April 2009

PELIK DALAM BOLEHLAND -malaysiakini

Segala yang pelik bisa saja diaturkan dalam bolehland Malaysia. Hari ini Gobind Singh Deo menyaman kerajaan Malaysia, speaker Dewan Rakyat, menteri di Jabatan perdana menteri nazri Aziz, setiausaha dewan rakyat kerana perkara yang berkatan dengan penggantungan beliau daripada dewan rakyat. kan ke speaker dewan kebal mengikut perlembagaan malaysia artikel 72 (1). Tetapi kerana Malaysia memang sangat arif membuat perkara yang pelik sehingga mahkamah telah membuat satu precedent kekebalan tersebut boleh dicabut. Dengan ini banyak lagi saman yang akan berbangkit kerana pelik yang dihasilkan bolehland malaysia.

SPR kata nak isytihar tarikh pilihanraya kecil Penanti. Tetapi rakyat bolehland Malaysia kena nanti. Sebabnya ialah SPR kata cop! aku rehat sebentar. Tidak jadi isytihar tarikh. Tak ke pelik tu?Tetapi yang pelik itu tidak pelik kalau kita fahami apa yang sedang berbuih sekarang.

Pertama BN takut nak bertanding di Penanti. Sebabnya ialah ia milu mengenangkan terpaksa telan satu lagi kepahitan yang namanya kekalahan. Oleh itu, Najib telah melontarkan idea tidak mahu bertanding. Tetapi ada Tun penyebuk yang acah suruh bertanding juga. Jadi orang UMNO penin kepala. Maka terciptalah perkara pelik lagi dalam bolehland Malaysia . Apa kata kalau kita paksa Fairuz tu tari balik pengisytiharannya meletak jawatan? jadi nanti tidak perlu pilihanraya kecil.

Petanda kepada perkara pelik ini telah pun tersembul. Pertama, Fairuz didapati bersih sebersih bersihnya oleh SPRM. Tiada rasuah. Tiada itu. dan tiada ini. Maka dia tidak akan menghadapi apa apa kes di mahkamah. Jadi apa perlunya letak jawatan ADUN?

Kemudian SPR buat perkara pelik lain pula dengan mengisytihar untuk bermesyuarat hal pilihanraya kecil Penanti. Tetapi tarikh pilihanraya tersebut SPR kata, nanti! Satu lagi pelik. Apa tak peliknya, SPR mungkin tunggu apa yang diputuskan oleh mensyuarat MT UMNO jumaat ini barulah ia boleh buat keputusan. Kan ke pelik tu dalam bolehland Malaysia.

Kalau sekiranya dapat dipaksa Fairuz tidak meletakkan jawatan ADUN, maka tidak perlu pilihanraya, dan dengan itu SPR akan segera buat pengumuman pelik lagi: tiada pilihanraya.

Memang mereka suka buat perkara yang pelik. Tetapi bagi mereka itu bukan perkara pelik. itulah tanda Malaysia ini berada dalam bolehland.
 
Oleh itu, tiada apa yang pelik di Malaysia. Melainkan satu sahaja. Di Sepang, Selangor.

Sungai Pelek

dari blog hamirdin
 
 
 
 
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fairus bersih sebersihnya??????
adakah kerana sprm tak dakwa fairus maka beliau bersih????
ali rustam didapati bersalah oleh umno kerana politik wang...tapi masih jadi ketua menteri melaka...sprm masih tak dakwa ali rustam...adakah bermakna ali rustam bersih???? begitu juga dengan khairy dan khir toyol adakah mereka bersih...ini adalah mainan kotor umno dan BN...sebab dari awal lagi najib dah kata tak mau pilihanraya...mungkin isnin ini SPR akan kata perletakan jawatan fairus tidak sah sebab dipaksa oleh anwar....macam berlaku di perak...
lu ada akai...
lu fikir la sendiri..
kasi pecah lahhhhhhhhhhhhhhh

mama dah bosan berkata...

memang pelik bin ajaib
pelik tapi benar...malaysia boleh..
KENAPA pengarah sprm p.pinang enggan ulas...
KENAPA pegawai sprm p.pinang pun terkejut dengaan keputusan itu...
KENAPA sprm kata duit fairus ke London dibiayai oleh kerajaan negeri..sedangkan Fairus sendiri pernah kata beliau tidak guna satu sen pun duit kerajaan negeri untuk ke LOndon (Malaysia KINI)..
KENAPA hari rabu Sprm nafikan dakwaan fairus bersih dalam NST..
KENAPA esoknya hari khamis sprm kata tiada asas nak dakwa fairus...
pelik pelik pelik
lu ada akai.........
lu fikir la sendiri...

..ish ish ish... berkata...

Salam,

.....bersih?
cekap dan amanah....cara malaysia la!

"Kalau tidak didakwa...tu kira okayla!...jangan dipertikaikan lagi,.....suka yang pelik pelik!

lagi pelik lagi bagus...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...