Langkau ke kandungan utama

Luka Rakyat



Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
tapi pancainderanya tajam,
kuat instuisinya dangan akalbudi,
lalu jangan sekali-kali melukakannya,
jangan melukainya berkali-kali,
kerana sekali ia bangkit,
rosaklah segala apa-apa.

Rakyat itu penyabar,
kerana kesedaran nuraninya yang dalam,
rakyat hanyalah penonton,
segala perbuatan pemimpin di atas pentas bangsanya,
rakyat akan mudah faham,
akan kesalahan pemimpinnya,
kerana ia ular sawa,
ia tetap melingkar diam kerana kenyangnya,
tapi kalau kesalahan itu sudah subur,
dengan sikap keras kepala,
maka lingkaran diamnya pun hilang,
lalu ia pun mengamuk membinasakan dengan mata butanya.

Rakyat itu suka menunggu,
rakyat itu adalah gerakan raksasa,
rakyat itu tidak pernah tergesa-gesa,
bertindak apalagi memberontak,
ketika rakyat sambil menunggu,
ia pun menilai,
penilaian rakyat selalunya benar,
hati nuraninya bersih tuntas,
kerana sabar menunggu,
rakyat pun menjadi peka melihat peluang,
rakyat selalu mengerti tentang suasana.

Rakyat sering menunggu peluang,
bila terjadi amat menakutkan,
ia tidak mudah berhenti,
tidak pula mudah dijinakkan,
rakyat tidak mudah puas,
rakyat itu orang yang berhati-hati,
menaruh kepercayaan,
maka janganlah menipu rakyat,
maka janganlah membohongi rakyat,
jangan sekali-sekala munafik,
dan jangan berbuat bodoh di depan rakyat.

Rakyat itu tidak mahu dibodohkan,
rakyat itu cerdas hati nuraninya.

Rakyat itu diam,
rakyat itu sabar,
rakyat itu pandai membaca peluang,
jangan sekali-kali anggap rakyat tidak berbahaya,
kerana diamnya,
kerana sabarnya,
rakyat itu memang sabar,
tapi jangan terus disakiti, ditekan dan dibohongi.

Rakyat itu mampu sabar,
seperti ular besar yang perutnya berisi,
tapi kalau ia kelaparan,
bumi lingkarannya akan bergegar,
rakyat itu seperti binatang purba,
tidak berasa disakiti meski diinjak,
kalau perutnya kenyang.
Makanya…
jangan biarkan rakyat lapar,
jangan bodohkan rakyat,
jangan tindaskan rakyat,
kerana sifat diamnya akan hilang,
kesabaran akan lupus,
bijaksananya menjadi gila,
disebarkan air dendam yang tidak akan memilih sesiapa.

Rakyat yang lapar mahunya satu,
keadilan!
rakyat yang tertindas mahunya satu,
keadilan!
rakyat yang diam mahunya satu,
saksama!
rakyat yang bergerak mahunya satu,
kebebasan!
rakyat yang bantah mahunya satu,
ketulusan!

Peradilan adalah perhitungan,
Jangan, jangan pamerkan di ekspo massa,
tentang kedustaan, tentang kemunafikan, tentang ancaman,
jangan, jangan hulurkan,
kertas pemalsuan, dokumen tekanan,
ular sawa masih melingkar tidur,
kerana perutnya masih terisi,
tapi apabila sudah tidak terbeli,
maka hatilah-hatilah yang selama ini disakiti,
hentikan pameran dusta,
hentikan sandiwara dan lakon berseni,
hentikan ancaman,
hentikan main sembunyi.

Rakyat berfikir dalam diam,
rakyat itu diam dalam perhitungan,
rakyat itu menghitung satu demi satu,
harga diri hanyalah jujur,
harga mahal ialah berani mengakui kesalahan pada rakyat,
rakyat itu memang diam,
tapi selalu melihat, selalu mendengar, selalu menilai,
rakyat itu selalu melihat, mendengar, dan menilai,
kalau masih dapat makan,
akan tetapi rakyat yang lapar akan makan semuanya,
rakyat yang tertindas akan ingat luka-luka masa lampau,
mereka dinamakan rakyat bodoh,
yang membuat peradilan sendiri,
hukumannya hanya luka-luka.
Bila semakin parah pisau melukakannya,
semakin keraslah hukuman bodohnya.

Rakyat adalah binatang buas,
yang kelihatan jinaknya melalui hati nurani,
maka, hindarilah peradilan rakyat!


Penulis (Azizi Hj Abdullah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice, 15/1 Jumaat, 8mlm @ Masyarakat Penyayang Penang

Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat oleh doktor, DSAI masih dihadap ke makhamah. Sementara itu, kes Qazaf terhadap Saiful pula diperlewatkan. Adakah semua ini berunsurkan politik? Forum ini akan membincangkan kes DSAI 1998 dan implikasinya terhadap kes DSAI 2010. Forum Jelajah 10 Kota: Anwar On Trial - In the Face of Injustice. Tarikh: 15hb Januari, 2010 (Jumaat) Masa: 9mlm Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, (Sebelah rumah Governor) Panelis: 1. YB Sim Tze Tzin (Setiausaha Politik DSAI) 2. YB Yusmadi Yusoff (Peguam) 3. Azmi Abdul Hamid (President Teras) Pengerusi: YB Jason Ong Khan Lee Dianjur oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Pulau Pinang bersama Anwar Ibrahim Club Percuma! Semua Dijemput. http://www.anwaribrahimclub. com/land/10kota/ Minta Sebarkan melalui Email, Blog, Facebook dan Twitter. Dear friends, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sodomy Trial II is agai

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan. Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan la

SAMM alu-alukan perhimpunan ' KOTOR ' Pemuda UMNO 9 July ini

Perhimpunan Bersih 2.0 akan tetap diteruskan biarpun pelbagai ancaman dan gangguan termasuk dari pergerakan Pemuda Umno, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Pengerusinya, Badrul Hisham Saharin berkata, SAMM mengalukan rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, atas prinsip hak kebebasan berhimpun seperti dijamin perlembagaan. Menggelar himpunan sayap Umno itu sebagai ‘Anti Bersih’ atau ‘KOTOR’, Badrul turut menyarankan supaya pihak polis menjadi ‘fasilitator’ bagi menyediakan laluan dan kawasan bagi kedua-dua himpunan berkenaan. “Seliakan mana kawasan dan laluan yang seharusnya dilalui Bersih dan anti Bersih (KOTOR).Jika ini berlaku lancar, Malaysia sudah mula menapak ke depan dari kematangan hak, memperteguh demokrasi dan akan lebih dihormati,” ujar Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dalam kenyataan medianya. Namun secara sinis, Chegu Bard mempersoal pendirian Pemuda Umno, yang sebelum ini membuat laporan polis kononnya perhimpunan Bersih akan men