KENYATAAN MEDIA
KOMUNIKASI KEADILAN NEGERI PULAU PINANG
01 APRIL 2021
Hari ini KEADILAN membuktikan betapa wadah ini merupakan suatu wadah inklusif yang meraikan kemajmukan latar dan kalangan.
Kehadiran Sdr Afdlin Shauki dan Altimet pasti akan memeriahkan lagi keluarga besar KEADILAN.
Sumbangan besar dan bakat mereka berdua dalam dunia seni akan menjadi nilai tambah bukan sahaja sebagai daya penarik anak muda untuk menyertai KEADILAN akan tetapi menjadi pelantar kepada ahli KEADILAN untuk benar-benar meraikan serta menghormati dunia seni.
KEADILAN Pulau Pinang mengucapkan selamat datang kepada Afdlin Shauki dan Altimet dalam keluarga besar KEADILAN Negeri Selangor.
Amir Haji Ghazali
Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang