Rabu, 19 September 2012

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG - YB Malik Kassim








KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ ABDUL MALIK KASSIM
EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
19 SEPTEMBER 2012

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan 
saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka. 
Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato’ Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu. 

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka. Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. 

Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu. 

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996. 

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat ‘kaveat pendaftar’ pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan. Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. 
Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato’ Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas. Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk. Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini. 

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam. Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk. 

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka. 

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang dengan memakai T’shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya. Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng. 

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana. Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah ‘injuksi’ mahkamah sehingga 1 Oktober 2012. 

Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. 

Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi ‘broker’ menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.
Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang. 

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini. 

diambil dari sini

lagi gambar tengok kat sini





'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 17 September 2012

PERISYTIHARAN KUCHING- 16 SEPTEMBER 2012






JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI BETAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASI SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA.

BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA.

BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:

PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA, PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI.

Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya.
Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan.

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. DATO ‘SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Ketua Parlimen

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Y.B. DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Pengerusi PKR Sarawak

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Pengerusi DAP Sarawak

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, Pesuruhjaya Negeri PAS Sarawak






'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Khamis, 6 September 2012

Hanya Perkasam Pembela Agama....


Salam semua...

Sepatutnya kisah ostad-ostad Perkasa yang mengamuk kat Aloq Setaq tu tak payah la nak di heboh-hebohkan. Ostad-ostad yang segak beruniform GERAK KHAS tu sanggup berhempaih pulaih semata-mata demi agama dan bangsa walaupun masih lagi kena pakai rantai cacing.

Kita jangan jelabaih mulut kata depa tu buta perut.

Bagi Pak Long, alim ulamak dari Perkasa yang secara sukarelanya menebal muka sendiri untuk menghalang Anwar dari bertazkirah tu memang bercita-cita murni... Secara tak langsung, upacara membaling kasut jepun ke dalam masjid tuh, dapat meninggikan lagi syiar Islam khususnya di Kedah Darul Aman... tahniah.

Anwar memang patut sangat diajaq supaya tidak kurang ajaq. Anwar patut di dedahkan bahawa semua orang kena ada tauliah bila nak bertazkirah...

Kalau Anwar dok tak paham jugak, ni ha Mak Long hang ada bagi sikit contoh ostazah ngan ostad-ostad kat bawah neh yang masing-masing ada dekat tiga lori tauliah... sebab tu la Perkasa tak marah kat depa, hang tak percaya tanya Mak Long hang... haha...
Ni ostazah Rosmah sedang bertazkirah di Masjid entah dimana...

Ni plak ostad Najib bertazkirah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang
Ni pulak menantu abah yang baru ja dapat title ostad yang kini bergelar ostad KJ ketika bertazkirah kat Taman Rembau Utama...

Ni plak ostad Pak Rais yang tazkirahnya mampu membuatkan amah-amah lupa diri...hehe...

Sekian, ni pulak cenderahati Mak Long hang kat Anwar...
Ingatlah Anwar oii, sabaq itu iman, dunia hanya pinjaman, duit bukan kawan dan mati tak berteman...

Wassalam...
cilok dari blog Paklong



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Blogger Amizudin Sharpshooter di penjara 3 bulan



Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham."

Zabariah berkata jika tidak faham mengenai perintah mahkamah, Amizudin sepatutnya bertanyakan kepada peguamnya terutama apabila membabitkan kes pelanggaran perintah mahkamah.

Selesai prosiding, Amizudin yang kelihatan sedikit terkejut dengan keputusan mahkamah itu memeluk peguamnya Ahmad Nizam Hamid dan dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah untuk urusan ke penjara.

Pada 21 November tahun lepas, Rais, 70, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman yang difailkan olehnya.

Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi saman beliau dan blogger itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan, 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PKR, bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.

Terdahulu, Ahmad Nizam dalam rayuan bagi hukuman ringan memohon mahkamah supaya tidak mengenakan hukuman penjara ke atas anak guamnya dengan mengambil kira bahawa Amizudin telah memohon maaf atas kesalahannya.

Bagaimanapun peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais berhujah bahawa artikel yang dikeluarkan itu bukan sekali tetapi 11 kali.

"Kalau buat sekali, kita mungkin anggap dia tersilap, ini 11 kali, dalam membuat rencana penghinaan itu, contemnor (seseorang yang telah melakukan penghinaan mahkamah) juga telah tulis dengan jelas bahawa dia sedar ada perintah mahkamah yang melarang dia daripada tulis sedemikian."

Muhammad Shafee memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman penjara ke atas Amizudin sebagai pengajaran kepadanya dan juga kepada bakal pesalah yang lain.m/kini



MOHON RAKAN2 SEPERJUANGAN DOAKAN SEMOGA PEGUAM LATEEFA KOYA MENANG KES UNTUK TANGGUH HUKUMAN PENJARA 3 BULAN TERHADAP AMIZUDIN SHARPSHOOTER JAM 3PTG INI..
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


Rabu, 18 Julai 2012

Sumbangan Program Bubur Lambuk Unit Ehsan Pulau Pinang Sempena RAMADHAN 1433H



Sempena dengan kedatangan Ramadan yang bakal menjelma ,Sekali lagi buat tahun yang keEMPAT berturut-turut Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang dengan kerjasama AMK Cabang Bayan Baru serta S.A.M.M Pulau Pinang akan menganjurkan program pengagihan bubur lambok kepada penduduk sekitar kawasan Bayan Baru.

Bagi menjayakan program ini kami ingin menjemput anda semua untuk sama-sama kita beramal di bulan yang mulia ini dengan menyumbangkan tenaga, barang mentah ataupun wang tunai bagi yang berkemampuan. 

*Salurkan sumbangan anda terus ke akaun bank kami di AKAUN CIMB : 0718 0000 118100 atas nama Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang.

*SMSkan nama anda dan jumlah sumbangan ke no. telefon bimbit :
Sdr Aidil Fitri : 012 4304423 atau Sdr Amrin 017 5558204 atau Sdr Zulfazdli 012 5865611



Program pengagihan bubur lambok akan di adakan pada:


Tarikh: 12 Ogos / 23 Ramadhan 1433H ( Ahad )
Jam : Selepas Solat Asar
Tempat: Bersebelahan Masjid Bayan Baru

SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air.

Selasa, 10 Julai 2012

Debat Soi Lek vs Guan Eng .... Memalukan MCA..


Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melalui cabutan undi, berjaya menjadi pemidato pertama; saya sudah boleh mengagak apa kesudahan debat ronda kedua MCA lawan DAP yang diadakan di Sunway Convention Centre semalam.

Kalaulah saya ini Cina, dan kebetulan menjadi ahli MCA, pastilah saya akan menyorokkan muka saya di dalam guni bawang dan tidak lagi bertemu dengan mana-mana teman penyokong Pakatan Rakyat, kerana begitu berat malu yang ditanggung.

Bahkan saya barangkali sanggup untuk lakukan pembedahan plastik dan menggunakan nama baru supaya orang tidak kenal saya lagi. Dan kemudian senyap-senyap saya isi borang DAP dan tinggalkan MCA selama-lamanya. Begitu besarlah malu yang ditanggung MCA kerana menghantar Chua Soi Lek, presidennya itu untuk berdebat menentang Guan Eng – untuk kali yang kedua.

Seolah-olahnya tidak cukup sekali kena belasah. Maka saya harus hormati keberanian Soi Lek untuk berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu buat kali kedua. Bos beliau, sang Perdana Menteri Najib Tun Razak, masih lagi belum ketemu semangat (barangkali kena mandi bunga) untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meski pun Anwar rela beliau diberi sekadar tiga minit, dan Najib sepuluh minit untuk berbalas hujah.

Ini disebut Guan Eng pada awal debat, mengingatkan kita pada cabaran debat Anwar yang sehingga hari ini dielak oleh Perdana Menteri; sementara presiden MCA ternyata lebih berani untuk menyampaikan hujah-hujahnya – walau pun hujah-hujah beliau itu sekadar diketawakan penonton dan Guan Eng sendiri.

Debat ronda kedua ini mulanya mahu dilakukan dalam bahasa Inggeris, memandangkan ramai benar yang berang kerana ‘tak faham cakap Cina’ apabila debat pertama berlangsung dalam bahasa Mandarin. Namun setelah Guan Eng ditetapkan sebagai pemidato pertama, beliau menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa rasmi DAP. Kedengaranlah dari penjuru sebelah MCA sana pekik lolong mahukan Guan Eng bercakap bahasa orang putih. Seolahnya tidak pernah belajar Bahasa Malaysia di sekolah.

MCA parti Cina

MCA ini secara terang nyata ialah sebuah parti politik orang Cina. Jika ia parti yang terbuka dan tidak eksklusif, pastilah namanya pun bukan Malaysian Chinese Association. Jadi sebagai sebuah parti orang Cina, saya tidak pasti bagaimana presidennya boleh menuding jari kepada DAP dan menuduh DAP pula sebagai sebuah parti cauvinis Cina. Barangkali Soi Lek terlupa MCA bukan UMNO. Barangkali Soi Lek tidak pernah dimaklumkan tentang wacana-wacana dasar DAP.

Debat kali ini pula adalah debat dasar. Ini lebih terang nyata terpampang di belakang kedua-dua pemidato. Namun adalah amat benar persoalan yang diutarakan Guan Eng tentang kelayakan MCA untuk bercakap tentang dasar, memandangkan MCA bukanlah bos dalam Barisan Nasional. Bahkan yang sebenarnya abang besar dalam BN ialah United Malays National Organisation, dan presiden parti itu masih lagi enggan berdebat secara terbuka dan boleh pula memberikan alasan-alasan budak tadika.

Guan Eng hadir ke pentas debat dengan nawaitu jelas untuk bercakap bagi pihak rakyat Malaysia. Bukan semata-mata bagi pihak orang Cina, tetapi juga Melayu, India, Iban, Kadazan, Murut, Dayak, Punjabi dan segala kaum yang sedang merana di bawah urus tadbir Barisan Nasional. Berbeza halnya dengan kehadiran Chua Soi Lek yang pastinya tidak membawa agenda orang Melayu atau India. Itu kan kerja UMNO dan MIC.
Itulah dia masalah besar negara ini yang menjadi hasil kerja buat UMNO selama lebih lima puluh tahun – memecahbelahkan rakyat kepada fraksi-fraksi kecil berasaskan kaum, agar tidak mereka ini membentuk perpaduan rakyat yang kuat untuk menuntut perubahan dalam dasar-dasar pentadbiran kerajaan.

Dasar-dasar DAP jelas nyata dan telah pun terbukti bukan sekadar cakap kosong. Sebagai sebuah parti demokrasi sosial, ia mengangkat hak rakyat dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Ini disebut Guan Eng berkali-kali, memandangkan Soi Lek rajin benar menjaja penipuan, lupa barangkali terhadap salah-silap MCA yang berdiam diri apabila Dasar Ekonomi Baru kena ‘hijack’ oleh pihak-pihak tertentu.

Ya, itu yang keluar dari mulut Soi Lek – “DEB kena hijack”. Saya sekadar boleh geleng kepala dan tepuk tangan. Apa pula yang MCA lakukan apabila DEB sudah kena hijack? Apa ideologi politik MCA, selain menjadi parti politik etnosentrik yang demikian rasis dan bodoh sombong, terutamanya dalam hal sensitiviti terhadap orang bukan Cina.

MCA pandang rendah kaum lain?

Ini juga meluncur keluar dari mulut Soi Lek, kononnya orang Sabah dan Sarawak tidak mampu bersaing dengan orang Lembah Klang, dan kerana itu hanya Barisan Nasional yang berpusat di Putrajaya berkuasa menolong mereka. Mustahil mereka boleh bantu diri sendiri. ‘No way!’ kata Soi Lek. Ajaib apabila dia mengakui hal ini terjadi kepada negeri yang kaya dengan hasil petroleum dan hasil hutan selepas puluhan tahun menyertai persekutuan Malaysia. Mustahil Soi Lek tidak tahu bahawa Sabah dan Sarawak itu negeri kaya.

Yang saya agak pasti ialah Chua Soi Lek memang tidak tahu bahawa memang wujud negara-negara yang menawarkan pendidikan yang dibiayai kerajaan. Dengan selamba dia menyuruh media memetik kata-katanya bahawa tidak ada negara yang memberikan pendidikan percuma.

Di sini saya bertambah yakin dan percaya bahawa Soi Lek memang tidak pernah ke Turki. Kalau pun pergi, mungkin hanya untuk makan angin. Mungkin juga dia tidak tahu pendidikan percuma wujud di Norway, Finland, Denmark, Brazil dan Sri Lanka.

Begitu kelam kabutnya Soi Lek ini sehingga tidak sedar bahawa dia telah dengan jayanya mengetongsampahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, apabila dengan lancar lidah menyebut bahawa dia tidak perlu respon kepada kenyataan Nazri tahun lalu yang mendakwa MCA seperti isteri yang ditinggalkan suami dan mencabar MCA meninggalkan Barisan jika tidak setuju dengan dasar UMNO.

Alasan Soi Lek yang enggan mengulas kenyataan itu adalah kerana Nazri bukan orang besar yang membuat keputusan-keputusan besar. Macamlah Soi Lek ini menteri. Oh ya, dia bekas menteri. Padanlah dia masih rasa macam dia ini ada kuasa eksekutif. Tak sedar diri.

MCA mahu merudumkan Pulau Pinang?

Saya tambah geli hati apabila Soi Lek cuba menjelaskan alasan kegagalannya untuk menunjukkan sebarang prestasi sebagai Pengerusi Penang Port Comission (PPC); sambil disambut hilai tawa hadirin, dan tidak kurang juga Guan Eng, yang berdekah-dekah ketawa di atas pentas. Bersungguh benar dia mempertahankan langkah pengswastaan kerajaan terhadap pelabuhan Pulau Pinang.

Tambah memalukan, Soi Lek gagal menyebut bahawa Penang Port Sdn Bhd (PPSB) berjaya mengaut untung bersih berjumlah RM15 juta, seperti yang telah dilaporkan bulan lalu; tetapi Soi Lek mendakwa bahawa PPSB sekadar beroleh untung RM180,000.

Sebagai orang Pulau Pinang, saya kasihan melihat insan ini yang mendakwa dirinya pengerusi PPC tetapi tidak pula tahu bahawa perjanjian untuk mendalamkan dasar laut di pelabuhan itu adalah sebahagian daripada perjanjian pengswastaan. Kalau ini pun dia tidak ambil tahu, benarlah kata Guan Eng; berilah balik pelabuhan kepada rakyat Pulau Pinang, biar kerajaan negeri tunjukkan bagaimana caranya untuk mentadbir dengan meletakkan kepentingan rakyat lebih dahulu daripada kepentingan kroni.

Chua Soi Lek berjaya bikin malu seluruh penyokong MCA yang semakin perlahan sorakannya menjelang akhir perdebatan. Tidak lagi ramai yang mahu melaungkan zikir menyebut namanya, bahkan untuk bertepuk tangan pun sudah tiada bersemangat lagi.

Maka benarlah cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilaporkan menyuruh Guan Eng supaya batalkan sahaja niatnya untuk berdebat dengan si Soi Lek ini kerana dia bukanlah orang yang layak untuk diajak berdebat tentang polisi dan kebijakan. Akhirnya presiden MCA itu sekadar mampu membuat serangan-serangan tumpul terhadap dasar-dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

Inikah dia presiden yang dibanggakan MCA? Saya betul-betul berharap kalau-kalau Chua Jui Meng, Ong Tee Kiat dan Lee Hwa Beng ikut hadir dalam debat semalam; pastilah besar ketawa mereka melihat telatah Soi Lek.

Penyudahnya apa?

Jadi adakah debat ronda kedua ini debat yang berjaya? Pastilah tidak. Ini seperti kebiasaannya hanyalah usaha Barisan Nasional mencari peluang untuk memalukan DAP, tanpa menyedari bahawa langkah tersebut akan memalukan diri mereka sendiri. Macam menepuk air di dulang, sudahlah kerjanya sia-sia, muka sendiri juga yang basah.

Tidak ada dasar dan jalan keluar yang ditawarkan MCA. Sebagai seorang Melayu, saya tidak pernah mengharapkan dasar MCA akan menguntungkan saya. Buat apa saya mahu berharap begitu, MCA kan terang nyata parti orang Cina. Tetapi DAP parti berbilang kaum. Maka berbeza pendekatannya terhadap orang Melayu.

Apakah keuntungan yang orang Melayu dapat daripada debat kali kedua ini? Bagi Melayu yang celik hati, pastilah akan lebih terbuka fikirannya terhadap persepsi salah yang menjadi momokan UMNO bahawa DAP ini parti Cina kerana Guan Eng tidak membawa semata-mata keresahan orang Cina di debat tersebut. Beliau malah bertutur dalam Bahasa Malaysia, supaya orang Melayu dan orang bukan-Melayu yang fasih berbahasa Malaysia yang menonton debat tersebut dapat menilai dengan mudah akan kebijakan dan tawaran-tawaran DAP dan Pakatan Rakyat./ Roketkini





'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...