Khamis, 26 Mei 2011

3 sebab BN tak potong subsidi petrol


Pertama ,PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat

lebih lanjut baca di sini

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Khamis, 19 Mei 2011

Program Ceramah Terkini Di Sekitar Pulau Pinang




Program Kesedaran Dan Ceramah

Pada: Jumaat 20 Mei 2011
Tempat : PASTI Kg Juru
Bermula Jam 3.00 petang



Program Hi-Tea bersama Yb Azmin Ali, Siti Aishah ( Sri Kandi ) dan Chegu Bard (S.A.M.M )

Pada: Sabtu / 21 Mei 2011
Tempat : Padang Bola Sepak Permatang Damar Laut
Jam 5.00 Petang

Semua Di Jemput Hadir Beramai-Ramai



Majlis Makan Malam Keadilan Balik Pulau, Pulau Pinang
Komplek Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pada : Sabtu 21 Mei
Jam: 7.30 ptg

Jualan Tiket Hubungi
MR Leong - 016 4198688
En Taufik - 012 4380873
En Halil - 016 4006462


JOM PAKAI MAI BERAMAI - RAMAI

Sabtu, 14 Mei 2011

Program terkini Di sekitar Pulau Pinang........ Jom Pakat Mai Beramai-Ramai......






Datang Beramai-ramai...... Kita Jumpa di sana......................

Banjir Kilat Di Sg Dua










Hujan yang turun dengan lebat pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang telah mengalami banjir kilat termasuk di Sg Dua berhampiran USM. Beberapa kenderaan juga telah ditengelami air yang telah naik secara mendadak dari limpahan air dari tasik USM

Sebentar Lagi YB Raveen Adun Batu Uban dan YB Sim Adun Pantai Jerjak yang juga Ketua Cabang Keadilan Bayan Baru serta pegawai dari MPPP dan JPS akan melakukan lawatan ke kawasan yang terlibat.

Rabu, 11 Mei 2011

YB Salih Man - kerajaan PERLU menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia



Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB.Hj Salleh Man Permatang Pasir juga mengambil bahagian dalam isu Utusan Malaysia.

Assalamualaikum wtb wth Yang Berhormat Dato Speaker Saya bangun untuk turut membahaskan persoalan mengenai kegilaan Utusan Malaysia yang semakin menjadi-jadi, menabur fitnah dan mengungkitkan perkara yang sensitive tanpa menjejaki bumi nyata. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kini ternyata terlebih berani mencabar kesabaran dan ketenteraman kehidupan rakyat Malaysia dengan mencetuskan perkara-perkara yang kadang-kala tidak boleh diterima akal.

Semahunya, Utusan jelas kelihatan sebagai media yang berusaha menanam (planted) isu-isu yang sensitif ke dalam pemikiran rakyat, khususnya Melayu dan kaum-kaum lain. Ini amat membahayakan kerana mampu menimbulkan kecelaruan di kalangan rakyat. Utusan ternyata gemar menjentik perasaan orang Melayu, khususnya dan kaum-kaum lain, dengan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan menghakiskan kesabaran orang Melayu.

Namun demikian, oleh kerana sebahagian besar rakyat telah lama menolak Utusan Malaysia dengan hal-hal yang meloyakan, maka tahap keboleh percayaan terhadap isu dibangkitkan tidak begitu diterima pembaca atau tidak dipercaya langsung kesahihannya.

Begitupun, rakyat merasa tercabar kerana kerajaan, khususnya pihak berwajib menutup mata dengan menganggapnya tidak sensitif dan tidak perlu diambil tindakan. Inilah yang dibicarakan oleh rakyat semasa yang turut menyifatkannya sebagai tidak berlaku keadilan dalam menguatkuasakan hukum.

Pihak berwajib kelihatan banyak bersandiwara dalam menangani hal ini. Tindakan tegas wajar diambil segera terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan mendakwa pemimpin Kristian bersekongkol dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi Negara. Laporan tersebut langsung tidak logik dan tidak berasas, memandangkan adalah satu hal yang mustahil untuk DAP melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen DAP sendiri tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju.

Oleh itu, pihak berwajib patut bertindak segera ke atas Utusan yang sengaja menimbulkan perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan rakyat Tindakan wajib diambil ke atas Utusan Malaysia dan dua blogger pro Umno yang cuba mencemarkan ketenteraman dan keamanan Negara. Wajar diketahui rakyat bahawa sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.

Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi Negara. Utusan Malaysia sudah menjadi semakin melampau dalam pemberitaan ekoran ruang 'kebebasan bersuara' yang keterlaluan diberikan pihak berwajib, khususnya Umno dalam mengekalkan kuasa.

Kelesuan dan kelonggaran tahap melampau pihak berwajib terhadap Utusan ini telah menjadikan media propaganda Umno ini semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan kententeraman awam.

Kementerian Dalam Negeri membiarkan sentimen perkauman dan agama ini ditaburkan agar menjentik amarah rakyat berbilang kaum.

Utusan Malaysia sebelum ini menimbulkan isu 1Melayu, 1Bumi, dan sebelumnya, mengenai kritikan terhadap raja-raja Melayu serta pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yang dikeluarkan.

Sehubungan itu, saya menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia dan pihak berwajib, khususnya Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) juga wajar meletakkan jawatan jika gagal bertindak dan membendunginya. Kegagalan menangani isu ini dengan bijak boleh menyemarakkan api permusuhan antara agama dan kaum, dan oleh kerana ini saya mencadangkan agar Utusan Malaysia ini diboikot/haramkan.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 8 Mei 2011

"Pakatan Rakyat Memperkasakan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia"


Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.

Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai
agama rasmi negara kita ini.



Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Ahad, 4 Jamadil Akhir 1432 / 8 Mei 2011

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Sabtu, 7 Mei 2011

Buat Ibuku tercinta dan semua Ibu-ibu.....Selamat Hari Ibu....


Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena
aku engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi atas rasa cintaku padamu

Ibu...,juga kepada Ayah...!!!.... Terima kasih atas segalanya........

CHEGU BARD TIDAK KELUAR PARTI, TETAPI....PARTI YANG MESTI KELUAR DARI KEPOMPONG BISU


Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar

1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR.

2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR.

3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggalkan rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi paginya untuk beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana Umno memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program.

4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan.

5. Di kesan antara puncanya ialah berita di The Malaysian Insider (TMI) yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti. Link berita seperti dibawah :
6. Setelah saya sendiri membaca tulisan tersebut ternyata penulis/wartawan yang menulis tersalah petik posting dalam blog ini. Perlu saya tegaskan posting bertajuk DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara bukan tulisan saya ia ialah 'cuplikan terbitan semula' dari tulisanAspan Alias di blognya. Saya harap TMI dapat membetulkan semula fakta tersebut. Posting tersebut dalam blog saya dihujung artikel itu saya tulis 'aspanaliasnet' dan saya linkkan semula kepada blog nya.

7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.

8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ?

9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa.

10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang Bn dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan.

11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (klik). Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti.

12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah.

13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Mereka sanggup bercakap dengan kertas tandas (meminjam cara Azmin Ali merujuk Utusan Malaysia). Klik sini saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung disebalik kertas tandas dan menyamar dengan nama 'sumber'.

14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak.

15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang.

Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya sila klik sini.

16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu.

Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...