Sabtu, 14 April 2018

JIKA BN AKAN MENANG SELESA, KENAPA PERLU TINDAS PAKATAN HARAPAN?




1. Setiausaha Agung Barisan Nasional,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat *sukar untuk menafikan kebimbangan yang tinggi bahawa BN akan kehilangan kuasa* dan berusaha *memberi ketenangan dan keselesaan kepada ahli dan penyokong BN dengan ramalan BN akan menang selesa pada PRU ke 14 akan datang* apabila beliau berpegang kepada kajian Oxford Economics kononnya BN akan menang selesa berdasarkan manifesto BN.

2. Sepatutnya BN tidak hanya  berpegang kepada satu kajian semata-mata bagi menyedapkan 'halwa telinga' ahli serta penyokong BN untuk mendengar, tetapi seharusnya juga berpegang kepada berbagai kajian di lapangan lain yang jika dibaca oleh Setiausaha Agung BN boleh menyesakkan jiwa dan hati.

*Terdapat banyak kajian oleh badan kajian tempatan mendapati BN akan tumbang atau menang tipis dalam PRU ke 14 adalah fakta yang besar dan boleh dipercayai*.

3. Justeru itu, mungkin pemimpin besar BN telah mula mempercayai maklumat berbagai kajian tempatan maka segala usaha dilakukan bagi memastikan kemenangan BN. Jika BN berpegang kepada pandangan kajian Oxford Economics semata-mata, *tidak perlu PM Najib Razak berjiwa kecil dan jadi penakut dengan meluluskan Persempadanan Semula Pilihanraya dalam keadaan tergesa-gesa,tidak perlu ditambah pengundi pos dalam senarai daftar pemilih, meluluskan Rang Undang-Undang AntiBerita Tidak Benar di Parlimen, memaksa ROS membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan bertindak tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan*. Adakah dengan berasa selesa untuk menang,maka *Hari Mengundi diumumkan pada 9 Mei 2018, Hari Rabu* oleh SPR.Mujur kerana desakan ramai, maka kerajaan terpaksa isytihar cuti umum pada hari tersebut.

4. Kesemua tindakan tersebut menunjukkan BN sebenarnya dalam keadaan tersepit dan terdesak untuk menang. *Mana mungkin BN dalam keadaan selesa kerana semua tindakan politik dilakukan dengan secara tidak tenang,kelam kabut dan tidak memberi ruang untuk pembangkang berada di padang yang sama rata*.

Pakatan Harapan perlu diberi ruang seluasnya di media eletronik dan media cetak sebagaimana yang dilakukan BN.

Rakyat sedia maklum bahawa Pakatan Harapan hanya *berkempen dengan jentera parti bukan jentera kerajaan, tidak meluluskan projek segera bersifat kecil atau mega di saat setiap kali menjelang musim pilihanraya*.

5. Sepatutnya Setiausaha Agung BN berasa malu dengan tindakan pemimpin tetinggi BN yang terus menzalimi pembangkang dan menyekat arus kebangkitan rakyat. *Jika dalam keadaan mood selesa BN tidak berani bersikap gentleman dalam pilihanraya, bagaimana jika dapatan menunjukkan BN kalah teruk dan tiada peluang langsung untuk menang*?

Mungkin keadaan lebih teruk berlaku dengan pelbagai kemungkinan lebih dahsyat yang boleh digambarkan dalam PRU ke 14 ini.

*"Pakatan Harapan Mesti Menang"*

#TolakBn
#UndiPh
#KitaBinaSemulaMalaysia

*DATO' HJ MAHFUZ OMAR*
Naib Presiden Parti Amanah Negara
12.30pm Taman Al Walid Alor Setar
14 Apr 2018/27 Rejab 1439H

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Uikss muncul balik mamak ni..adoi la.ingatkan dah bersara

zul mamak png berkata...

Ada masaalah ka

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah! Kasi peecaaahhhh sama BN.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...