Mengulas tindakan empat Adun Bersatu iaitu Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh) ,Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) memboikot sesi libat urus ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bersama wakil rakyat hari ini dengan alasan langkah kerajaan PH Pulau Pinang memindahkan peruntukan 60,000 kepada Wakil Kerajaan (Penyelaras) di sama ertikan dengan menghukum rakyat di kawasan dan bermain politik di kala rakyat berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi.
KEADILAN ingin bertanya, siapa menghukum rakyat ? dan pihak mana yang kuat bermain politik di kala rakyat berhadapan musibah pandemik covid 19?
Peruntukan 60,000 setahun bukanlah satu nilai yang besar buat mereka yang beralih sokongan kepada Kerajaan PN yang punyai kuasa dan peruntukan yang lebih lumayan di peringkat pusat selepas PH di huru harakan oleh mereka yang tertanggal prinsip perjuangan.
Rakyat di DUN Seberang Jaya, Sungai Aceh, Bertam dan Telok Bahang lebih terjamin peruntukan Kerajaan Negeri di salurkan dan agihan secara adil melalui wakil mereka yang mempunyai iltizam dan aspirasi yang kekal sama ketika pengundi - pengundi memberi kemenangan kepada wakil Pakatan Harapan pada PRU 14 di DUN2 tersebut.
Prinsip keadilan tetap di guna pakai oleh Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang apabila peruntukan wakil dari PAS dan UMNO langsung tidak terusik, peruntukan mereka sama dengan wakil kerajaan kerana prinsip, demokrasi dan kesetiaan kepada parti dan rakyat di kawasan mereka memilih Adun2 tersebut mewakili suara mereka di DUN Pulau Pinang.
KEADILAN menyeru kepada rakyat Pulau Pinang agar memberi hukuman dan pengajaran kepada mereka yang mengkhianati amanah serta kepercayaan pengundi yang memilih mereka di bawah gabungan PH tapi telah menginjak-injak mandat rakyat kelak supaya ia menjadi pengajaran kepada politikus lainnya di masa hadapan.
KEADILAN Pulau Pinang menawarkan "Kejujuran Politik" sebagai teras penting perjuangan reformasi bagi memacu kepercayaan rakyat Pulau Pinang.
Amir Haji Ghazali
Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang