Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini.
Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek.
Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan kita. Maka itu kami cuba mendapatkan gambaran sebenar siapakah Hilmi Malik, anak muda yang pernah bekerja di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Namun dikatakan sudah berhenti mulai bulan Januari 2009 yang lalu.. Bak kata pepatah Melayu "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih", maka itu kami hairan kenapakah polis kita begitu sukar untuk menjejaki Hilmi yang sudah diketahui lari ke Indonesia itu. Apakah polis Malaysia langsung tidak mempunyai jaringan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak?.
Maka, kami cuba menyelongkar siapakah dia sebenarnya Hilmi Malek ini. Siasatan sulit kami mendapati rupa-rupanya beliau adalah merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelangai, Bentong Pahang sebelum Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar sekarang ini. Bapanya dikenali dengan nama Dato' Malek mewakili UMNO dan BN bagi kerusi itu sebelum diambilalih oleh Adnan.
Namun, berita terkini beliau dikatakan telah kecewa dengan UMNO dan BN dan kini bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat. Patutlah mereka tidak berani mendedahkan identitinya Hilmi Dato' Malek yang sebenarnya, kerana mereka malu dengan senario ini. - Pahangdaily
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan