Ahad, 10 Mei 2009

lagi program penerangan digangu polis -malaysiakini


SITIAWAN [1.30 am] - Gara-gara menayangkan slide "drama tragedi Sidang DUN 7 Mei", satu majlis jamuan makan malam anjuran Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang diadakan diSekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Nam Hwa dekat sini telah diganggu oleh pihak polis.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu menampilkan Speaker DUN V.Sivakumar, ADUN Sitiawan Dato' Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.
Gangguan bermula sekitar jam 11.00 malam tadi, ketika tayangan slide video berkenaan baru beberapa minit dipaparkan.
Pihak polis juga telah menangkap dua orang awam iaitu petugas yang menyediakan PA System dan Slide program berkenaan. 
Mereka telah dibawa ke Balai Polis Sitiawan untuk diambil keterangan. 
Ketika itu Dato' Ngeh dan 100 orang penyokong Pakatan Rakyat telah mengiringi mereka ke balai polis terbabit. 
Difahamkan sekitar jam 1.00 pagi tadi, sekitar 400 orang penyokongtelah berkumpul di Balai Polis Sitiawan untuk memberikan sokongan. 
Difahamkan, mereka yang ditahan telah dibawa oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Inilah bukti jelas penyalahgunaan kuasa pihak polis yang bertugas mengikut arahan pemimpin politik tertentu. Mereka telah gagal berperanan dengan baik untuk menjaga institusi itu, malah lebih rela diperkudakan oleh pemimpin politik yang ketandusan idea dan sudah hilang kreadibiliti. Program DAP yang diadakan secara tertutup pun mereka mahu ganggu dan menimbulkan kekecohan. Inilah bukti betapa biadapnya sikap pihak berkenaan. Semua ini adalah bukti jelas campurtangan MB Haram Zambry Kadir dalam usaha menghapuskan sokongan rakyat terhadap pembangkang. Namun apa yang berlaku sebaliknya, malah rakyat lebih bersimpati kepada mereka sebenarnya]
pahang daily 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N12 Penanti: UMNO Malu janji lama yang tidak tertunai lagi-malaysiakini

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Safawi mendakwa Umno teragak-ragak untuk menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti bukan berpunca daripada isu pembaziran tetapi atas sebab mungkir janji.

Menurut beliau, semasa pilihan raya kecil P44, Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos 2008 lalu, para pemimpin Umno menabur pelbagai janji kepada pengundi khususnya di kawaan Dun Penanti namun janji tersebut hanya tinggal janji, ia belum ditunaikan sehingga kini.

Itulah sebabnya, dakwa Azman Umno begitu sukar untuk membuat keputusan sama ada ingin meletakkan calon atau sebaliknya dalam pilihan kecil Dun berkenaan pada 31 Mei ini.

"Saya difahamkan oleh rakan-rakan di Penanti, Umno banyak menabur janji semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh yang belum ditunaikan lagi, mereka sangat bimbang pengundi akan membalas pembohongan/mungkir janji melalui kertas undi dan Umno akan kalah teruk," katanya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Temerloh.

Azman mendakwa perkara sama juga berlaku dalam pilihan kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu apabila menteri kewangan waktu itu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (kini perdana menteri) menyerahkan Royalti minyak bernilai RM400 juta kepada kerajaan negeri Terengganu.

Majlis penyerahan cek berkenaan dibuat secara besar-besaran dan disiar oleh semua media cetak dan eletronik pro Umno.

Tetapi malangnya menurut Azman, sehingga kini cek berkenaan belum dapat dimanfaatkan oleh rakyat kerana ia belum dapat ditunaikan.

"Mereka hanya berlakon dengan membuat replika cek yang besar untuk tontonan rakyat dikaca televisyen sedangkan hakikatnya ia hanyalah replika sahaja," dakwa Azman.

Berucap pada majlis sama ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Yusuf. Zailah dalam ucapannya membidas tindakan kabinet yang didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM2juta ringgit bagi membeli dakwat untuk digunakan dalam pilihan raya umum 2008 lalu tetapi dibatalkan disaat akhir.

"Wang RM2juta ringgit hangus begitu sahaja apabila kabinet membatalkan penggunaan dakwat untuk menanda kuku pengundi yang selesai mengundi dalam pilihan itu.

"Kini, para pemimpin Umno-BN bercakap soal pembaziran dan meminta rakyat berjimat cermat tetapi pada masa sama para pemimpin Umno itulah yang hidup mewah dan bermegah dan merekalah juara pembaziran sebenarnya," kata beliau.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


Jumaat, 8 Mei 2009

Selamat Hari Ibu( IBU oh IBU Engkaulah Ratu Hatiku )-malaysiakini


Buat Ibu Yang Ter Cinta – Cinta yang tidak berbelah bagi – Ingatilah IBUmu setiap masa!


Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul)       
  
Bila dahaga, yang susukan aku....mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak                        
Bila bangun tidur, aku cari....
mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak                            
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak                              
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak                    
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak                            
Aku selalu teringatkan ....
mak                                  
Bila sedih, aku mesti t
alifon....mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .
mak                        
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak                              
Bila takut, aku selalu panggil... 
"mmaaakkkk! "                          
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau.... 
mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. 
mak                        
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...
mak                          
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak                    
Yang selalu berleter kat aku...
mak                                
Yang selalu puji aku....
mak                                    
Yang selalu nasihat aku....
mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak    
 
                   
Renungkan:   

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?        
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
                
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......  
 
                    
Tapi kalau mak sudah tiada.....
..... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....       
  
    
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... . 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....   
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si
 ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya



KEPADA SEMUA YANG DI BERGELAR IBU DAN BAKAL IBU DI UCAPKAN SELAMAT MENTAMBUT HARI IBU.. BUAT IBUKU YANG TERSAYANG ANAKMU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU... IBULAH YANG PALING BEST SEKALI DALAM DUNIA INI. SEGALA APA YANG IBU LAKUKAN SELAMA INI... ANAKMU INI TAK DAPAT NAK MEMBALASNYA.......

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

SEKIRANYA DS NIZAR MENANG KES MAHKAMAH HARI ISNIN INI !!!!!

Perkara2 yang dibolehkan sekiranya DS Nizar menang kes Mahkamah hari isnin nih!

1. Bawak lari ADUN BN (Kurang2 6 orang!)

2. Kepit tengkok Speaker HARAM JADAH (Humban keluar! Jangan lupa kepit tengkok SU speaker HARAM JADAH dengan SU kerajaan HARAM JADAH sekali!)

3. Terus jumpa Sultan untuk isytihar semula kerajaan Pakatan Rakyat!

4. Lantik group bintara sendiri untuk kontrol Dewan Negeri (Dugong Darat incharge!)


Depa buat tak salah takkan kita buat salah pulak!


Kalau Nizar menanglah!

(Mungkin kalau depa tak dapat edjas keputusan, keputusan kes DS Nizar ditangguhkan 2 minggu lagi?) Depa kata! Aku tak kata! HAHAHAHAHAHA!!!!

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® 


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

KEBIADAPAN REJIM KERAJAAN HARAM JADAH UMNO/ BN PERAK

Rakyat Memerhati Dengan Jelas Kerja Si Lanun Politik.

PENGUASAAN
 BN pada DUN Perak 7 Mei 2009 bukanlah suatu yang hebat tetapi suatu yang amat habat dan mejijikkan dalam era ketemaddunan manusia serta mencabul demokrasi menjadi asas pembentukan Malaysia.

Serbuan pihak polis bersama mereka yang tidak mempunyai pas DUN ke dalam Dun yang dianggap penegak demokrasi adalah kerja jahat bagaikan segerombolan lanun yang naik ke darat menyerang dan merampas serta mengheret mangsa.

Speaker yang masih sah diheret keluar oleh manusia rakus mengikut telunjuk si jalang politik dan menggantikan dengan manusia yang pernah tewas dalam PRU untuk bermuka-muka kepada Raja Muda Perak yang merasmikan sidang DUN tersebut.

Inilah sikap jahat pemimpin Umno/Bn. Sikap ini tidak akan dapat dilindung untuk diketahui oleh rakyat terutamanya golongan bawah 40an.

Walaupun Zamrey beriya-iya mengutuk kononnya pembangkang yang membuat huru hara dalam DUN tetapi rakyat rata-rata tahu bahawa senario awal dan seterusnya bermula dari kejahatan pemimpin Umno/Bn yang menjadi perampas kerajaan mandat rakyat.

Berilah apa alasan pun oleh pemimpin Umno/Bn. Rakyat tidak akan menerima kata-kata mereka yang menuduh pembangkang biadap. Rakyat tidak akan menerima tuduhan mereka yang mengatakan pembangkang mengamalkan undang-undang rimba.

Sebaliknya rakyat sudah lkama tahu bahawa pemimpin Umno/Bn yang amat biadap tyerhadap mandat rakyat secara lkangsubng terhadsap erakyat sendiuri dan pemimpin Umno/Bn yang kerap mnelaksanakjan ala undang-undang rimba.

Menjadi perampas! Mengheret keluar Speaker yang sah ! Membuat lantikan dengan kelompok kecil samada iya tak iya bilangannya kira sah saja bagaikan main lailai li tampelong! Membawa polis masuk dan bertindak terhadap Wakil Rakyat dan mencemarkan kedudukan DUN!

Membawa mereka yang tidak ada pas (boleh dianggap samseng kalaupun tidak lanun) untuk mencekik dan mengheret serta mengurung Speaker adalah perbuatan zalim, jahat, melampau, tidak berprikemanusiaan, ala diktator, ala rejim Yahudi!

SPRM dan polis wajib menyiasat dan bertindak serta membuat dakwaan terhadap mereka yang melakukan jenayah serta penyelewengan kuasa ini dimana semudah itu seorang Wakil Rakyat bergelar Speaker diheret dan dikurung yang boleh ditafsirkan sebagai colek!

Jika amalan ini tidak dibendung oleh pihak berwajib maka negara ini akan menjadi negara yang berkerajaan colek, kurung kemudian umum tertubuhnya kerajaan haram!

Rakyat kini memerhati dengan jelas perbuatan yang tidak ada garis sempadan demokrasi oleh pemimpin Umno/Bn atas kerakusan untuk berkuasa secara haram!Add Image
Umno/Bn sudah merasa ketidak mampunya untuk turun ke gelanggang politik demokrasi melalui pilihanraya kerana itu untuk mengekalkan kuasa yang ada sedikit itu, mereka menggunakan secara lanun!

Keberangkatan Raja Muda Perak merasmikan sidang DUN pada 7 Mei lalu dilihat secara mendalam tidak ada ertinya kepada demokrasi kerana pencabulan yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh Rejim Haram Umno/Bn Perak!


tokperan 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


Sidang media DS Ir Nizar-malaysiakini









IPOH, 7 Mei (Hari Gelita) : Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.
Antara isi sidang media ialah :
  • Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson
  • PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan
  • Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia
  • Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi
  • ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
  • Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar
  • Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia
  • Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini
  • Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam
  • Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak

(ar_rawa)




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Khamis, 7 Mei 2009

demokrasi cara haram jadah-malaysiakini


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/070509_Sivakumar%20dragged%20out_Pic%20by%20Sinar%20Harian.jpgSetelah 50 tahun lebih negara merdeka akhirnya kerajaan Barisan Nasional hari ini tidak mampu lagi menegakkan demokrasi di Malaysia. Malaysia sudah menjadi negara polis pada hari ini dimana, polis telah bermaharajalela, menghambat, menangkap orang ramai dan mengganggu gugat demokrasi, termasuk mencabuli Dewan Undangan Negeri Perak, satu cabang Lejislatif yang dianggap suci sebelum ini

Sehingga jam 2.47 petang Speaker DUN tetap duduk diatas keruasinya walaupun mikrofon beliau telah dirampas.

Sebelumnya, kerajaan haram BN Perak telah melantik Ganesan sebagai speaker  namun tidak dapat menguasai DUN Perak kerana Sivakumar masih duduk dikerusi tersebut.


Sebagaimana yang telah dirancang, polis telah menyerbu masuk dan mengheret Sivakumar keluar dari Dewan unfdangan negeri Perak (Gambar - Sivakumar diheret oleh apa yang dikatakan 'demokrasi' oleh UMNO/BN ??)


Ia terbukti dengan catatan Khalil Idham Lim Adun Titit Serong dalam Blognya;

Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orangpolis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/dipaksakeluar1.jpgSaya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya.

zmp:kepada semua pemimpin politik PR aku sarankan agar kita tukar kerjaya kepada penjenayah....... sekarang ini fungsi polis bukan untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.. tetepi sebagai BARUA dan PENCACAI umno/bn..

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...