Isnin, 9 April 2018
SPR adakan mesyuarat khas PRU14 esok (10/4/2018)
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi esok, antara lain bagi menentukan tarikh penting bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah itu akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.
“Turut dibincangkan ialah daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRU14 dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu (7 April) bagi memberi laluan kepada PRU14.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan