Selasa, 21 September 2010

Bini puaka: Mahasiswa adakan himpunan

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru seluruh mahasiswa turun ke Mahkamah Jalan Duta 24 September ini bagi mendengar keputusan perbicaraan kes "bini puaka" melibatkan lima pelajar Universiti Malaya (UM).

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat seluruh mahasiswa kepada institusi kehakiman di Malaysia.

Ridzuan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau yakin akan kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.

"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", kata Ridzuan.

SMM juga meminta seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut.

Lima mahasiswa iaitu Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak bermula Julai tahun lalu.

Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Calon Ketua AMK : MSK sokong Chegu Bard dan ulasan aduka taruna



Ramai yang menjangkakan debat calon Ketua AMK akan panas. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, dan ada yang mengatakan hambar.

Aku tak tau apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sama ada ianya panas, sejuk, hebat atau hambar. Tapi aku yakin, mereka yang merasakan ianya hambar kerana tidak ada tuduh menuduh, hujah-menghujah ala Presidential Debate Amerika…atau pun macam debat Anwar-Shabery Cheek.

Tetapi.. apabila Presidential Debate diantara Obama dan Hillary juga dikatakan hambar oleh CNN. tidak ada tuduh menuduh, tidak ada kontradiksi kerana mereka dari parti yang sama. Dasar yang sama, misi yang sama dan visi yang sama. Mungkin hanya pendekatan yang berbeda.

Itu sebab aku tak pernah menyebut debat itu debat ala-Presidential, sebaliknya hanya menyebut Debat 4 penjuru. Mungkin kalau Shamsul Iskandar ada pada malam tu, mungkin panas sikit. Tetapi oleh kerana Sam tak ada, nak kutuk sapa?

Persiapan malam tu pun ada kekurangannya. Aku ingatkan, bila buat kat tempat best macam Taiping Golf Resort, peralatan pun bagus, tapi sound-system kaput. PA system ceramah aku pun tak buat kacau macam tu. Aku rasa macam nak baling mikrofon.
AT (Memasing kaber emo tu bro... takdo batu api. Patut panggil Batu Api blogger PAS Terengganu tu. Baru boleh bikin semua bertumbuk. Ngee..)


Internet connection pun teruk…so sapa yang tengok live malam tu sori la. Anaz dah buat apa yang terdaya.

Itu kelemahan..tapi aku juga minta hangpa faham. Program itu dibuat dengan zero budget. Team UREKA main terjun saja…kalau jadi..jadilah. Kami mahu menjadi perintis. Lepas ni, aku dengar dah ada orang lain nak buat. IKD nak buat, MyDemocracy Watch pun nak buat. Aku kata..bagus.
AT (Apa pun gua tabik lu bro.. untuk tajuk kerja yang lu jalankan. Walau lepas ni, akan ada pihak yang buat lebih bagus dari lu orang, tapi lu lah yang tukang tebas lalang masa mula2.. takda honda bulat, takda Honda CBR bro.)

Dalam sessi pertama, sessi pidato..aku tak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hasmi. Aku rasa macam mengikuti kelas sejarah untuk menaikkan semangat. Tak ada blueprint, perancangan dan wawasan yang disampaikan oleh Hasmi. Kalau ada pun, mungkin aku tak faham.

Ini diikuti denga Rafizi. Memang bagus. Cara penyampaian yang jelas dan dia dapat menerangkan visi dan misinya dengan jelas dalam masa 20 minit yang diberikan. Kalau nak berbahas, aku rasa dia menang.
AT (Gua tak kenal Rafizi.. maybe sebab gua orang luar. Nora Danish gua kenal.)

Kemudian Chegu Bard. Kelebihan Chegu Bard ialah memukau penonton. Aku cuma pernah dengar ceramah Chegu Bard mungkin dua kali. Tapi mungkin kerana kelebihan dia berceramah yang menyebabkan orang Pas selalu sangat panggil dia. Dan Chegu Bard juga berjaya merangkumi semua yang aku nak dengar. Tentang macam mana nak perkukuhkan AMK, macam mana nak cari duit…dan yang paling penting, Chegu Bard menetapkan kepentingan iaitu bagaimana nak memenangi pilihanraya.

Kalaulah debat tersebut dijalankan secara format Akademi Fantasia, Hasmi out dipusingan pertama.
AT (Cakap semua orang boleh cakap bro. Tulis semua orang boleh tulis. Tapi, CheguBard dah ikat janji bahawa perjuangan adalah perlaksana an kata-kata, membuatkan kita boleh pegang dia bro. Cakap boleh, tulis boleh, kita pegang time buat tuh plak. Kalau gua, dah lama out dah. Hua3)

Sessi kedua ialah dialog dengan penonton.

Sebelum program ini dijalankan, kami telah berbincang tentang segala kemungkinan. Mungkin ada yang provokatif…mungkin ada yang membangkitkan persoalan peribadi. Dan mungkin juga ada yang akan menanyakan soalan budak darjah satu.

Akhirnya kami bersetuju bahawa apa saja yang akan terjadi akan menampakkan imej AMK itu sendiri. Biar saja.

Kalau ada penonton tunjuk gambar Chegu Bard berpeluk dengan Maya Karin…mampuih pi la. Kalau ada yang nak kutuk Rafizi pun…kutuk la.
AT (Seb baik Maya karin.. kalau Nora Danish tadi, terus jer gua isytihar perang dengan CheguBard. Jangan memain lu bro dengan gua.)

Tapi itu semua tidak terjadi. Cuma ada soalan provokatif dari Juwaini dan Dawai Kokot. Yang tu aku suka.

Semua soalan yang lain dapat dirungkai oleh Chegu Bard dan Rafizi dengan baik, tapi bila soalan provokatif dari Juwaini yang bertanyakan kepada Rafizi tentang punca dia meninggalkan AMK dulu menyebabkan aku sudah kurang berminat dengan Rafizi.
AT (Lepas ni, kalau dia kalah, dia tinggalkan AMK tak bro? Aduss.... dah nampak dah gua..)

Rafizi meninggalkan AMk kerana tidak bersetuju dengan Ezam berkenaan dengan kemasukan wanita muda dalam AMK. Benar..itu soal prinsip. Tapi kalau tak bersetuju…terus ambil keputusan letak jawatan, aku jadi fobia.

Macam mana kalau dah jadi Ahli Parlimen, kemudian tak setuju dengan Ketua Whip atau tak setuju dengan Presiden…Rafizi letak jawatan kerana prinsip?

Sorry la. Zulkifli Nordin, Jamal, Osman, Zahrain, Wee Choo Keong…semuanya letak jawatan dan keluar parti kerana prinsip. Yang naya…tukang gantung bendera, tukang tampal poster.

Oleh kerana dia kata dia yang cari duit untuk parti…aku rasa dia patut teruskan bidang kemahiran dia. Aku tak nampak Rafizi boleh memimpin Generasi Reformasi. Apa yang aku nampak, Rafizi lebih banyak menceritakan tentang apa yang dia buat…berlainan dengan Chegu Bard yang lebih banyak mengiktiraf peranan orang lain. Mungkin itu sebabnya Chegu Bard lebih diminati.

Apabila Dawai kokot memberikan label ‘elitist’ kepada Rafizi, Rafizi cuba memberikan analogi Aung San Su Kyi. Lagi la aku pissed-off. Aung San Su Kyi diangkat oleh rakyat Burma, tetapi Rafizi diturunkan oleh Anwar Ibrahim. Gone!!

Dan sesuatu yang janggal dan mungkin ditertawakan oleh Hishamuddin Rais ialah apabila Generasi Reformasi memakai baju batik. Nasib baik perut tak boroi.
AT (Kalau pakai baju batik sambil pakai serban bro?)

Aku lebih suka pendekatan Chegu Bard. Walaupun tak ditawarkan apa-apa jawatan oleh Sam, dia terus buat kerja. Dan apabila dia mengutamakan pemerkasaan AMK untuk menghadapi pilihanraya, yang tu aku setuju. AMK cuma hidup atas nama saja. Nak menghadapi pilihanraya, jentera pilihanraya kena kuat.

Duit belum tentu menguatkan jentera. Yang perlu ialah semangat dan kerja kuat dari ahli-ahli yang komited. Betul duit itu perlu, tapi itu bukan yang utama. Sebaliknya, yang tinggal dalam parti adalah mereka yang tak berduit. Mereka yang nak cari duit, keluar parti.

Satu lagi kesilapan Generasi Reformasi ialah apabila mengumumkan barisan kepimpinan bayangannya. Dah la tak ada sorang pun wanita muda didalamnya, ditambah pula dengan sejarah Rafizi yang bertindak meletak jawatan kerana menentang percantuman wanita muda dalam AMK. Apa pun alasan yang diberi, persepsinya ialah Generasi Reformasi anti-wanita.

Lebih teruk..apabila Rafizi mengumumkan mereka yang didalam barisannya tanpa persetujuan mereka yang terbabit. Salah seorang darinya ialah Chang Lih Kang yang dikatakan termasuk didalam barisan kepimpinan Generasi Reformasi. Sedangkan Chang Lih Kang ialah running-mate Chegu Bard. Sebiji stail Azmin.

Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki tapi aku lebih berkeyakinan terhadap Chegu Bard untuk memperkasakan AMK.

Untuk pemilihan kali ini, aku sokong Chegu Bard.

MSK...

Anak muda jgn bergantung kepada parti semata-mata – Che’gu Bard



TAIPING 18 SEPT: Program debat calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berlangsung dalam suasana kekeluargaan walaupun semua calon yang bertindak sebagai pemidato, membawa gagasan, kaedah dan idea yang berbeza.

Program yang berlangsung di Dewan Teratai, Kelab Golf Taiping, Perak itu dirasmikan Ketua AMK Perak, Abdul Yunus Jamhari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau.

Pada program berkenaan, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Hasmi Hashim tampil sebagai pemidato pertama yang membentang idea ‘Gagasan Pencerahan’.

Beliau mengungkap semula makna dan harapan baru semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan supaya fungsi seni dan budaya tidak diketepi dalam arus perjuangan.

“Jangan lupa, ahli politik besar adalah pemikir, budayawan dan penulis, antaranya Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan rakyat,” katanya.

Bendahari PKR Trengganu, Rafizi Ramli pula menggamit anak muda mengimbas kembali sejarah awal gerakan reformasi sebagai suatu titik perubahan yang membawa politik baru di negara ini.

Beliau berpendapat, semangat kebersamaan perlu pada semua peringkat walaupun setiap kelompok mempunyai kaedah dan mekanisme tertentu dalam melaksanakan agenda reformasi mengikut konteks masing-masing.

“Revolusi Perancis yang dipelopori golongan imiah dan intelek dilakukan bagi melaksanakan perubahan supaya hak rakyat terus dijunjung,” katanya yang mengingatkan anak muda betapa cabaran dalam berdepan dengan Barisan Nasional berbeza dengan era 1998.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard pula menekankan keperluan pembentukan struktur organisasi yang mantap bagi menyantuni golongan eksekutif sehingga masyarakat jalanan.

Justeru, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu mengingatkan anak muda betapa kebergantungan kepada parti semata-mata, akan gagal membentuk generasi muda yang mandiri.

“Struktur yang ada perlu diperkasakan. Rancangan bagi anak muda, terutama dalam negeri Pakatan Rakyat perlu digarap. Reformasi bukanl sesuatu yang romantis tetapi adalah realiti yang perlu dihadapi,” katanya.

Sesi debat itu dipengerusikan pengasas Universiti Terbuka Perak (Ureka), Afendi Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Saman Kati.

Debat seumpama itu yang melibatkan calon bertanding pada peringkat parti adalah pertama di negara, bertujuan membentangkan pandangan masing-masing secara ilmiah dan akademi.

“Acara seperti ini mesti dibudayakan. Inilah politik baru yang dibawa PKR dan dimulakan golongan anak muda,” kata Afendi.

- TVSelangor


Kepada mereka yang ingin melihat kembali rakaman Debat Ketua AMK tempoh hari sila layari link dibawah ini.

.

http://www.justin.tv/urekatv/

http://justin.tv/urekatv/b/270285695

http://justin.tv/urekatv/b/270286280

http://justin.tv/urekatv/b/270287500

http://justin.tv/urekatv/b/270289854


Antara Rafizi, Hasmi atau Badrul Hisham?


1. Saya baru selesai meneliti hujah-hujah para calon ketua AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam rakaman Debat 3 Penjuru yang melibatkan saudara Rafizi Ramli, Hasmi Hashim dan Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).

2. Walaupun terganggu dengan kualiti sistem PA yang bermasalah serta muzik latar yang kurang sesuai, mutu ketiga-tiga pendebat selayaknya dipuji. Mereka telah berjaya menunjukkan mutu perbahasan yang baik di samping mampu mengutarakan gagasan perjuangan dengan cermat dan jelas.

3. Hasmi Hashim adalah penulis dan pemikir yang baik. Namun semalam, beliau kelihatan terlalu menekankan perihal kedudukan penulis yang perlu diangkat dalam menerajui kepimpinan serta cadangan berkenaan perlunya pemilihan Perdana Menteri dibuat secara terus oleh rakyat. Ia suatu gagasan yang baik tetapi saya tidak fikir ia menjadi penekanan utama dalam manifesto seorang calon ketua AMK.

4. Sosok pemikir seperti Hasmi adalah sangat bernilai dan mustahak dalam sebuah parti politik baru dan progresif seperti PKR. Namun, saya kurang pasti kesesuaiannya dalam memimpin sebuah angkatan muda.

5. Rafizi pula tampil berhujah dengan mengimbau tentang titik awal Reformasi ’98 dan semangat kebersamaan yang menggerakkan peristiwa tersebut. Beliau juga mengungkapkan dengan jelas masalah-masalah serta isu-isu orang muda khususnya masalah ekonomi yang mengekang.

6. Beliau juga kelihatan banyak menekankan persediaan AMK dalam mempersiapkan PKR dalam menuju ke Putrajaya. Bagi beliau AMK perlu memperbaiki beberapa aspek dalaman seperti imej AMK, kekuatan kewangan dan kemantapan kaderisasi.

7. Saya hampir sepenuhnya bersetuju dengan semua hujah beliau. Namun, ada beberapa hujah yang saya fikir kurang tepat. Misalnya kriteria yang ditetapkan oleh ahli dalam menilai ketokohan ketua AMK bukanlah berkiblatkan Pemuda UMNO yang ketuanya mestilah bersifat anti-tesis terhadap pemimpin parti. Namun kecenderungan memilih pemimpin pemuda yang agresif dan lantang adalah kriteria umum yang digunakan di mana-mana pun sayap pemuda bersesuaian dengan sifat orang muda yang sebegitu.

8. Walaubagaimanapun, Rafizi Ramli adalah pemimpin muda yang membanggakan saya sebagai anak Terengganu. Cerdik dan berkaliber. (Mudah-mudahan beliau akan mampu menggugat keselesaan YB Ahmad Shabery di kerusi Kemaman)

9. Calon ketiga, Badrul Hisham atau Chegubard pula tampil dengan hujah yang lebih berpijak. Beliau menekankan perlu sifat kepemudaan dalam AMK yang agresif memandangkan cabaran yang bakal dihadapi parti adalah lebih getir khususnya nasib Ketua Umum DSAI yang mungkin akan disumbatkan ke penjara.

10. Saya hanya kurang bersetuju dengan cadangan beliau berkenaan membekalkan kemudahan logistik kepada pemimpin mahasiswa pro-PKR yang mahu bertanding dalam pilihanraya kampus (MPP). Saya fikir Chegubard tidak mengikuti dengan dekat aktivisme mahasiswa kerana tindakan sedemikian (taja calon MPP) adalah sama dengan apa yang diamalkan oleh Pemuda UMNO sejak sekian lama. Jika AMK turut melakukannya, maka di manakah bezanya?

11. Walaubagaimanapun setakat semalam, jika saya adalah salah seorang ahli AMK, satu undi adalah milik Badrul Hisham Shaharin. Dengan harapan yang tinggi agar Rafizi dan Hasmi diletakkan di kerusi penting AMK.

12. Kepada semua calon, selamat bertanding!


hasbiemuda



Jumaat, 17 September 2010

Permatang Pauh : Pak Tam tetap lawan Mansor


Dalam pemilihan PKR di Permatang Pauh walaupun tiada pihak yang mahu menentang Ketua Cabang PKR Permatang Pauh iaitu DS Wan Azizah, namun bagi mengisi tempat Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh tiga nama telah dicalonkan pada permulaannya.


Dan kemudiannya seorang dari calon telah mengundurkan diri iaitu Saudara Roselai (gambar) yang juga Setiausaha PKR Cabang Permatang Pauh tanpa diketahui apakah sebab sebenarnya beliau menarik diri dari bertanding lantas meninggalkan hanya dua nama yang akan bertanding iaitu Che Mat Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Tam dan juga Datuk Mansor TKM1 Pulau Pinang.

Namun begitu ada pihak yang mengatakan Roselai menarik diri setelah ada tangan ghaib yang menasihatinya dalam satu perjumpaan yang berlangsung di Yayasan Aman, Penanti yang telah berakhir pada jam 2.00 pagi..

Ini bermakna Datuk Mansor Othman akan mencabar Pak Tam yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh .

Pada awalnya Datuk Mansor Othman dijangka menang tanpa bertanding kerana banyak pihak yang menjangkakan Pak Tam juga akan menarik diri sekaligus memberikan kemenangan buat Datuk Mansor Othman sebagai Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh.

Namun itu semua hanyalah spekulasi masyarakat..

Hari ini dari flyers yang diedarkan (gambar dibawah) di Permatang Pauh jelas Pak Tam masih akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Cabang yang disandangnya itu..Pak Tam yang dihormati kerana punya pendirian yang tegas akan terus mempertahankan jawatan tersebut setelah menerima banyak permintaan dari akar umbi.



Click on image to enlarge view

Sebagai menghormati permintaan akar umbi menurut Pak Tam beliau juga mempertahankannya bagi bersama-sama menyuburkan demokrasi, kerana biasanya sesuatu yang mudah diperolehi itu jarang dihargai..

Yang menimbulkan persoalan disini ialah mengapa Datuk Mansor Othman ADUN Penanti yang juga TKM1 Pulau Pinang berani atau sanggup memperjudikan nama besarnya untuk bertanding bagi merebut hanya jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh dari Tuan Che Mat Hashim(Pak Tam)?

Satu jawatan yang tidak menjanjikan apa-apa imbuhan ataupun kuasa..

Tuan Che Mat Hashim(Pak Tam) telah menyandang jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh dan memimpin PKR Permatang Pauh dalam menghadapi beberapa siri PRU dan juga satu PRK yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada PKR.

Dan sudah menjadi lumrah dalam satu pertandingan akan ada yang kalah dan akan ada yang menang..

Andaikata benar apa yang dikatakan oleh setengah pihak bahawa Datuk Mansur diyakini akan mendapat sokongan padu ahli-ahli PKR Permatang Pauh kerana beliau telah menyelesaikan 1001 masaalah di kawasan DUN Penanti, Alhamdulillah diucapkan..

Tetapi jika dakwaan tersebut tidak benar atau meleset dan beliau ditolak oleh Ahli-ahli PKR Permatang Pauh sendiri dan menyebabkan kekalahan berpihak kepadanya tidakkah ini akan memberikan persepsi negatif terhadapnya oleh masyarakat yang berada diluar Permatang Pauh?

Apakah yang difikirkan oleh masyarakat yang berada diluar PKR Permatang Pauh jika seorang ADUN yang juga memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikenali seluruh Negara tewas kepada seorang ahli yang hanya dikenali disekitar Permatang Pauh?

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA


Perutusan Hari Malaysia 2010 Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim


16hb September 1963, Perseketuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Serawak secara rasminya membentuk Malaysia. Makanya kenegaraan Federalisme yang menjadi salah satu dari tiang seri negara sewajarnya menjadi semakin kukuh dan sepatutnya lagi dihormati. Kemasukan Sabah dan Sarawak ternyata membawa dampak yang bukan sedikit kepada negara. Malangnya semangat pembentukan Negara Malaysia dan faham Federalisme yang mendukungnya, malah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pula, kian hari semakin terhakis. Pemusatan kuasa kepada kerajaan persekutuan tidak terbendung lagi. Faham Federalisme, Kedaulatan Undang-Undang dan Semangat Keperlembagaan diketepikan demi mengekalkan kekuasaan elit pemerintah semata. Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi. Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai “deposit” kemenangan ketika mahu memenangi pilihanraya.


Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini. Jelasnya kita tidak boleh menyalahkan mereka dan seharusnya berusaha menjana tenaga, fikiran serta terus beriltizam membasmi penindasan tersebut. Makanya Parti Keadilan Rakyat bersama Permuafakatan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di seluruh negeri-negeri yang bersekutu dengan negara ini dan berusaha sejajar dengan hasrat murni Perlembagaan Persekutuan. Malanglah negara ini jika pemerintahnya bertindak menyisihkan dan menafikan hak rakyat sendiri kerana berbeza fahaman politik, ras dan kebudayaan.


Kini sudah tibalah masanya seluruh rakyat dari Perlis sehingga ke Johor, dari Kelantan sehingga ke Sabah dan Sarawak menyertai gelora menuntut Perubahan, agar sirna penindasan dan tertegaknya Keadilan. Hari Malaysia ini, bersamaan 16hb September 2010, biarlah ianya dimaknai oleh kita, untuk terus beriltizam dan berusaha mengembalikan Semangat Keperlembagaan agar negara ini “…mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.”



ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Khamis, 16 September 2010

AMKPP memberi sokongan kepada Badrul Hisham sebagai Ketua AMK Malaysia dan Shamsul Iskandar sebagai Naib Presiden




KENYATAAN MEDIA AMK PULAU PINANG (AMKPP)

Sebagaimana diketahui umum Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN ) akan menghadapi proses pemilihan di setiap peringkat dengan konsep 1 ahli 1 undi. KEADILAN lah parti yang pertama yang berani melebarkan demokrasi pada tahap ini.

Pemilihan kali ini amat penting kerana ia selepas kejayaan yang dicapai dalam PRU ke 12 dan bagi mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU ke 13.

Malangnya persoalan jentera yang efisyen menjadi pemisah kepada kejayaan memasiki Putrajaya selain penipuan regim. Selepas PRu parti berkembang penambahan keahlian mendadak namun pembinaan jentera AMK tidak seiring dengan perkembangan ini. Jesteru inilah cabaran bagi pimpinan yang bakal dipilih.

Pemimpin AMK yang dipilih seharusnya memberi tumpuan menjawab persoalan pembinaan jentera akar umbi AMK bagi seiring dengan imej parti dan Anwar yang melonjak di dalam dan di luar negara.

Lebih penting dari itu pimpinan yang bakal dipilih seharusnya berani untuk terus kekal dengan agenda REFORMASI yang menjadi asas parti. DEKLARASI PERMATANG PAUH seharusnya diangkat untuk terus releven menjadi panduan arah tuju pembahruan negara.

Tidak ada regim yang akur dengan mudah terhadap proses demokrasi tanda desakan rakyat. Menyedari faktar tersebut dan menyedari beberapa risiko yang bakal di hadapai parti dan Ketua Umum maka AMK seharusnya dipimpin oleh pemimpin akar umbi yang membina jaringan ANAK MUDA yang berani menyatakan perinsip pembelaan rakyat dengan tegas. Tema ANAK MUDA PEMANGKIN PEFORMASI harus disegarkan kembali.

Hari ini ANGKATAN MUDA KEADILAN PULU PINANG secara rasminya mengumumkam calon terbaikbagi ketua AMK Malaysia iaitu Saudara Badrul Hisham Saharin atau lebih dikenali sebagai CheGu Bard manakala Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calon terbaik Naib Presiden bagi mewakili suara ANAK MUDA yang akan mewarisi pentadbiran parti dan negara. Keputusan ini dibuat setelah meneliti pandangan akar umbi AMK Pulau Pinang bahawasanya keperluan mengangkat hala tuju perjuangan dalam idealisme perjuangan ANAK MUDA di Malaysia.


Justeru AMKPP secara terbuka memberi mandat kepada seluruh ahli AMK Pulau Pinang memilih calon terbaik mengetuai AMK Malaysia dan menyeru seluruh ahli parti di semua peringkat mengangkat Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin sebaiai salah seorang calon terbaik Naib Presiden. Kenyataan ini juga telah mendapat mandat oleh ketua-ketua AMK cabang di Pulau Pinang termasuk beberapa calon ketua AMK Cabang.

Oleh yang demikian , tanda tanya beberapa rakan AMK di beberapa buah negeri mengenai sokongan AMK Pulau Pinang terhadap calon ketua AMk Malaysia hari ini terjawab sudah.

Sekian Kenyataan ringkas AMK Pulau Pinang

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...