Khamis, 31 Disember 2009

Hadiah Istemewa sempena kedatangan Tahun Baru 2010

wrapped_present_box.jpg (320×280)
Sempena kedatangan tahun baru 2010 terimalah Hadiah Istemewa dari kera jaan 1 Malaysia iaitu kenaik harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Tahniah di ucapkan kepada kerajaan yang telah begitu perihatin kepada rakyat dengan pemberian hadiah istemewa ini.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



Selamat menyambut kedatangan tahun 2010

Perutusan Tahun Baru 2010 Dato' Seri Anwar Ibrahim

Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yang mencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.


ANWAR IBRAHIM

UMNO akan PASTI HILANG dalam PRU 13 nanti


Najib-and-Altantuya-old by YapAhLoy.


Buatlah apa sahaja perubahan polisi dan lakukan apa sahaja untuk rakyat, selagi diri berbau dan tidak nampak bersih semua itu dikatakan muslihat politik. UMNO dalam delima sekarang ini. Banyak isu yang tidak dapat diselesaikan dan menambah burukkan keadaan dan reputasi UMNO. UMNO perlu diselamatkan demi untuk orang Melayu tetapi kalau orang Melayu sendiri khususnya ahli UMNO tidak mahu menyelamatkan diri maka UMNO akan tersungkur, ditalkinkan dan Melayu akan jadi hamba di negara sendiri.


Najib sendiri hari ini menjadi di lantik menjadi Perdana Menteri yang mempunyai banyak misteri. Dari Altantuya hinggalah kepada kes Rosmah dan akhirnya jet pejuang yang hilang yang mana Najib sewaktu itu Menteri Pertahanan. Najib sekarang sudah tersepit. Nama sudah tidak lagi bersih dan mungkin tidak lama lagi menjadi liabiliti kepada UMNO. UMNO tidak nampak bersih, nampak menipu dan mempergunakan kuasa untuk kepentingan diri, habis macam mana nak dekati rakyat. Najib sendiri sekarang ini dinampakkan bermasalah dan kalau beliau buat kerja untuk rakyat pun ia akan tetapi dikatakan muslihat politik. Begitulah buruknya UMNO. Begitulah hakikatnya UMNO.


Patutkan kita biarkan perkara itu – sebab individu menjadikan UMNO hancur lebur, berkecai seperti mana Altantuya di bom. Macam mana nak percaya sekiranya kes-kes besar tidak dapat diselesaikan. Kita bacawww.themalaysianinsider.com – mereka tulis kekecewaan besar abad ini ialah Pak Lah jadi Perdana Menteri dan yang memalukan untuk abad ini adalah perebutan Perak – menunjukkan UMNO terdesak. Semua ini mempengaruhi rakyat. Namun banyak lagi yang boleh dilabel – memalukan tahun ini – isu kematian Teoh Beng Hock, memalukan tahun ini – pengakuan Balasubramaniam dengan pendedahan penglibatan adik Najib untuk merasuah beliau menutup kes penglibatan Najib dengan Altantuya, memalukan tahun ini adalah kehilangan enjin jet pejuang. Semua ini memalukan dan nama Najib hadir dalam semua kes kecuali kes Teoh Beng Hock.


UMNO nak cakap apa lagi. UMNO kena mula duduk berbincang sesama di peringkat bahagian – kaji semula bukan duduk fikir bagaimana nak tendang orang itu dan ini untuk cari jawatan. UMNO perlu cari jalan bagaimana nak berdepan dengan rakyat dan menguatkan diri dengan perubahan kritikal bukan kosmetik. UMNO perlu sedar bahawa kehadiran mereka penting tetapi kalau segelintir kepimpinan gagal tetapi tidak ada tindakan ke atas mereka maka UMNO turut akan gagal.


Kalau itu berlaku – kalau UMNO terus di cemuh maka UMNO akan PASTI HILANG dalam PRU 13 nanti.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 30 Disember 2009

Najib lelaki dayus??????



Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya.

Ini selaras dengan maksud hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga ".

Amal ibadat suami yang dayus terserah kepada Allah SWT. Antara ciri-ciri orang dayus ialah;

i. Redha isteri tidak menutup aurat.

ii. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya. [sumber asal di sini] baca.... jangan tak baca....dari JAKIM
Jakim tak kata Najib dayus. Lagipun kita tak boleh kata Najib dayus.

Isteri dia tutup aurat. Kalau tak caya, cuba tengok gambar kat bawah ni:

Gambar dulu-dulu..



Gambar la ni…



Gambar yang ni.. No Komen




Baik. Apa kata Ustaz Zaharuddin tentang isu dayus ini:

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihatlah betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

"Jika demikian, ramainya lelaki dayus dikelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Untuk membaca ulasan panjang tentang dayus, sila klik di sini.

sumber asal klik disini

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!




Persempadankan Semula Kawasan DUN & Parlimen Perak sebelum bubar???

PETA NEGERI PERAK
Perak tidak akan berpilihanraya selagi Suruhanjaya Pilihanraya belum habis menyiapkan kerja-kerja persempadanan semula kawasan Parlimen dan DUN di Perak.Ia adalah untuk mempastikan Barisan Nasioal tidak diaibkan dengan kekalahan lagi seandainya pilihanraya diadakan di negeri itu, demikian tegas seorang pemerhati politik

“Pilihanraya yang lepas menunjukkan bahawa negeri Perak telah jatuh ke tangan pembangkang dengan kebanyakan kerusi di bandar telah dirampas oleh Pakatan Rakyat. SPR dipercayai menjadi kuda tunggangan BN untuk mempersempadankan semula Perak supaya kawasan Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh BN akan dapat ditambah dengan mengecilkan kawasan luarbandar dan melebarkan kawasan sebelah bandar,” tegasnya.

“Hal yang serupa mereka telah dan akan lakukan di Wilayah Persekutuan dan Selangor, dan juga di negeri-negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang,” tambahnya.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kerajaan Haram BN Perak, Zambry Abdul Kader menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan langkah persempadanan semula dilaksanakan.

“Jika perlu diadakan, kita tidak ada masalah,” katanya.

Beliau menolak dakwaan gerakan mesra rakyat anjuran Sekretariat Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan hari ini adalah persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri seperti yang dicetuskan oleh pembangkang sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata gerakan itu dilaksanakan secara agresif mulai Januari ini dengan tujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat di samping mengukuhkan semangat antara parti komponen BN.

“Ia juga adalah antara satu strategi kita untuk memastikan setiap rakyat (yang layak) mendaftar sebagai pengundi dan dengan cara ini kita berharap BN dapat menambah bilangan pengundi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu bagi peringkat Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa program tersebut adalah sebahagian daripada persediaan awal BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang

pemuda cheh

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

31 Dis 2009, aksi anak muda ( ayuh anak2 muda sekalian )

Makluman media.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius isu penyeludupan wang (haram) RM 10 juta mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jenayah ini merupakan pengkhianatan terhadap (ekonomi) negara yang menjejaskan rakyat terbanyak. Itu hanyalah apa yang dapat dikesan berdasarkan pembatalan lesen pengurup wang yang menguruskan penghantaran tersebut. Bayangkan jumlah yang masih belum boleh dikesan.

SAMM telah membuat sidang media mendedahkan perkara ini, malangnya hanya sebahagian akhbar berbahasa cina sahaja yang berani mengeluarkan cerita ini sebaliknya majoriti media khususnya arus perdana tidak mengeluarkan pendedahan ini kerana arahan tangan ghaib.

Satu laporan rasmi (sila klik) telah dibuat malangnya pihak berkuasa hanya membakul sampahkan laporan tersebut dan apabila diminta respon terus tidak melayan. Kami sudah desak sehingga pertanyaan mengenai perkara ini dibangkitkan didalan DUN NS malangnya MB NS tidak memjawab dan membisu.........

Rakyat perlu disedarkan hakikat sebenar.... Rakyat perlu diselamatkan dari pengkhianatan....

Kami telah menghantar makluman kepada pihak polis Seremban(sila klik). Satu sidang media khas dan aksi anak muda akan dibuat oleh SAMM pada 31 Dis 2009 (hari Khamis) bagi mendesak perkara ini diselesaikan.

sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (Norazizi, penyelaras SAMM NS)


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rampas Perak :Zambry tak dibenarkan masuk ke Amerika kerana di cop sebagai Penganas


Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.

Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.

Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Top 10 peristiwa penting 2009


Kami membawa anda kembali mengimbau peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun 2009. Berikut adalah 10 laporan terpenting yang mendapat liputan Malaysiakini sepanjang tempoh tersebut.

Kisah putera dan model remaja

Cerita mengenai pekerja asing didera bukanlah perkara baru di Malaysia. Begitu jugalah dengan tahun ini. Tetapi kes ini telah mencetuskan kemarahan di Jakarta, sebahagiannya kerana individu didakwa terbabit adalah dari kalangan istana.

Perkahwinan antara model remaja Indonesia - Manohara Odelia Pinot - dengan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berakhir dengan perpisahan apabila Manohara mendakwa dia telah menjadi mangsa dera, diculik serta dirogol.

Dengan bantuan ibunya, Manohara telah melarikan diri dari suaminya ketika menziarahi Sultan Kelantan yang sedang dirawat di Singapura.

Ekoran itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 31, telah memfailkan saman terhadap isternya dan ibu mertuanya itu - kedua-duanya kini berada di Jakarta - supaya memulangkan 'hutang' berjumlah RM1.1 juta. Beliau menangkes tersebut apabila Manohara dan ibunya gagal hadir di mahkamah.

Apa yang berlaku itu juga dipercayai ada kaitan dengan tindakan memecat Tengku Muhammad Fakhry dari Majlis Perajaan Kelantan September lalu. Bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman terhadap abangnya - pemangku sultan sekarang - kerana memecatnya dari majlis tersebut.

Penentangan terhadap PPSMI

Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) - dasar yang diwarisi daripada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enam tahun lalu terus menjadi duri dalam daging berterusan kepada kepimpinan negara.

Pada 7 Mac, dipimpin bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalanraya, mengharungi tembakan bertalu-talu meriam air dan gas pemedih mata untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa - yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini - bangkit menuntut pemansuhan PPSMI.

Malah, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup secara terbuka mengeluarkan kenyataan bersama berhubung perkara itu.

Malah penentangan terhadap PPSMI turut menyaksikan pengemblengan tenaga antara Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dengan golongan pendidik Cina.

Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada desakan yang berterusan itu.

Dan pada bulan Julai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, akhirnya mengumumkan pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat.

Mulai tahun 2012, kedua-dua subjek berkenaan di sekolah rendah akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia bagi sekolah kebangsaan dan dalam bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Bagaimanapun, para penentangnya masih berpuas hati kerana menganggapnya bukan pemansuhan, sebaliknya satu penangguhan, dan masih meneruskan perjuangan mereka supaya PPSMI dimansuhkan serta merta.

Kematian dalam tahanan

Ada perkara yang tidak akan berubah. Kekerasan polis menduduk tempat ke-7 dalam siri 10 Berita Utama pada tahun 2003 dan 2004. Dan ia muncul lagi tahun ini.

Tahun 2009 menyaksikan satu lagi kes kematian tahanan polis - A Kugan, di mana laporan bedahsiasatnya mengunjurkan bahawa dia dipukul ketika ditahan di sebuah balai polis Januari lalu.

Selepas kempen bersungguh-sungguh kumpulan hak asasi, seorang anggota polis akhirnya dihadapkan kemahkamah 10 bulan kemudiannya atas tuduhan "menyebabkan kecederaan teruk" ketika cuba mendapatkan pengakuan mangsa.

Kematian Kugan telah menaikkan semangat kempen terhadap kes kematian dalam tahanan polis - seorang lagi mangsa ialah R Gunasegaran serta kes kematian pendatang tanpa izin di kem tahanan.

Kini tumpuan juga tertumpu kepada kes di mana enam orang ditembak mati oleh polis di Kulim Kedah pada Februari lalu, dan diikuti dengan satu lagi kes yang sama, membabitkan lima remaja di Klang, Selangor.

Ia menarik perhatian ramai kerana kakak salah seorang mangsa yang mati bertindak membunuh diri denganmeminum racun paraquat.

Bagaimanapun empat orang anaknya yang turut diberi minum racun tersebut, dapat diselamatkan.

Protes kepala lembu

Walaupun hanya seramai kira-kira 50 orang sahaja yang menyertai satu protes kecil, tetapi ia menjadi tajuk berita dan mendapat tumpuan amat meluas kerana ia turut menyentuh sensitiviti agama.

Pada 28 Ogos, satu kumpulan pendemontrasi mengarak satu kepala lembu dan meletakkannya di pintu pagar sekretariat kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu pemindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan perumahan mereka di Shah Alam.

Lembu merupakan binatang suci bagi agama Hindu, dan ini telah menimbulkan bantahan sehingga mengundang campurtangan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Bagaimanapun, tindakan menteri berkenaan yang dilihat mempertahankan mereka yang mengadakan demonstrasi tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang dan Malaysiakini telah disalahkan kerana menyiarkan video mengenainya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan menyiasat Malaysiakini di mana ramai wartawan portal berita tersebut telah disoalsiasat berhubung perkara tersebut. Sementara itu, 12 peserta demontrasi berkenaan telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dan tuduhan mengadakan perhimpunan haram.

Teoh: Dibunuh atau bunuh diri?

Pada 16 Julai, kematian seorang pemuda telah menghancurkan apa juga kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang belum sampai setahun lagi usianya.

Nama Teoh Beng Hock menjadi sebutan apabila dia ditemui mati di luar bangunan SPRM Selangor di Plaza Masalam. Dia dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut yang menempatkan pejabat SPRM. Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, disoalsiasat sebagai saksi berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN sebelum dia ditemui mati.

Kematiannya telah mencetuskan bantahan umum sehingga perdana menteri kemudiannya bersetuju supaya diadakan inkues punca kematian Teoh serta menubuhkan sebuah jawatankuasa diraja untuk meneliti prosedur siasatan SPRM.

Dua bulan inkues berjalan, pakar patologi Thai, Dr Porntihip Rojanasunand membuat kejutan apabila mendakwa wujud kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah homisid dan 20 peratus bunuh diri.

Pendedahan tersebut membawa kepada penggalian semula mayat Teoh dan bedahsiasat kedua dilakukan ketua jabatan forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, dengan disaksikan oleh Dr Pornthip dan pakar forensik British, Prof Peter Vanezis yang dilantik oleh SPRM.

Bagaimanapun, keputusan bedahsiasat itu masih belum diumumkan dan inkues tersebut telah ditangguhkan sehingga tahun depan.

Tahun pilihanraya kecil

Sebanyak sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN masih gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam enam pilihanraya kecil, termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.

Seperti yang dijangkakan, BN berjaya mengekalkan dua kerusi DUN - Batang Ai (Sabah) dan Bagan Pinang (Negeri Sembilan), tetapi tewas kubu kuatnya - kerusi parlimen Kuala Terengganu - kepada PAS.

Kecuali prestasi menggalakkan BN dalam pilihanraya DUN Manek Urai, pembangkang berjaya menang dengan tambahan majoriti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Permatang Pauh.

BN bagaimanapun memberi tentang hebat di Manek Urai apabila PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis - daripada 1,352 (2008) kepada hanya 65 undi. Tetapi kegembiraan BN itu tidak lama kerana ia tewas lagi di DUN Permarang Pasir.

BN bagaimanapun memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, di mana calon PKR menang dengan majoriti lebih besar, selepas mengetepikan saingan daripada dua calon bebas.

Kerusi Parlimen: Kuala Terengganu (won by PAS), Bukit Gantang (PAS) and Permatang Pauh (PKR).

DUN: Bukit Selambau (PKR), Batang Ai (PRS), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), and Bagan Pinang (Umno).

Ibu segala skandal

Mereka menggelarnya sebagai ibu segala skandal. Keseluruhan projek boleh menelan RM12.5 bilion wang pembayar cukai dan nasib beberapa ahli politik yang pernah memegang kuasa, kini "berada di hujung tanduk".

PKFZ bermula pada 1999 sebagai projek berharga RM1.96 bilion untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah hub pengangkutan laut serantau. Pada 2007, ekoran masalah dan penyelewengan yang berlaku, memaksa kerajaan menyuntik RM4.6 bilion untuk menyelamatkan projek tersebut.

Hanya selepas BN dilanda tsunami politik selepas pilihan raya umum 2008 dan diekori pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai menteri pengangkutan, maka satu siasatan dalaman dilakukan ke atas PKFZ.

Selepas memenangi pertandingan sengit bagi jawatan presiden MCA, Ong berusaha untuk memulihkan imej dan kredibilitinya dengan menumpukan kepada siasatan PKFZ.

Pelbagai jawatankuasa ditubuhkan dan hasil siasatannya yang turut membabitkan ahli politik dan pegawai kanan kerajaan, telah memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan perlu.

Siasatan kemudiannya dipindahkan dari kementerian pengangkutan kepada sebuah jawatankuasa tertinggi yang dianggotai beberapa kementerian.

Akhirnya, dua tahun selepas skandal tersebut didedahkan, empat orang - tetapi bukan orang politik - telah diseret ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka dilihat sebagai "ikan kecil". Peguam negara berjanji lebih ramai akan diseret ke mahkamah selepas tahun baru.

Krisis MCA tiada penghujungnya

Sejarah 60 tahun MCA terus menerus diwarnai dengan perebutan kuasa. Dan krisis terbarunya tercetus ekoran pertembungan kumpulan penyokong Ong dengan puak pimpinan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Walaupun Chua berjaya memenangi jawatan timbalan presiden MCA, tetapi skandal video seks berterusan menghantuinya.

Ong, dalam berdepan dengan lawannya, telah bertindak membuka semula siasatan terhadap scandal seks Chua dan memecatnya daripada parti. Walaupun hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada penggantungan keahliannya , tetapi ia gagal untuk menyekat penyokongnya mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Tetapi para perwakilan parti telah membuat keputusan mengejut kerana bukan sahaja meluluskan undi tidak percaya terhadap Ong tetapi juga turut menolak usul untuk mengembalikan Chua ke jawatan timbalan presiden. Turut muncul ialah cakap-cakap bahawa wujud kuasa ketiga dalam krisis MCA itu.

Pendaftar pertubuhan kemudiannya membuat keputusan bahawa Chua masih merupakan timbalan presiden MCA. Ong dan Chua kemudian bersetuju menerima pelan damai yang mendapat restu perdana menteri.

Bagaimanapun ia masih gagal untuk menamatkan krisis MCA apabila Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokongnya mahu EGM kedua diadakan bagi mendesak supaya pemilihan baru parti diadakan.

Ini memaksa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan. Selepas beberapa pertemuan, Liow akhirnya bersetuju untuk membatalkan EGM dengan tanggapan bahawa puak-puak yang bertelagah akan mencapai kata sepakat bagi mengadakan pemilihan parti yang baru.

Bagaimanapun, Ong dan Chua tidak komited tentang pemilihan baru parti. Menurut perlembagaan parti itu, dua pertiga atau 21 daripada anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA perlu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. Ekoran itu, Liow dan 12 anggota CC, menyerahkan surat peletakan jawatan mereka. Tetapi beliau mungkin tidak memperolehi jumlah yang mencukupi untuk tujuan tersebut. Dan dengan itu, kemelut MCA berterusan.

Najib berdepan tugas berat

Apabila Najib mengambil alih kuasa menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, ia telah meniupkan semangat baru, khususnya dalam Umno.

Namun, Najib menaiki hirarki parti itu ekoran penolakan secara terbuka kalangan pemimpin dan ahli Umno terhadap kepimpinan Abdullah.

Dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri, terbukti telah memainkan peranan besar dalam membuka ruang untuk Najib melangkah masuk ke Sri Perdana.

Bagaimanapun, imej Najib telah tercemar dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu dan tuduhan bahawa beliau adalah 'dalang' di sebalik rampasan kuasa di Perak.

Bagi berdepan dengan keraguan rakyat itu, pada permulaan pentadbirannya, Najib telah membebaskan 13 tahanan ISA, termasuk pemimpin Hindraf. Beliau juga berjanji untuk mengkaji semula akta tersebut.

Beberapa bulan selepas mengambil alih teraju pemerintahan negara, termasuk memperkenalkan konsep 1Malaysia, Najib terpaksa berdepan pula dengan tugas berat menerajui negara berdepan dengan kemelesetan ekonomi serta menangani kehendak golongan minoriti dan pada masa yang sama memastikan sokongan berterusan orang Melayu.

Dengan tahun 2009 akan melabuhkan tirainya Khamis ini, Najib berdepan dengan satu lagi masalah - kes kehilangan dua enjin jet pejuang bernilai RM100 juta - yang lesap ketika beliau menerajui kementerian pertahanan.

Perak berwajah dua.

Tanpa ragu-ragu lagi bahawa berita terbesar tahun ini ialah rampasan kuasa di Perak. Negeri itu menjadi gelanggang perang politik dekad ini selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Apa yang berlaku di Perak mempunyai implikasi besar di segi perundangan kerana keputusan mahkamah - sebahagian besarnya menguntungkan BN - telah menulis semula amalan selama ini mengenai kuasa sultan, speaker DUN, Suruhanjaya Pilihan Raya dan menteri besar.

Ekoran itu, rakyat Perak kini berdepan dengan dua kerajaan negeri, dua speaker, dua menteri besar dan dua persidangan berasingan dalam dewan undangan negeri (DUN) yang sama.

BN enggan tunduk kepada desakan supaya diadakan pilihanraya negeri yang baru kerana mereka memegang kuasa di negeri itu, manakala saman Pakatan yang mencabar kesahihan kerajaan negeri BN akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada masa ini, semua pihak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan itu mengenai siapakan menteri besar Perak yang sah. Tetapi apa juga keputusannya, ia merupakan sesuatu yang sementara - penentu sebenar ialah para pengundi di Perak dalam pilihanraya akan datang. Berita asal

sumber disini

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 29 Disember 2009

SPRM hantar surat kepada UMNO Sahkan Tiada Kes Terhadap Norza : Saksi



Mahkamah Sesyen di sini dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menghantar surat kepada Umno mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Datuk Norza Zakaria, bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan oleh saksi berkenaan dibuat kerana didorong oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza.

Saiful yang menyoal balas Husainy bertanyakan siapa yang menandatangani surat berkenaan kerana sebelum itu beliau memberi keterangan bahawa beliau "rasa ada surat berkenaan".

"Datuk Shukri (yang menandatangani surat itu), saya tak ingat nama penuhnya, dia seorang pegawai tinggi SPRM," kata Husainy yang turut tidak mengingati tarikh surat berkenaan.

Saiful kemudiannya berkali-kali meminta Husainy mengingati siapa "Shukri" berkenaan.

Muhammad Shafee kemudian mencelah: "Berapa ramai "Shukri" dalam SPRM?"

Pengarah Siasatan SPRM ialah Shukri Abdul.

Husainy, 64, berkata mengikut surat berkenaan, SPRM meminta Umno sendiri membuat siasatan dalaman dan SPRM tidak ada kes terhadap Norza.

Ketika soal balas sebelum itu, Muhammad Shafee berkata Husainy, yang juga anggota sekretariat Umno yang meneliti kes-kes politik wang, juga telah memaklumkan bahawa Lembaga Disiplin Umno turut mendapati Norza tidak bersalah.

Saiful kemudian menyoal balas Husainy: "Datuk, Lembaga Disiplin kata tidak bersalah, tapi tak semestinya orang itu tidak bersalah.

"Ada Datuk sedar ada agensi lain yang masih boleh lakukan siasatan juga?.

"Saya sedar," kata Husainy.

Perbicaraan kes itu yang bermula 10.30 pagi terpaksa ditangguhkan lebih awal kerana bekalan elektrik terputus pada 11.19 pagi.

Pada mulanya perbicaraan tetap diteruskan sehingga 1 tengah hari tetapi keadaan kurang selesa menyebabkan Hakim Azuar Che Yusof menangguhkannya ke 1 Feb tahun depan.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada anggota perwakilan sebagai dorongan untuk mengundi beliau memenangi dalam pemilihan bagi kerusi Majlis Tertinggi pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan pada 6.30 petang 20 Jan lepas di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini...
siasahdaily

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...