Selasa, 6 Oktober 2009

Surat dari Mongolia-malaysiakini

Kenyataan Dr. Shaariibuu Setev berhubung lawatan Najib Razak ke Paris pada 5-6 Oktober 2009, sebagai kenangan kematian anak perempuannya Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006 di Malaysia.

Saya kesal kerana tidak dapat menghadirkan diri di Paris untuk bertemu dengan Encik Najib Razak, ketika beliau membuat lawatan rasmi selaku Perdana Menteri Malaysia.

Saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan yang kurang sihat. Saya teringin untuk bercakap dengan Encik Najib, menyampaikan mesej kepadanya dan berjabat tangannya. Saya cuba untuk bertemu dengannya di Parlimen Malaysia pada tahun 2007, tetapi beliau meninggalkan dewan terlebih dahulu. Perjalanan saya di Malaysia tidak sempurna pada kali itu.

Tiga tahun saya menderita sejak anak perempuan saya Altantuya Shaariibuu mati di tangan Polis Di-Raja Malaysia dengan cara yang zalim. Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2006, semasa bulan Ramadan, bulan yang paling suci untuk Muslim. Beliau diletupkan dengan bahan letupan militan, dan pembunuhan yang pelik ini masih belum menemui punca sehingga hari ini.

Walaupun dua orang polis (Azilah Shaari and Sirul Omar) yang terlibat dalam pembunuhan ini telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati, namun keluarga saya dan saya masih tidak mampu untuk menjelaskan kepada dua orang cucu saya, anak Altantuya - Altanshagai dan Multanshagai, bahawa ibu mereka telah mati dalam keganasan dan kekejaman di tempat yang jauh bernama Malaysia.

Saya berharap PM Najib Razak menikmati lawatannya di Perancis, di mana sahabat rapatnya Abdul Razak Baginda yang menjadi broker kepada sebuah syarikat Perancis, menjurus kepada situasi yang berakhir dengan pembunuhan anak perempuan saya. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mati sebagai penterjemah kepada sebuah syarikat Malaysia yang membeli submarine Perancis bernilai billion Euro, dan mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis.

Saya telah memfailkan guaman sivil terhadap dua orang polis dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan untuk kematian anak perempuan saya. Beliau adalah penyara keluarga yang utama untuk kedua-dua anak lelakinya. Kini kedua-duanya menjadi anak yatim, dan masa depan mereka tidak menentu untuk saya. Usia isteri saya dan saya semakin lanjut dan kami bukan orang yang berada. Ia hanya adil apabila kerajaan Malaysia bertanggungjawab kepada apa yang berlaku kepada anak perempuan saya.

Dua orang polis yang melakukan pembunuhan keji terhadap anak perempuan saya yang berumur 28 tahun, berkhidmat di bawah Najib Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

ADC (aide de camp) Najib , DSP Musa Safri dilaporkan memberitahu polis (chief inspector Azilah) untuk membantu Abdul Razak Baginda (kiri, gambar kiri), berunding dengan Altantuya apabila beliau datang untuk meminta komisennya. Namun, Musa Safri tidak pernah dipanggil untuk tampil di mahkamah dan disoalsiasat penglibatannya dalam kes ini.

Memandangkan banyak yang dikaitkan Najib dalam pembunuhan ini, adalah mustahil dan tidak bertanggungjawab untuk Najib membersihkan tangan dalam isu ini, bersikap seolah-olah tragedi ini tidak berlaku terhadap anak perempuan dan keluarga saya.

Syarikat Perancis yang terlibat dengan perundingan orang Malaysia ini juga tidak dapat dikecualikan. Anak perempuan saya tidak akan ditimpa kematian yang zalim ini seandainya deal ini telus dan adil.

Saya merayu atas nama anak perempuan saya, isteri saya, dua orang cucu saya dan semua orang Mongolia, jangan biar anak perempuan saya mati dengan begitu sahaja. Mayatnya mungkin diletupkan kepada jutaan cebisan yang gagal dikenalpasti, tetapi hati kami kekal satu, menegakkan keadilan untuk anak perempuan saya yang tercinta, untuk menenangkan rohnya dan memastikan anak yatimnya memiliki masa depan yang wajar.

Terima kasih.

Yang ikhlas,

Daripada seorang warga Mongolia yang anak perempuannya dibunuh oleh polis di Malaysia:

Dr Shaariibuu Setev.

oleh;MerdekaReview


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 5 Oktober 2009

N31 Bagan Pianag : "Tragedi Oktober King Of Mat Rempit Dalam Kenangan" -malaysiakini

IMG_0260
Berjalan bersama-sama Datuk Sabri dengan dikelilingi penyokong Umno dan telah dilanyak-lanyak dengan teruknya oleh penyokong PAS.
IMG_0261
Beliau telah diberi tepukkan maut dan dicekik oleh beratus penyokong PAS.
IMG_0262
Kelihatan beliau telah dilanyak dengan teruk oleh beratus-ratus penyokong PAS

Berpuluh-puluh kesan merah sebesar buah kelapa dileher sehingga menghadang muka beliau dan hanya muka barua kat belakang beliau sahaja yang kelihatan menunjuk bengkok sebesar buah kelapa dilehernya.

Sekarang sedang nazak di ICU dengan tiub-tiub dan wayar-wayar penyambung hayat ditubuh beliau.




























Menurut pakar-pakar yang beliau berkemungkinan akan lumpuh dibahagian anunya. Satu 'Tregedi Oktober' buat beliau kerana kelumpuhan tersebut akan menghalang cita-citanya untuk membuat koleksi bini. Apakah 'King Of Mat Rempit' dapat diselamatkan oleh pakar-pakar loyar buruk?

Sama-samalah kita doakan akan beliau diberi kekuatan agar drama tersebut dapat disiapkan. Menurut khabar-khabar berombak, batu nesannya telah pun ditempah oleh mat-mat rempit dengan ukiran dibatu nesan tersebut tertera kata-kata,"Tragedi Oktober King Of Mat Rempit Dalam Kenangan".

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 4 Oktober 2009

Tabung Gempa Bumi Padang, Sumatera.-malaysiakini


Kejadian gempa bumi yang di Padang baru-baru ini telah meragut lebih 1000 korban dan angka ini dijangka berlipat kali ganda kerana lebih 3000 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan bangunan apabila kejadian gempa yang beukuran 7.6 Skala Richter telah menumbangkankan lebih 11000 bangunan di Padang dan Pariaman.

Wakil JIM di Padang melaporkan ada beberapa jalan dan jambatan yang rosak telah menyebabkan laluan untuk usaha menyelamat dan bantuan sukar untuk dilakukan.

Sesungguhnya ini adalah ujian dari Allah untuk penduduk di sana dan kita berdoa supaya Allah lindungi kita dari musibah ini.

Kebanyakkan mereka yang terkesan dari malapetaka ini hilang segalanya - saudara-mara, rumah kediaman. pakaian dan sebagainya.

Oleh itu kami merayu pihak tuan supaya dapatlah sekiranya menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai supaya pihak kami dapat membeli alatan untuk khemah perlindungan sementara, menghubungkan kembali bekalan air, membeli Gen-Set, membeli ubat-ubatan, pakaian serta bahan asasi makanan seperti beras dan sebagainya.

Sumbangan anda dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Pejabat JIM Pulau Pinang, d/a 64 Tingkat 2, Jalan Bukit Kecil 1,Taman Seri Nobong, 11900 Pulau Pinang. Anda juga boleh menggunakan akaun ini untuk deposit terus ke dalam akaun Maybank 007152302280 diatas nama (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang.)

Sila maklumkan kami jika anda memerlukan resit.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik (0194708811)
Abdullah Shabri (013-4884630)
Haji Taufek Abdul rahman (019-4153830)

Hanya Islam Yang Tulen Boleh Selamatkan Umno-malaysiakini

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Sabtu, 3 Oktober 2009

Berdosa sokong "PERASUAH"-malaysiakini

Kenyataan Tan Sri Isa Samad selaku calon Bn di PRK Bagan Pinang jelas menunjukkan sikapnya yang sombong dan tidak pernah rasa bersalah dalam amalan politik wang apabila dia berkata, “beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah”.

Baginya, mungkin juga sebahagian pemimpin-pemimpin Umno bahawa amalan politik wang bukan suatu kesalahan jenayah, apalagi kalau kita nak bercakap tentang moral seorang yang berstatus pemimpin.

Sebaliknya ia hanya suatu kesalahan di dalam kod etika pemilihan Umno semata-mata. Pada hal seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa Isa adalah di antara pengamal politik wang dari Umno yang merupakan parti Bumiputera berfahaman kebangsaan tersebut berada di dalam suasana yang cukup tenat dan menanti rebah ke bumi.

Isa begitu bangga apabila menyatakan bahawa amalan politik wang yang melibatkan dirinya sudah selesai (tidak berbangkit) semata-mata kerana telah menjalani hukuman selama tiga tahun. Isa fakir dengan menjalani hukuman tersebut ia telah menjadi insan yang bersih dalam kerjaya politiknya serta rakyat di Bagan Pinang akan memilihnya di hari pembuangan undi kelak.. Jika ini yang diyakini oleh Isa maupun parti Umno, saya rasa mereka telah membuat perhitungan yang silap.

Umno perlu sedar ialah rakyat kini samada di Bagan Pinang maupun di mana-mana lokaliti pengundi khususnya di Semenanjung sudah semakin muak dan mengerti tentang pelbagai kelemahan, kesilapan, kesalahan dan kecurangan yang telah mereka lakukan setelah di beri mandat (kuasa) oleh rakyat pada setiap kali pilihan raya.

Keputusan Umno meletakkan Isa sebagai calon di situ adalah gambaran jelas bahawa Umno kini berada dalam keadaan yang tersepit dan menjadi parti desperado. Ia secara juga bukan sahaja tidak menghormati pandangan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohammed yang mereka kagumi selama ini yang mahu parti tersebut meletakkan calon yang tidak terlibat dengan amalan rasuah.

Pencalonan Isa di Bagan Pinang juga menyerlahkan kepada rakyat bahawa Umno juga tidak lagi mampu untuk menampil calon mereka yang benar-benar bersih samada dari segi rasuah, skandal, moral dan kewibawaan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat. Laungan pemimpin Umno untuk memerangi amalan politik wang hanyalah retorik semat-mata untuk memberi keyakinan kepada ahli-ahli di peringkat umbi supaya mereka terus setia bersama Umno.

Ringkasnya, Isa adalah wajah sebenar pemimpin Umno. Isa juga merupakan gambaran sikap pemimpin Umno yang pandai berlakon. Isa pula adalah laibiliti Umno yang menanggung biawak hidup hidup di atas belakang rakyat.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh para pengundi dalam PRK Bagan Pinang mengambil peluang keemasan ini menolak calon Umno, bukan sekadar memprotes calon yang terpalit dengan isu rasuah, sebaliknya untuk menghukumnya kerana menjadi pelaku rasuah. Rasuah atas nama politik wang adalah sama dengan amalan rasuah kotemporari yang diletakkan sebagai musuh nombor 1 di negara ini. Dari segi hukum agama ia tetap berdosa besar kerana ia adalah amalan yang haram.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

N31 Bagan Pinang :Sepatutnya Bandar Tentera Darat di Sg Besi bukan di PD-malaysiakini


Menurut seorang bekas Brigadier Jeneral sepatutnya Sungai Besi diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat bukannya Port Dickson.

Ikuti ulasan beliau pada pautan berikut http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/renaming-of-towns.html


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

N31 Bagan Pinang- pendedahan bekas pegawai tentera -malaysiakini


Pengakuan ini dibuat oleh Kepten Mejer (B) ABu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR. Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR.

Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, saya sendiri Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.

Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.

Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?

Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejer(B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.

Suhaizan Bin Kaiat : Saya minta EPP(Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24jam tuan.

Dato Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah PD. Saya yang halang tuan.

Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.

YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.
Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS.

Suhaizan Bin Kayat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat.

dari blog cenangau


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...