Selasa, 30 Jun 2009

Berita dari Parlimen-malaysiakini

1 usul tergempar mengenai H1N1 yang dikemukakan oleh MP Gopeng Dr Lee
Boon Chye telah diterima parlimen dan akan dibahaskan jam 4.30 ptg
ini.

DSAI pula telah mendedahkan bukti baru tentang rasuah jambatan Pulau
Pinang ke 2.

--
Sent from my mobile device


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Logo negeri Pulau Pinang sudah kasi tukar ka????-malaysiakini


Lambang kerajaan negeri Pulau Pinang telah ditukarkah? Kalau betul begitu kenapa baru hari ini aku tahu... tu pun selepas aku buka satu blog ni.... kalau korang nak tau lebih lanjut korang klik kat sini



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Adakah UMNgOk adalah jauh lebih Islam daripada PAS????-malaysiakini

Sebelum baca kenyataan Muhyiddin Yassin, sila lihat gambar di atas puas-puas!!

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lepas.

Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.

“UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO,” katanya.

Hello Bang Din, kamu sebagai rakan akrab Najib, tolong nasihatkan sibacul tu suruh bini dia tutup aurat dulu sebelum hendak berlagak macam ustad.

“UMNO menegakkan syiar Islam di negara ini”? Lu sakit ke Muhyiddin?

- Syiar raba bontot oleh Jamaluddin.
- Syiar C4 oleh Rosmah
- Syiar rogol oleh Rahim Thamby
- Syiar kahwin siam oleh Mat Mat Taib
- Syiar bontot oleh Saiful anak Sundal
- Syiar penipu oleh UMNO

petikan dari kerajaan rakyat

zmp: itu lah cara islam hadari umngok.... Syiar islam depa boleh berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan tak perlu untuk menutup aurat..



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


Isnin, 29 Jun 2009

UMNO pengecut..-malaysiakini

Cabaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu PAS dan Umno tidak perlu diadakan selagi pemimpin PAS masih berdolak-dalih dalam pelbagai perkara terutama dalam soal kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apaapa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat.

“Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih.

“Apa yang penting Umno dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manik Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Semalam Nik Aziz mencabar Najib untuk berdebat yang kononnya bagi menyelesaikan beberapa perkara seperti kerajaan perpaduan dan isu fitnah memfitnah.


UMNO parti Darat, Kuno

Istilah darat dalam bahasa Kelantan bermaksud, ketinggalan zaman, kuno, tak relevan, kebudak-budakan dan seumpama dengannya dari semua aspek. Dalam erti kata lain, sesuai untuk golongan tua yang sudah berusia, kerana senang untuk dimanipulasikan. Kalo untuk golongan muda,sorry to say lah.

Dalam erti kata lain, pemimpin UMNO terdiri daripada jahil agama dan 'darat'. Jadi tidak heran sekiranya ada daripada kalangan mereka suka membuat isyarat lucah, mencarut, memaki hamun. Kerana pemimpin UMNO terdiri daripada pemimpin yang tidak matang. Lihat sahaja video dibawah ini :


MB PAHANG


MB TERENGGANU



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Saifuddin :Kenapa Kerajaan Pusat tidak bayar Royalti kepada Kelantan??? -malaysiakini

Ceramah Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution sempena Majlis pengisytiharan Calon PAS Pilihanraya Kecil N41. Manek Urai di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009

Saifuddin 1



Saifuddin 2



Saifuddin 3





™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ceramah Presiden PAS sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009.-malaysiakini

TGHA 1



TGHA 2


TGHA 3



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

LIM KIT SIANG : PAS mampu pertahankan Manik Urai-malaysiakini

Ceramah Lim Kit Siang sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009.

Najib sebagai pelengkap teori RAHMAN sebagai PM BN



Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat di Manek Urai sudah membuktikan mereka mampu mempertahankan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi pada pilihan raya umum 1978.

Katanya, pengundi di Dun terbabit mencatat satu sejarah apabila berjaya menyambung hayat perjuangan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi sahaja di Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Pada pilihan raya terbabit PAS hanya mampu bertahan di Dun Manek Urai dan Sering di Pengkalan Chepa. Umno berjaya merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut selepas berlaku Mageran.

Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, pilihan raya pasca Mac 2008 memperlihatkan undi tidak percaya rakyat negara ini terhadap Umno dan BN.

Menurutnya lima pilihan raya kecil sebelum ini memperlihatkan berlaku penolakan rakyat terhadap Umno dan BN secara berterusan.

Malah katanya, Dato’ Seri Najib Razak melengkapkan teori RAHMAN yang menggambarkan kehadirannya sebagai perdana menteri terakhir semasa di bawah kerajaan BN.

“Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih kedudukan kerajaan pusat yang ada sekarang,” katanya.



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ahad, 28 Jun 2009

Mansuhkan Dulu PPSMI Sebelum Mewajibkan Bahasa Inggeris Dalam SPM !!!-malaysiakini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/SamadSaidGMP.jpg
Rakyat mahu kerajaan menyelesaikan masalah memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seelum mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeri dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau curiga dengan hasrat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan mahu mendedahkan hasil kajian PPSMI pada minggu depan.

”Saya (PAS) ragu apa maksud nak dedah (kajian) ni, sekarang dia (kerajaan) dah tahu rakyat nakkan supaya PPSMI di mansuhkan, dedah ni dedah apa ?,


”dan kita memang tak percaya pendedahan (kajian) ini, kerana bukan kita tak percaya kepada laporan tetapi kita tak percaya takut (bimbang) dimanipulasi,”katanya pada siding media di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring, dekat sini, semalam.

Menurutnya, matlamat yang dikehendakki oleh kerajaan BN jelas, iaitu mahu mengekalkan PPSMI, sebaliknya, matlamat rakyat juga begitu jelas.

”budayawan, (tokoh-tokoh) bahasa tak mahu PPSMI, rakyat jelata tak mahu, orang ramai orang kampung (juga tak mahu),

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/abcppsmi.jpg”kita personal apa yang dia nak dedahkan sebenarnya dan maksud pendedahan (itu),”tegasnya ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang mahu mendedahkan hasil kajian berkaitan PPSMI, minggu lalu.

Beliau berkata, pendedahan tersebut tidak ada makna, sekiranya ia hanyalah untuk membenarkan (justify) apa yang akan dilaksanakan kerajaan, untuk mengekalkan PPSMI

Sekiranya demikian, katanya lebih baik kerajaan mengkaji dan menyiasat serta mendedahkan skandal-skandal yang terlalu banyak termasuk pembunuhan misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

”Kita (PAS) ragu dan nak beri ingatan kepada kerajaan bahawa apa yang dia (kerajaan) buat sekarang ini (sebenarnya) menghukum rakyat,

”termasuklah dia (kerajaan) nak mewajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM, cukuplah mewajibkan Bahasa Melayu, apa nak mewajibkan Bahasa Inggeris pula ?,”soalnya

Namun sekiranya kerajaan benar-benar mahu meningkatkan mutu Bahasa Inggeris dalam SPM, katanya, kerajaan mesti menyelesaikan masalah PPSMI terlebih dahulu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/bantahppsmi.jpgKatanya, PAS tidak menolak hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa antarabangsa, tetapi bukan memertabatkannya.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, kerajaan mesti memansuhkan PPSMI terlebih dahulu sebelumnya mewajibkan Bahasa Inggeris.

”Jadi oleh kerana itu dia (kerajaan) kena selesai dulu masalah ini (PPSMI), baru kita pergi masalah yang kedua iaitu nak wajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM bagi meningkatkan mutu Bahasa Inggeris,

“selesaikan yang asas ini dulu, PPSMI membabitkan sekolah rendah hingga sekolah menengah sampai akhirnya sehingga Bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu, itu kesannya,”jelas beliau.

Menurutnya mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM adalah perkara sampingan yang sangat kecil, yang boleh dilaksanakan dengan mudah, berbanding isu PPSMI.





™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Sabtu, 27 Jun 2009

Majlis pengisytiharan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai (video) – 26 Jun 2009-malaysiakini

Tok guru Isytihar Calon PAS (1)




Tok Guru Isytihar Calon PAS PRK N41 Manek Urai (2)





Komunis dan Umno Serupa tolak Islam – Tok Guru Nik Aziz


“Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w.”

“Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup,” kata Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis. ler



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jumaat, 26 Jun 2009

Bila Tun Saban dah marah..... ada betul juga.._malaysiakini

Kan dah kena kalih gambo tu.... lain kali buat la keroja betoi-betoi...... kalau tak tau tanya la dulu... jangan la dok tau nak serebu ja....

Restoran Hameed kat tanjong siap pasang khemah lagi ,bukan saja didepan kedai malah dia susun stall nya sampai 50 kaki jaraknya.

Bila Tun dengar Ahli majlis kata runtuh ,runtuh atau roboh ini undang-undang,prosuder kononnya

Ini kisah peniaga kat pantai seagate lah bro.Kerana dendam kan seseorang tu ,dia gunakan kuasa yang ada untuk menyerang kawasan yang ditadbir musuhnya.Apakah jadahnya ni...........

peniaga melayu yang jadi mangsa.Sat ni aku kata ahli majlis ni banggang baru tau ,opsss dah terlepas cakap pun.
Setahu Tun memanglah gerai untuk mereka tu dah disediakan,tapi anda semua sedia maklum gerai itu dibuat dari zaman taklukan BN.

Gerai tambahan itu dikontraktorkan si shahidan(ala yang bertanding dengan helmi baru baru ni.dulu ketua pemuda umno Balik Pulau.

Maka untuk melepaskan BATOK DITANGGA(faham ke maksudnya ,ala zaman dulu kan bila kita nak naik kerumah kampung kat sebelah tangga ada tempayan besar dan juga ada satu senduk yang diperbuat dari tempurung,itu lah yang dipanggil batok.

Bukan batuk argh arghh arghh .Ingat tak bila kita nak gunakan dia kita ambil dan ceduk air dalam tempayan dan terus lempar/lepaskan ditepi tangga.Maknanya gunakan untuk kepentingan kita dah dapat yang dihajat,pi mampos lah dengan orang orang tu.

Tu yang gerai tu main bikin saja ,tak buat kajian hidup ka mati ka berniaga disitu.

Tapi Tun sendiri pi ke gerai tu ,memang tak ada pelanggan yang masuk,Baik peniaga tu
dok rumah saja dari diberi gerai sebegitu.Laluan masuk pun tarak...........gerai dibelakang ,dilindungi meja meja ikan bakar ismail ,gerai lama pun masih banyak kosong.

Tun bagi Idea sikitlah .Gerai ismail ikan bakar line yang pertama tu (gerai lama) MPPP
robohkan ubah isnail tu pi gerai baru kat belakang,maka parking pun akan bertambah luas,Baru peniaga yang ditepi pantai dapat keadilan . gerai itu akan jadi bentuk L.

Lagipun buat yang syok nak kacau sangat depa tu.tempat lain lagi la.24 jam dok kat kaki lima kedai .contoh restoran mamak.mamak ni bukan mengundi pun.sebab bagi nasi free,sponser Itu yang tak kacau sangat.

Bukankah YB dan orang kawasan tu tengah berbincang untuk buat sesuatu cadangan untuk peniaga disitu........

Hakim pun bukan ikut sangat undang undang,hukuman dia akan beri atas belas kasihan dia jugak ,mungkin dia boleh ringan kan hukuman atas sebab kemanusiaan.......

hanya syaitan berhati binatang bertelinga kan badak saja yang tiada perikemanusiaan.
Peringatan!!!

Roboh atau musnahkanlah tempat mereka mencari rezeki namun mereka tetap akan tumbuh dan berniaga dimana saja kerana itu saja sumber rezeki mereka.bukan macam sesetengah orang itu sudah cukup kaya dengan duit haram untuk membesarkan keluarga mereka.....


zmp: ada betul juga cakap Tun Saban nie.. Sepatutnya Ahli Majlis ni duduk berbincang la dengan YB kawasan untuk menyelesaikan masaalah kerana YB kawasan yang tahu masaalan dikawasannya... ini tidak, yang depa tau dok hentam YB dalam mesyuarat... AKU NAK NASIHATKAN KAT AHLI MAJLIS MAKGKOK HAYUN NIE YANG KITA SEKARANG INI KERAJAAN.. BUKAN PEBANGKANG LAGI.... dan kita buat kerja untuk membantu rakyat... bukan menyusahkan rakyat.......lu orang pikiaq la sama........

akhir kata dari aku........ ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Takziah-malaysiakini



Al-Fatihah buat Allahyaram Ayub Bin Omar bapa kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahlli Parlimen Kubang Kerian iaitu Salahuddin Ayub yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.45 malam tadi.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat.

Michael Jackson meninggal dunia
Michael Jackson meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, lapor media antarabangsa.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

Micheal dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang.

Lima anak Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael - membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.

Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular -
The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Micheal membuat album sulungnya pada 1972, dan album
"Thriller"pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10. Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27juta di seluruh dunia.

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Khamis, 25 Jun 2009

Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam-malaysiakini



Mukaddimmah

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 91 orang yang disahkan dan Mesir lebih dari 50 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:


فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:


لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:


أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

Nabi saw bersabda:


لا يوردن ممرض على مصح

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.
(Hr Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembin
g.” (Hr Abu Nu’aim)

Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda:


الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه


“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata:


سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد


“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

أفرارا من قدر الله؟


“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.


Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.


zmp: yang baik datangnya dari Allah..... yang buruk dari U/BN......

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Wellcome to the club-malaysiakini


Wellcome to the club buat bloggernetwork@Penang yang baru SDR AMIZUDIN AHMAD @ DIN BINJAI kedalam dunia maya ini...

Salam Mukadimah...



Assalammualaikum dan salam sejahtera....



Blog ini bukanlah medan aku untuk melepaskan dendam atau untuk mengaibkan sesiapa. Aku sebenarnya lebih cenderung untuk mengupas isu terkini atau isu semasa dari perspektif kaca mataku tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat.

Menceburi bidang politik dan badan sekurelawan masyarakat seawal usia 20 tahun yang lalu, dan sekarang usiaku sudah menjangkau 40 tahun. Sudah pasti pengalaman selama 20 tahun terutamanya dalam bidang politik banyak mematang dan mendewasakan ku tentang erti sebuah perjuangan dan suasana politik di Malaysia.

Aku juga sebenarnya ingin berkongsi pengalaman suka duka, pahit manis, jerit perit dalam liku-liku kehidupan memperjuangkan hak rakyat. Aku bukanlah seorang pemimpin besar yang tersohor.

Aku hanyalah seorang insan kerdil. Bukan niatku untuk mencari publisiti murahan apatah lagi untuk dikenang atau disanjung tetapi sekadar untuk menabur sedikit bakti kepada rakyat selagi hayat dikandung badan.


Lautan...
adakalanya tenang...
adakalanya bergelora...
adakalanya dipukul badai...
adakalanya ribut taufan...
adakalanya tsunami...

Namun...
lautan dan pantai...
ombak dan pantai..
sahabat yang paling setia...
biarpun siang...
biarpun malam...
biarpun hujan...
biarpun panas...
biarpun mendung...
biarpun ribut...

Namun... tetap setia...

Kalau takut dipukul badai...
Usah berumah di tepi pantai...
Amizudin Ahmat


Kepada pembaca-pembaca anda boleh melayari blog beliau di http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ dan http://dijablogger.blogspot.com/




™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Murid sekolah akan menderita kerana PPSMI-malaysiakini




Tahun ini merupakan tahun PPSMI diaplikasikan sepenuhnya, tiada lagi pembelajaran dalam dwibahasa yang telah menyebabkan pelbagai kesusahan timbul yang perlu dihadapi oleh pelajar dan guru-guru yang mengajar subjek tersebut. Pelbagai luahan serta ketidakpuasan diajukan kepada Menteri Pelajaran untuk meredakan serta menyelamatkan prestasi pembelajaran di sekolah-sekolah.

Akibatnya ada murid-murid yang mempunyai masalah dalam PPSMI merasa rendah diri serta malu jika mereka dimasukkan ke kelas peralihan kerana sangat lemah dalam subjek tersebut walaupun seketika dahulu mereka boleh memahami subjek tersebut yang diajar dalam Bahasa Melayu.
Alangkah sedihnya ibu bapa apabila anak-anak menyuarakan mereka ingin berhenti sekolah, tidak mahu hadir ke sekolah dan sebagainya kerana malu dengan ejekan serta kutukan kawan-kawan yang lebih cerdik dalam berbahasa Inggeris. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pertambahan pelajar-pelajar ponteng sekolah, berhenti belajar dan sebagainya.

Bukankah pelbagai kajian telah dilakukan mengenai sebab-sebab utama pelajar suka ponteng sekolah, ada diantaranya sukar untuk memahami subjek yang diajar sehingga membuatkan mereka bosan dan menyampah dengan subjek tersebut. Akibatnya mereka lebih suka bergaul bebas serta melakukan perkara sia-sia kerana tidak lagi bersemangat untuk meneruskan pembelajaran mereka. Maka akan timbullah pelbagai perkara yang negatif serta membawa pelbagai kerosakkan kepada masyarakat. Mahukah kita selaku sebuah masyarakat yang inginkan kehidupan yang tenteram berasa tercalar akibat perbuatan jahat mereka.

Banyak fakta yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai kegagalan sesebuah negara untuk membangun dengan.majunya akibat meminjam bahasa lain menggantikan bahasa ibunda negaranya dalam pelbagai bidang terutama dalam sistem pembelajaran rakyatnya. Oleh hal yang demikian kerajaan UMNO/BN mestilah menghentikan projek PPSMI ini dengan serta merta, kamu telah menggadaikan maruah negara dan rakyat Malaysia serta membawa kepada kejatuhan moral serta peribadi rakyat di negara ini akibat perbuatan kamu yang tidak diredhai rakayat Malaysia.

Justeru penulis berharap agar PPSMI ini dapat dihentikan secapat mungkin kerana merasa kasihan kepada anak-anak kecil yang ingin menuntut ilmu tetapi berasa gundah-gulana akibat sistem pembelajaran yang tidak adil bagi mereka. Marilah kita berdoa kepada Allah agar generasi kita yang akan datang lebih baik berbanding generasi yang sedia ada ini


JOM BOIKOT PPSMI!!!

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...