Jumaat, 1 Mei 2009

ADUN Sungkai, R. Ganesan calon kerajaan haram untuk Speaker DUN Perak?-malaysiakini


Barisan Nasional (BN) telah menamakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, Datuk R. Ganesan daripada MIC sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru, kata Speaker V. Sivakumar.

Dalam tulisan di blognya: speakforperak.blogspot.com, Sivakumar berkata usul itu telah diserahkan ke Pejabat Setiausaha DUN Perak di sini pada pagi semalam.

Menurutnya usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong seorang Exco Datuk Hamidah Osman.

"Surat persetujuan daripada Datuk R. Ganesan untuk dipilih sebagai Speaker Perak juga disertakan bersama-sama usul ini," katanya.

Sivakumar pada satu sidang akhbar di sini semalam ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatannya, katanya beliau mengakui memang ada usul yang diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apaapa keputusan lagi.

Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk melucutkan jawatan Speaker V. Sivakumar seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual pada 7 Mei ini.

Usul itu yang disokong Hamidah menerusi surat bertarikh 22 April lepas diterima Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri pada 23 April dan diberi notis untuk dibawa pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke12 pada tarikh yang ditetapkan itu.

Abdullah dalam suratnya kepada semua 59 ADUN Perak bertarikh 27 April lepas berkata, sekiranya usul itu diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker baru.

Berikutan itu, beliau meminta semua ADUN mengemukakan cadangan bagi memilih Speaker baru menggunakan borang pencalonan yang dikepilkan bersama dengan surat berkenaan.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbarnya semalam ketika ditanya mengenai usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar, berkata semua ADUN berhak mengemukakan apa saja usul dan terpulang kepada Speaker untuk tindakan seterusnya.

Bekas Exco Kanan Perak yang juga Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata ADUN pakatan PAS-DAP-PKR tidak akan memberi maklumbalas terhadap usul tersebut kerana mendakwa notis yang dihantar Abdullah itu tidak sah disebabkan Setiausaha DUN Perak telah digantung tugas oleh Speaker pada bulan lepas.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

2 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Kita telah melihat dan tahu berbagai perkara telah di lakukan ole puak puak UMNO(BN)yang meyimpang dari peraturan dan undang undang dalam usaha mereka untuk menghalalkan kerajaan haram ini.

Yang pelik nya tidak ada kah kesedaran pada ADUN mereka,yang pada perkiraan kita mereka ini dari gulungan cerdik pandai.

Contoh nya AdUN Kubu Gajah.,Adun Alor Pongsu,Adun Pangkalan Baru dan beberapa AdUN Lain.

Mengapa mereka ini harus berada di dalam kelumpok yang terang terang menyalahi budaya,tatasusila,adat resam malah peraturan dan undang undangnya .

Apakah mereka menyangka dgn berada di dalam UMNO(BN) mereka pasti akan kekal di tempat itu dalam PRU ke 13 nanti?.

Tambahan pula kemenagan mereka perolehi dalam PRU ke 12 yang lalu hanya dengan mejoriti kurang dari 100 undi?

Ini lah masanya bagi mereka membuat perubahan, menyatakan kebenaran dan berpindah menyertai PAS/PKR waima DAP sekalipun.

Keberanian ini pastinya akan mengekalkan mereka dalam perjuangan Politik, bagi meneruskan harapan dan cita cita Membela Bangsa,Negara dan Agama.

Masa untuk Berubah wahai YB,YB, (UMNO).

Jgn Maree!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak baik sebut babi, sebut khinzir kan lebih manis bahasanya.

Jika sebelum nie pelik bin ajaib pr pilh speker org india. Marah gerombolan uumno hingga ada keluar perumpamaan india dan ular! Mungkin sekarang sudah boleh tukar jika jumpa Umno dengan ular. mana satu mau pukul dulu.

Umno nie dulu kini selamanya, adalah parti iklim ikut cuaca. Itu baiknya umno and the gang

Rakyat Perak nak pembangunan. Ini menyebabkan Umno terpangil untuk merompak kerajaan PR. Gerombolan umno lebih bijak daripada nizar dalam bab pembahagian tanah. Nizar bagi tanah 999 dekat cina saiz tapak rumah kediaman hanya boleh kutip cukai tanah, berapa sangat yang dapat. Umno lain dia kasi sama tokey baru dapat banyak cukai, komisyen, tip dan benefit lain kepada kerajaan, broker, pelobi, ketua bahagian, putera - puteri, veteran -JKKP,Jadi semua orang dapat rasa. tak adelah rakyat nak marah. Tak caya tanya Zambri atau nak tepat tanya adnan yacop. Ini bukan cerita melayu punya digadai, ini cerita curi makan ma. barulah dipanggil merakyatkan ekonomi semua ada bahagian.

Umno beriklim ikut zon waktu dan keperluan semasa.

contoh;

Jika rakyat nak judi dia kasilah. Sebab tu dulu rakyat pahang nak judi di kasi genting. Judi nie penting untuk menjana ekonomi rakyat bawahan.

Jika rakyat nak masjid, berceritalah ia kebaikan banyak masjid yang telah dia buat, pas boleh buat masjid sebanyak umno. Sebab tu di terenganu rakyat nak masjid satu pulau (wan man) dibuat masjid replica untuk rakyat tereenganu melihat aje. yang penting rakyat nak tengok dia buat katenye. Untung juga buat masjid boleh menjana ekonomi, ya projek-projek, kasi-kasi lu satu gua ambil dua. Rakyat terengganu pun dapat lihat. apa lagi kebaikan yang tak dibuat. win-win! rakyat dapat lihat dan penguasa umno dapat projek.

Apa UBN tak buat, Dulu rakyat selangor nak pembangunan industri. macam2 industri ada; kilang kasut, arak, kertas simen, apa aje-ajelah lah semua ade. Pasal kilang arak umno tak tahu sebab rakyat cuma cakap nak pembangunan. jadi dia sediakanlah keperluan tu. Kepada PR jangan memandai nak sekat kilang arak tu dah hampir 40 tahun tersergam indah kat situ. Dan ingat sudah berapa lama kilang itu memberi peluang pekerjaan kepada bumiputera. Jangan hak bumitera dicabar jika tak mahu tetangan pendekar umno. PR belajar kenang budi UMno.

Industri hiburan dulu rakyat selangor mahu, Umno tunaikan. Kini masih separuh melayu selangor bersama umno. Kerajaan PR terutama PAS JANGAN BERLAGAK Alim menjadi jaguh untuk menghadkan industri hiburan. pejuang umno tak akan berdiam diri Jika Hak Hiburan Bumiputera digadaikan. Inilah punca ekonomi rakyat. Disinilah Bonzer2 Pekida, artis melayu, pelayan, GRO melayu cari makan sudah sekian lama. Di mana anak muda melayu nak melampias nafsu pada malam minggu kalau tak kat karoke dan kelab malam. Merempit haram oleh kerajaan m'sia. Di mana lagi anak muda nak pergi, itu sajalah tempat diadakan untuk merakyatkan ekonomi. berhibur sambil berekonomi. Anak2 bumiputera dapat hiburan, tokey-tokey dapat untung, gro dan bonzer dapat gaji lumayan dan kerajaan dapat cukai-cukai berkaitan. Pemuda umno dapat hiburan percuma pada masa pemilihan tak caya tanya keyrie.

ini dulu, yang lain kemudian.

zaidi yusoff

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...