Selasa, 13 Disember 2016
PERJANJIAN BERSAMA KERANGKA KERJASAMA PAKATAN HARAPAN DAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Amanah Negara (AMANAH)
DAN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
13 Disember 2016
PERJANJIAN ini adalah di antara:
Pakatan Harapan yang diwakili oleh:
Parti Keadilan Rakyat atau KEADILAN yang diwakili oleh Presidennya Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;
Parti Tindakan Demokratik atau DAP yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya Saudara Lim Guan Eng;
dan
Parti Amanah Negara atau AMANAH yang diwakili oleh Presidennya Haji Mohamad Sabu
Bersama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM yang diwakili oleh Presidennya Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Dengan ini memeterai satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan – PPBM mengenai persetujuan persetujuan bersama oleh keempat-empat parti di dalam perkara-perkara seperti yang terkandung dalam dokumen ini.
Mewakili PAKATAN HARAPAN dan PPBM kami berjanji bahawa persetujuan-persetujuan ini
akan dihormati, didokong dan dilaksanakan bersama oleh parti-parti kami selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat keempat-empat
parti.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH
WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH
TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN
HJ MOHD YASSIN
Presiden PPBM
Ditandatangani pada hari ini 13 Disember 2016 Masehi bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1438
Hijrah di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
PERJANJIAN
BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan
AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara-perkara berikut:
1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan
1957/63 terutamanya:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan
damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan
sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;
ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan;
dan
iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat
antarabangsa.
2. Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi
rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran,
keadilan, kebebasan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik.
3. Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan - PPBM di dalam
sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat setelah pembahagian kerusi
ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip
kebolehmenangan (winnability).
4. Berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk
memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili pembangkang
bagi melawan Barisan Nasional.
5. Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya
Umum ke 14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya.
6. Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto dan logo bersama dan merangka gerakerja Pilihanraya Umum ke 14.
7. Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini
hendaklah memelihara hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan
pertikaian menerusi perundingan bersama.
Selasa, 6 Disember 2016
Kontroversi Filem Kembara Seniman Jalanan bersama Nasir Jani dan Pyanhabib
DISKUSI JALANAN - 11/12/16 - AHAD - PADANG KOTA LAMA - 4.30ptg.
Catatan Pyanhabib Rahman
Dalam Festival Filem Malaysia ke-6, tahun 1986, satu Malaya sudah tahu gua dicalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kembara Seniman Jalanan. Gua tak ambil tahu pun hinggalah beberapa jam sebelum majlis berlangsung di PWTC, dia dinasihatkan kawan wartawan supaya hadir tanda hormati majlis (hingga sekarang gua tidak tahu gua dijemput atau tidak).
Sekitar satu jam sebelum majlis, gua putuskan hadir. Gua naik teksi dari CM ke `Pusat Dagangan Dunia Putra' kata gua kepada driver teksi dengan was-was sebab gua pun tidak tahu di mana `Pusat Dagangan Dunia Putra'. Keh keh keh!
Majlis sudah bermula masa gua sampai tetapi gua masih terpimga-pinga sebab gua jenis tak reti masuk majlis yang berlampu lip-lap. Dengan berseluar jeans dan jaket askar ...
Gua tercengang-cengang duduk di satu meja bersama Uji Rashid (yang kebetulan gua sudah kenal sebelum itu). Belum lama gua tarik nafas, gua dikejutkan oleh Uji Rashid dan orang sebelah meja minta gua naik pentas.
Panik gua tak habis, gua hendak tidak hendak terus ke pentas di mana Jins Shamsudin menunggu. Gua naik dan memberi salam pada semua. Gua ambil kertas keputusan dari Jins untuk tahu keputusan sebenar.
Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas yang gua baca menunjukkan gua diberi award pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah (dua filem gua lakon masuk final festival sebenarnya) tentulah gua panik tak habis sebab gua dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah. Gua berpegang dengan apa yang telah dicalonkan iaitu untuknfilem KSJ.
Jins mendesak gua terima tetapi gua tetap menolak hinggalah gua ambil award dan bercakap di microfon begini: “Terima kasih untuk award ini, sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tolak.
Ok, saya pegang award ini untuk.bergambar. Selepas itu.gua letak award di rostrum, Jins tak terkata bila tengok gua tinggalkan award.
Hadirin apatah lagi, panik tengok gua atau tidak gua tak tahu.
Yang gua tahu, sebaik turun pentas gua diserbu Nasir Jani dan gengan KSJ, gua dipeluk dan diangkat lonjak mereka.
Hadirin terus tertumpu kepada kami, gua syak mereka mencemuh. Kenapa gua dipeluk diangkat lonjak kawan-kawan secara beramai-ramai di depan majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba?
Jawapannya di Padang Kota hari ahad ini.
Kerajaan perlu tangguhkan pemeteraan perjanjian HSR dengan Singapura sebelum buktikan kemampanan projek
Kenyataan media Pakatan Harapan Mengenai HSR KL-Singapura
6 Disember 2016
Pakatan Harapan menyeru kerajaan untuk menangguhkan pemeteraan perjanjian projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR)
dengan kerajaan Singapura yang dijadualkan pada Disember 21 ini sehingga suatu kajian yang terperinci, kukuh dan telus untuk membuktikan kemampanan projek tersebut.
Disebabkan pendapatan yang bakal dijana akan dikongsi antara Malaysia dan Singapura, kerajaan perlu membentangkan pelan kewangan yang terbuka kepada rakyat tentang nisbah pendapatan yang akan diperoleh Malaysia serta bagaimana kos pembinaan akan ditanggung antara dua pihak.
Projek ini melibatkan kewangan negara yang besar-besaran dan banyak tanah rakyat dijangka akan diambil oleh kerajaan bagi membina landasan HSR yang baru. Oleh itu, kerajaan tidak boleh merahsiakan maklumat projek ini seperti negara Dunia Ketiga.
Jumlah kos untuk projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang mempunyai landasan sepanjang 350 km dijangka tidak kurang daripada 40 bilion ringgit.
Lebih penting lagi, kini terdapat kira-kira 45 penerbangan antara Kuala Lumpur dan Singapura setiap hari, bermaksud kapasiti pengangkutan udara harian antara dua tempat ini ialah 9,000 orang jika setiap penerbangan boleh mengambil 200 penumpang. Apakah Malaysia perlu mengambil risiko dengan membekalkan kapasiti baru 18,265 penumpang HSR? Ini merupakan dua kali ganda kapasiti pengangkutan udara sedia ada tetapi pulangannya hanya mampu membayar faedah pinjaman biarpun tiket dijual habis setiap hari?
Pakatan Harapan menyeru kerajaan agar tidak mengorbankan kepentingan rakyat dengan membuat pelaburan yang tidak bijak. Kerajaan mesti mengambil iktibar daripada episod pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana hutang bertokok tambah dan akhirnya rakyat pula yang perlu tanggung melalui cukai GST, kenaikan tol lebuhraya dan tambang pengangkutan, potongan subsidi minyak dan sebagainya.
Kami menyeru supaya satu kertas kerja yang terperinci terutamanya butir-butir kewangan seperti kos projek, jumlah pinjaman dan perkongsian pulangan dengan Singapura dibentangkan kepada rakyat.
6 Disember 2016
Pakatan Harapan menyeru kerajaan untuk menangguhkan pemeteraan perjanjian projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR)
Disebabkan pendapatan yang bakal dijana akan dikongsi antara Malaysia dan Singapura, kerajaan perlu membentangkan pelan kewangan yang terbuka kepada rakyat tentang nisbah pendapatan yang akan diperoleh Malaysia serta bagaimana kos pembinaan akan ditanggung antara dua pihak.
Projek ini melibatkan kewangan negara yang besar-besaran dan banyak tanah rakyat dijangka akan diambil oleh kerajaan bagi membina landasan HSR yang baru. Oleh itu, kerajaan tidak boleh merahsiakan maklumat projek ini seperti negara Dunia Ketiga.
Jumlah kos untuk projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang mempunyai landasan sepanjang 350 km dijangka tidak kurang daripada 40 bilion ringgit.
Lebih penting lagi, kini terdapat kira-kira 45 penerbangan antara Kuala Lumpur dan Singapura setiap hari, bermaksud kapasiti pengangkutan udara harian antara dua tempat ini ialah 9,000 orang jika setiap penerbangan boleh mengambil 200 penumpang. Apakah Malaysia perlu mengambil risiko dengan membekalkan kapasiti baru 18,265 penumpang HSR? Ini merupakan dua kali ganda kapasiti pengangkutan udara sedia ada tetapi pulangannya hanya mampu membayar faedah pinjaman biarpun tiket dijual habis setiap hari?
Pakatan Harapan menyeru kerajaan agar tidak mengorbankan kepentingan rakyat dengan membuat pelaburan yang tidak bijak. Kerajaan mesti mengambil iktibar daripada episod pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana hutang bertokok tambah dan akhirnya rakyat pula yang perlu tanggung melalui cukai GST, kenaikan tol lebuhraya dan tambang pengangkutan, potongan subsidi minyak dan sebagainya.
Kami menyeru supaya satu kertas kerja yang terperinci terutamanya butir-butir kewangan seperti kos projek, jumlah pinjaman dan perkongsian pulangan dengan Singapura dibentangkan kepada rakyat.
Memandangkan bahawa KTM double tracking akan dilaksanakan dari Gemas ke Johor Bahru dengan kos RM8 billion, ia lebih wajar untuk memberi tumpuan kepada sistem tren ETS KTM dan tidak melaksanakan HSR yang akan memberi persaingan kpd ETS dan mengurangkan keuntungan ETS.
YB Sim Tze Tzin (PKR)
YB Dr Hatta Ramli (AMNAH)
YB Dr Ong Kian Ming (DAP)
--
YB Sim Tze Tzin (PKR)
YB Dr Hatta Ramli (AMNAH)
YB Dr Ong Kian Ming (DAP)
Sim Tze Tzin
Member of Parliament for Bayan Baru
Member of Parliament for Bayan Baru
Selasa, 29 November 2016
Ceramah 'Lawan Tetap Lawan'
2hb Disember'16 (Jumaat)
8.30 malam
Padang Tunas Damai, Sungai Tiram, Bayan Lepas, P.Pinang.
(Belakang The Star atau Nissan SC)
Penceramah:
1. Rafizi Ramli (MP Pandan)
2. Saifuddin Nasution
3. Mohammad Mohd Taib (Bekas MB Selangor)
4. Mujahid Yusof Rawa (Amanah P.P)
5. Khairuddin (Bersatu)
6. Saiffudin Abdullah (Bekas Timb Menteri)
7. Sim Tze Tzin (MP B.Baru)
8. Abdul Malik Kassim (Exco Kerajaan Negeri)
9. Mohd Rashid Hasnon (TKM1PP)
10. Chang Lih Kang (Adun)
11. Manivanan (MP Kapar)
'Diam Di Tindas atau Bangkit Lawan'
Semua dijemput hadir....
8.30 malam
Padang Tunas Damai, Sungai Tiram, Bayan Lepas, P.Pinang.
(Belakang The Star atau Nissan SC)
Penceramah:
1. Rafizi Ramli (MP Pandan)
2. Saifuddin Nasution
3. Mohammad Mohd Taib (Bekas MB Selangor)
4. Mujahid Yusof Rawa (Amanah P.P)
5. Khairuddin (Bersatu)
6. Saiffudin Abdullah (Bekas Timb Menteri)
7. Sim Tze Tzin (MP B.Baru)
8. Abdul Malik Kassim (Exco Kerajaan Negeri)
9. Mohd Rashid Hasnon (TKM1PP)
10. Chang Lih Kang (Adun)
11. Manivanan (MP Kapar)
'Diam Di Tindas atau Bangkit Lawan'
Semua dijemput hadir....
Selasa, 22 November 2016
Jom undi untuk jaringan cantik Faiz Subri untuk merebut Anugerah Puskas FIFA tahun ini
Gol cantik pemain Pulau Pinang, Faiz Subri dicalonkan FIFA dalam senarai akhir 10 gol untuk merebut Anugerah Puskas tahun ini. Antara saingan Faiz adalah gol Neymar dan Messi.
Tahniah.....Ayuh,atas nama MALAYSIA,sama sama kita memberikan undi untuk jaringan menakjubkan ini.
Anda semua boleh mula mengundi di
Selasa, 8 November 2016
Kisah 2 Insiden Di Parlimen Hari Ini Berkenaan Banjir Kilat Di Bayan Baru - Menteri cuba lepas tangan.
Hari ini, saya telah minta kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memperuntukkan wang bagi menyelesaikan isu-isu banjir di Bayan Baru dan Batu Maung.Tetapi yang mengecewakan ialah beliau hanya mengulangi peruntukan untuk Tebatan Banjir di Sg Pinang.
Saya telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu banjir ini. Bulan lepas, saya telah mesyuarat dengan Pengarah JPS, JD JPS, JD JKR dan Exco YB Chow (seperti dalam gambar) Kami telah mengenal pasti punca banjir. Tetapi usaha kami terbantut di sana, kerana isu utama adalah dana kerana berpuluh-puluh juta diperlukan!
Saya begitu kecewa kerana Menteri tidak mahu membantu. Dan projek tebatan banjir Bayan Baru tidak pernah dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan.
Tetapi, saya terjumpa dengan Ketua Menteri P.Pinang YAB Lim Guan Eng di lobi Parlimen. (Sebenarnya, saya menunggu dia, saya perlu membangkitkan isu banjir ini kepadanya). Saya segera memberitahu beliau isu banjir di Bayan Baru dan Batu Maung kepada beliau. Dia juga mengakui sesuatu perlu dilakukan. Tetapi beliau berkata, perlu berjumpa dengan YB Chow terlebih dahulu.
Saya tidak memasang harapan tinggi, kerana saya tahu kerajaan negeri tidak mempunyai dana yang cukup. Saya pun balik ke sidang parlimen untuk meneruskan sesi. Kemudian tiba-tiba telefon saya berdering. Saya terlupa untuk tukar ke mode senyap.
Ia adalah satu panggilan daripada CM!
Beliau memberitahu saya bahawa baru habis bercakap dengan YB Chow. Beliau telah memahami masalah banjir di Bayan Baru dan Batu Maung. Beliau mahu saya untuk membincangkan butir-butir teknikal dengan YB Chow dan jumpa beliau untuk mendapatkan peruntukan bagi projek tebatan banjir.
Secara jujur saya memberitahu beliau projek tebatan banjir yang dicadangkan oleh JPS adalah berkos tinggi. Beliau secara berseloroh berkata "Saya akan melakukan apa saja untuk anda, Sim". Sebagai balasan, saya memberitahunya, saya akan belanja dia Minum ... haha.
Kita bernasib baik mempunyai CM yang mengambil berat tentang Bayan Baru & Batu Maung.
Selepas sesi parlimen, saya akan memberi tumpuan kerja saya untuk menyelesaikan masalah banjir Bayan Baru dan Batu Maung.
Sim Tze Tzim
Ahli Parlimen Bayan Baru
Khamis, 3 November 2016
9 tahun Datuk Seri Najib Menteri Kewangan, Bebanan kewangan negara dan rakyat RM681 bilion, Transformasi Nasional paling besar dalam sejarah Malaysia.
Kenyataan Media MP Bayan Baru YB Sim Tze Tzin:
3 November 2016
Isu yang paling hangat dibahaskan dalam bajet 2017 adalah isu hutang negara dan bebanan kewangan, bukan sahaja Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan malah juga MP dari BN merasakan kebimbangan terhadap bebanan hutang yang terlalu tinggi. Yang lebih membimbangkan adalah mantan Menteri Kewangan 2 YB Datuk Husni juga meluangkan perasaan bimbang terhadap keadaan hutang negara.
Jadi timbul soalan berapakah hutang negara dan bebanan bakal projek-projek besar yang diluluskan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak? Adakah hutang tersebut “sustainable” atau ia bakal menjejaskan keadaan ekonomi, debt servicing dan “rating” negara?
Atas Persoalan-persoalan itu, pejabat saya telah membuat kajian kepada jumlah hutang negara, projek mega yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini akan memberi gambaran bagaimana bebanan kewangan negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib.
Pertama sekali, kami meninjau dari segi hutang kerajaan.
Pada tahun 2008 apabila YAB Datuk Seri Najib menjadi Menteri kewangan, Hutang negara hanya berjumlah RM 266 bilion, pada 2Q2016 hutang negara telah mencecah RM655billion. Pendek kata di bawah 9 tahun beliau menjadi Menteri kewangan, beliau telah meminjam RM389 bilion lebihan hutang, lebih banyak daripada semua menteri kewangan sejak kemerdekaan.
Kedua, kami mengkaji semua projek-projek raksasa yang diumumkan oleh beliau. Dari segi projek-projek rel yang diumumkan adalah seperti berikut:
1. MRT 1 Sungai Buloh-Kajang - RM 23 Bilion
2. MRT 2 Sungai Buloh-Putrajaya - RM 32 bilion
3. LRT 3 Bandar Utama-Klang - RM 9 bilion
4. LRT extension atau Projek Penyambungan Jajaran LRT bagi laluan Ampang dan Kelana Jaya - RM 8 bilion
5. Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru - RM7 bilion
6. Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (High Speed Rail) - RM50 bilion
7. Projek landasan kereta api baru East Coast Rail - RM55 bilion
Jumlah Projek-projek rel atau rail projects yang diumumkan oleh Pentadbiran Najib ini telah berjumlah RM 184 bilion.
Ketiga, kami mengkaji semua projek mega highway yang diumumkan oleh beliau:
1. Lebuhraya DUKE Fasa 2 RM 1.18 bilion
2. Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) RM 3.74 bilion
3. Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) RM 2.4 bilion
4. Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) RM 4.2 bilion
5. Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) RM 1.6 bilion
6. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat RM 6 bilion
(West Coast Expressway)
7. Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway RM 5.3 bilion
8. Lebuhraya Pan Borneo RM 29 bilion
Jumlah projek-projek lebuhraya yang diumumkan oleh PM adalah RM 53.42 bilion.
Pinjaman YAB PM tidak berhenti di sana sahaja. Keempat, kami mengkaji projek-projek mega dalam sektor pembinaan.
Projek Menara Warisan KL118 RM 3.4 bilion
Projek Taman Tugu RM 600 juta
1MDB RM 50 bilion.
Jumlah projek sektor pembinaan adalah RM 54 bilion.
Maka jumlah hutang yang telah dipinjam, sedang dipinjam dan akan dipinjam oleh pentadbiran Perdana Menteri YAB Pekan akan mencecah RM 681 bilion!
Secara kasar, kerajaan membiayai tanggungan hutang tersebut melalui 4 cara:
1. Hutang Kerajaan (Government Debt)
2. Government Guarentees (Contingent Liabilities)
3. Bail out.
4. Jual aset negara
Boleh dikatakan kesemua projek mega di atas adalah dibiayai secara PPP (Public-Private-Partnership). Tetapi akhirnya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membiayai tanggungan hutang tersebut.
Contoh seperti 1MDB, di mana kerajaan memberi surat sokongan atau letter of guarantee, kemudian SPV akan meminjam duit daripada pasaran bond negara atau luar negara. Jika projek gagal, kerajaan perlu tanggung hutang tersebut melalui bail out. Itu sebab kerajaan telah menjual aset strategik negara seperti Bandar Malaysia dan penjana elektrik kepada negara China.
Satu lagi contoh adalah Pembiayaan projek-projek MRT/rel melalui pihak swasta akan memindahkan hutang negara kepada hutang syarikat swasta. Cara in dipanggil “off budget”. Ia akan “mencantikan” bajet kerajaan, tetapi hakikatnya, hutang syarikat swasta akan ditanggung oleh kerajaan melalui government guarantee loan yang merupakan contingent liabilities.
Untuk Projek-projek lebuhraya, walaupun bukan diklasifikasikan sebagai contingent liabilities, tetapi ia akan mengenakan tol dan bebanan rakyat. Jika tidak mencapai traffic volume yang ditetapkan, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi daripada bajet kerajaan Kementerian Kerja Raya.
Oleh kerana kesemua projek tersebut perlu meminjam duit, ia akan meningkatkan beban hutang negara dan bebanan rakyat.
Kesimpulan daripada kajian kami, cara pentadbiran kewangan Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kewangan sangat membimbangkan. Bebanan RM 681 bilion perlu ditanggung rakyat Malaysia sehingga cucu-cicik kita.
Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Langgan:
Catatan (Atom)
DAP Punca Melayu Berpecah ???
Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS. Alasannya ad...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Krisis Perak: Pengajaran Menuju Sistem Dua Parti di Malaysia Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia Penceramah: YB Dato...









