Jumaat, 2 Oktober 2009

KENYATAAN AKHBAR KETUA ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU ISU PENGILIRAN KETUA MENTERI -malaysiakini

Assalammukalaikum dan salam sejahtera

Merujuk kepada kenyataan YB Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau dan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang) di dalam akhbar perdana tempatan berita harian 29 hb Sept 2009 dan kenyataan susulan yang di petik didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30hb Sept 2009.

Kami mewakili Angkatan Muda Cabang-cabang di Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa kenyataan itu dibuat di atas kapasiti individu dan tidak mewakili suara keseluruhan AMK Negeri Pulau Pinang. Tidak ada sebarang mesyuarat atau perbincangan khusus berkaitan dengan isu pengiliran ketua Menteri Pulau Pinang dibincangkan di peringkat Mesyuarat Angkatan Muda Negeri.

Kami yakin ,pemimpin yang dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya melalui proses pemilihan berdasarkan rasis atau kaum. Proses ini hendaklah melalui proses persetujuan antara parti yang mendukungi kerajaan negeri tidak kira sama ada daripada kaum mana sekalipun. Yang pentingnya,calon Ketua Menteri hendaklah dipilih berdasarkan kebolehan memimpin, mempunyai integriti yang tinggi dan berasaskan kepada amanah serta bertanggung jawab pada rakyat negeri.

Jika kenyataan tersebut menggambarkan maksud sebenar beliau dengan menyentuh isu perkauman,maka PR malahan PKR sendiri tidak pernah merencanakan dasar sedemikian rupa.Kami yakin,PR mengutamakan pemimpin yang meletakkan pembangunan kemajuan Pulau Pinang serta menaikkan taraf ekonomi rakyat di negeri ini sebagai tonggak utama dalam pentadbiran.

Sekiranya akhbar berkenaan dengan sengaja menyalah petik atau memanipulasikan kenyataan tersebut seperti penafian yang telah YB Yusmadi perjelaskan,maka kami mendesak agar pembetulan segera dibuat dan kenyataan yang sebenar disiarkan. Kami juga meminta agar pimpinan parti lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kenyataan atau pandangan ini mungkin disalah tafsir secara sengaja dan akhbar berkenaan perlu memohon maaf secara terbuka.

Kenyataan Bersama bertarikh 2 Oct 2009

Ketua AMK Cabang Batu Kawan
YB Ong Chin Wee

Ketua AMK Cabang Bukit Mertajam
Aidi Rafizul bin Idrus

Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Amir bin Md Ghazali

Ketua AMK Cabang Kepala Batas
Amizudin bin Ahmat

Ketua AMK Cabang Balik Pulau
Mohd Nadzri bin Ishak

Ketua AMK Cabang Tanjong
Mohd Shafiz Rahim Raja

Tim Ketua AMK Bayan Baru
Zulfazdli bin Md Nordin

S/Usaha Cabang Tasek Glugor
Azhar bin Mohamad

Exco Angkatan Muda Malaysia
Zulkifli bin Ibrahim


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

JADUAL PROGRAM HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA KECIL N31 BAGAN PINANG-malaysiakini

Tarikh: 3hb. Oktober 2009 (Sabtu)

7.15 am -Berkumpul di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson

7.30 am -Solat & doa Hajat di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson

7.45 am-Perarakan bermula ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Port Dickson
8.00 am-Perarakan dijangka tiba di Majlis Daerah Port Dickson


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pejabat Negeri Sembilan, Sdr. Mustafa Kamal di suk.negerisembilan@keadilanrakyat.org atau telefon 06-7677278/279.

Diharap pihak saudara/saudari dapat hadir untuk meliputi program ini.

Sekian, terima kasih.


Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

N31 Bagan Pinang : Pendedahan salahguna kuasa-malaysia

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Saharin (Cikgu Bard) menyeru kepada semua penduduk dan pengundi DUN Bagan Pinang untuk bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 10 Oktober depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/cikgubard.jpgBeliau telah mendedahkan beberapa perkara yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah calon BN, Isa Samad dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Markaz UPU Teluk Kemang disini, malam kelmarin.
(Gambar - Cikgu Bard dengan gaya tersendiri, menyampaikan ceramahnya)


Antara pendedahan Badrul Hisham Saharin adalah seperti berikut;

1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat

2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.

3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos

4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan

5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.

6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta






'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selepas Bagan Pinang akan ada lagi PRK-malaysiakini

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI sehingga hari ini dilaporkan masih mencari tarikh sesuai untuk adakan Pilihan Raya Kampus (PRK), berikutan tamatnya tempoh setahun perkhidmatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang ini pada 8 November 2009.

Desas-desus sebelum ini mengatakan PRK berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini bagi memilih barisan baru MPP. Namun timbul juga cakap-cakap mengatakan PRK berkemungkinan diadakan pada Januari hadapan berikutan kesuntukan masa pada semester ini dengan pelbagai program dan perancangan yang belum dilaksanakan.

Pihak HEP sebelum ini bercadang untuk menggunakan kaedah yang sama sebelum PRK diadakan dengan meletakkan pra syarat supaya semua calon yang berminat untuk bertanding perlu menghadiri beberapa siri kursus bagi melayakkannya membeli borang pencalonan seterusnya bertanding dalam PRK. Namun sehingga minggu ini, pengumuman berkenaan kursus tersebut masih belum dikeluarkan dan mengukuhkan pendapat mengatakan PRK hanya akan diadakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, sumber dalaman turut memaklumkan piahk HEP masih menunggu arahan daripada pihak kementerian Pengajian Tinggi berhubung perkara tersebut. Katanya, KPT masih belum mengeluarkan sebarang arahan berkenaan tarikh yang ditetapkan bagi menjalankan PRK di kampus-kampus.

Dalam perkembangan berkaitan, PRK yang bakal berlangsung di UPSI dijangka akan menyaksikan pertembungan besar antara dua kumpulan utama seperti PRK sebelum ini. Pro Kualiti yang dahulunya dikenali sebagai kumpulan aspirasi pada ketika ini dikatakan telah menjalankan kempen kecil-kecilan dalam menonjolkan muka-muka yang bakal bertanding dalam PRK kali ini.

Pro Kebajikan pula dilaporkan masih belum menumpukan sepenuh perhatian kepada PRK yang bakal berlaku kerana belum menetapkan sama ada akan menghantar calon untuk bertanding ataupun tidak. Namun, Pro Kebajikan dikatakan sudah menerima tawaran beberapa calon yang mahu bertanding atas nama kumpulan tersebut.

Walau bagaimanapun, PRK UPSI bakal mengukur kematangan mahasiswa dalam menentukan calon pilihan mereka dalam siri kempen yang dijalankan menjelang tarikh pembuangan undi yang masih menjadi teka-teki di kalangan pengundi di sini.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Khamis, 1 Oktober 2009

N31 Bagan Pinang :Rakyat kena buat pilihan tepat: TGHA-malaysiakini

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengharapkan agar para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan membuat pemilihan tepat bagi memilih wakil rakyat terbaik untuk mereka.

Menurutnya, pengundi perlu membuat penilaian dengan sebaik-baiknya bagi memastikan calon dipilih benar-benar memenuhi tuntutan rakyat, sebagaimana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi bersih.

“Terpulang kepada BN (Barisan Nasional) nak pilih siapa (calon mereka) kerana itu hak mereka, tapi kita yakin calon kita adalah bersih dan amanah serta mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat.

“Insya-Allah, kita telah pilih calon terbaik dari segi khidmat yang mampu diberi kepada masyarakat Bagan Pinang dan sekiranya terpilih menjadi ADUN, kita yakin beliau mampu memainkan peranan yang besar,” katanya ketika mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, semalam.

Menurut Abdul Hadi, calon Pas, Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan berpendidikan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor selain mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan.

“Peluang untuk kita (Pas) menang sangat baik kerana kita sudah mencapai kemajuan di kawasan itu.

“Cuma kita masih lagi mempersoalkan undi pos kerana ia masih tidak telus, terdapat pengundi yang tidak mengundi tetapi kertas mereka diundi,” katanya.

Ketika ditanya tentang kesahihan dakwaan itu, Abdul Hadi berkata, beliau mempunyai bukti dan ada pihak yang sanggup memberi kenyataan.

Terdahulu di PORT DICKSON Abdul Hadi menyifatkan kemenangan calon Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang akan menentukan hala tuju pemerintahan baru Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Sembilan.

Menurutnya, lapan kemenangan pilihan raya kecil terdahulu membuktikan masyarakat sememangnya inginkan perubahan dalam pemerintahan kerajaan baru yang diterajui PR.

“Pas yakin dengan calon berpengalaman dan kemenangan yang dicapai terdahulu dalam pilihan raya kecil akan membantu PR untuk memerintah Negeri Sembilan.

“Masyarakat sememangnya ingin perubahan dalam pemerintah peringkat Pusat dan Negeri, jadi laksanakan tugas diamanahkan sebaik mungkin demi kepentingan masyarakat berbilang bangsa dan kaum,” katanya.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

N31 Bagan Pinang-Projek terbengkalai di N9, Rakyat nak salahkan Isa atau Mohamad ????-malaysiakini


Begitu banyak projek perumahan terbengkalai untuk rakyat di Negeri Sembilan ini. Juga begitu banyak projek gajah putih di Negeri Sembilan ini.

Salah siapa ? Salah Menteri Besar sekarang atau Menteri Besar dulu ?

Atau salah pemaju , pihak swasta atau kontraktor ?

Senarai perumahan terbengkalai di N.Sembilan termasuk di Port Dickson di http://terbengkalai.blogspot.com/

Senarai projek gajah putih di N.Sembilan termasuk di Port Dickson di http://gajahputihn9.blogspot.com/

Kenapa umum bina sekolah baru di Bagan Pinang dan pengumuman Bandar Tentera Darat sedangkan projek yang sedia ada untuk rakyat masih banyak tertangguh dan terbengkalai ?


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Memang Bangang-malaysiakini

KARPAL DESAK ANWAR JELAS KEKELIRUAN ISI PENGILIRIAN KETUA MENTERI PULAU PINANG


KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pengerusi DAP Karpal Singh Rabu mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membenarkan pemimpin peringkat akar umbi membuat kenyataan yang menjejaskan parti Pakatan seperti isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang.

Karpal mendesak Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keadaan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik.

"DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan," kata Karpal kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd Yusmadi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mohd Yusmadi turut dilapor sebagai berkata formula baru itu diperlukan bagi menggantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pinang yang menyaksikan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada kaum Cina dan jawatan Timbalan Ketua Menteri dipegang kaum Melayu.

Karpal menjelaskan bahawa DAP mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terbanyak dan parti itu mempunyai hak untuk melantik siapa sebagai Ketua Menteri di negeri itu.


zmp: dah tau berita harian tu penipu awat yang hang pi bagi STATEMENT yang bangang...pastu salahkan media... kalau media tu salah awat yang hang tak saman balik.... kan hang tu loyar....... nama saja ketua AMK/Ahli Parlimen... tapi bangang.......

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...