Rabu, 8 Februari 2012

SURAT TERBUKA BUAT DATIN SERI ROSMAH MANSOR ( LAKI NAJIB )DARI SEORANG PELAJAR ! WAJIB BACA !


Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Jumaat, 3 Februari 2012

Kenyataan Rasmi "lsu Kepala Babi Di Masjid Nurul lman Rawang"



Seluruh Umat lslam terutamanya anak kariah Masjid Nurul lman Rawang amat terkejut dan merasakan tercabar dengan perletakan kepala babi di hadapan tangga masjid pada tanggal 31hb Jan 2012 yang lalu. lanya barangkali sengaja diletakan sebegitu rupa agar berlakunya permusuhan kaum dan ketegangan agama.

Tanpa menuduh kepada mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Sesungguhnya kami amat kesal kerana Masjid yang menjadi rumah ibadat orang lslam serta menjadi lambang peradaban lslam, telah di cemari dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadap ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokosi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sediada.



Kepada seluruh anak kariah, kami berharap agar bertenang berdepan dengan permasalahan ini, kerana sejarah telah mernbuktikan bahawa ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku di tanahair. Sesungguhnya pihak yang berwajib dan berautoriti telah membuktikan kejayaan mereka menyelesaikan masalah ini dengan baik. Untuk makluman semua, laporan polis telah dibuat bagi menangani isu ini. Kami amat yakin dengan kredibilti pihak polis di dalam menyelesaikan isu sensitif seperti ini. Pihak masiid tidak akan bertanggungjawab sebarang tindakan yang bersalahan dengan undang-undang.

Justeru itu marilah kita semua lupakan sengketa yang sengaja ditimbulkan bagi meresahkan kehidupan kita sebagai muslim dengan melaksanakan serta mengimarahkan rumah Allah. Pihak masjid akan menganjurkan siri Munajat dan Solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat di kekalkan. Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pastilah mempunyai hikmahNya.

Sekian, terima kasih dan Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK ISLAM"
MASJID NURUL IMAN RAWANG

Yang lkhlas,

ILHAM AKHBAR BIN HARUN
Nazir

Jawatan Menteri Sumber Manusia " Jawatan Boneka " - V Sivakumar

DAP mendakwa pemimpin Umno memperalatkan rakan-rakan MIC untuk menipu masyarakat India demi kepentingan politik mereka.

NONESebagai buktinya, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar berkata meskipun kepimpinan MIC diberi portfolio Menteri Sumber Manusia, namun tidak ada sebarang perubahan dalam pengambilan pekerja-pekerja baru dari kalangan masyarakat India ke dalam sektor awam.

“Sudah pasti jawatan Menteri Sumber Manusia itu adalah satu jawatan boneka yang tidak boleh membantu masyarakat India.

“Akhirnya terbongkar juga bahawa Menteri Sumber Manusia hanya layak menjadi bahan hiasan dalam kabinet Malaysia. Segala janji-janji yang diberikan masih tidak ditunaikan lagi,” katanya dalam satu kenyataan media dan disiarkan dalam portal DAP - Roketkini.

Sehubungan itu, Sivakumar yang juga Adun Tronoh meminta kerajaan BN, khususnya MIC, yang mendakwa mereka membantu masyarakat India supaya menjelaskan tiga persoalan utama tentang kedudukan orang India dalam sektor perkhimdatan awam.

  • Nyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kaum India yang berkhidmat dalam sektor awam pada masa ini?
  • Nyatakan peratus pegawai dan kakitangan kaum India dalam sektor awam dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kakitangan sektor awam?
  • Nyatakan jumlah pengambilan pegawai dan kakitangan baru dari kalangan kaum India di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri bagi tahun 2010, 2011 dan 2012?
Menurut Sivakumar, hanya jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dapat membuktikan sama ada kerajaan BN benar-benar membela kaum India atau hanya cakap kosong sahaja.

azlan“Sebilangan besar daripada kaum India masih berada di bawah garis kemiskinan dan tidak dapat bersaing kerana beberapa faktor . Satu daripada faktor utama ialah mereka tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam.

“Pada satu ketika dahulu ramai kaum India bekerja dalam sektor awam. Sekarang kita dapat melihat di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tertentu langsung tidak mempunyai pekerja India.

“Kenapakah ini berlaku? Ini sudah semestinya akibat dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan BN yang mempunyai agenda tersendiri,” katanya lagi.m/kini

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Khamis, 2 Februari 2012

Lagi perbuatan khianat meletakkan kepala babi di Masjid


Lagi kepala babi ditemui di masjid
KUALA LUMPUR - Selepas penemuan kepala babi di sebuah masjid di Rawang kelmarin,  Masjid Al-Hidayah, Sentul di sini turut dikejutkan dengan insiden yang sama.

Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan.

Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakan ia hanya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup.

Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan bebeapa anggota badan babi.

Unit forensik sedang menjalankan siasatan dan kawasan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan awam.
sumber Sinar



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 14 November 2011

Benarkah Lim Guan Eng 'Rasis' ?

Lim Guan Eng (LGE) rasis adalah benih semaian UMNO untuk orang melayu. Itulah kata UMNO yang di semaikan kepada Melayu. Tujuan nya mudah, untuk pastikan UMNO kembali berkuasa di Penang. UMNO kehilangan kuasa sejak PRU 12. Maka bila kehilangan kuasa,maka kehilangan TENDER la puak-puak UMNO nih.Maka tiada la 'MASUK'

Isu yang WAJIB serta perlu di mainkan ialah dengan semaian RASIS kepada LGE. Tahukah kita sekarang ni UMNO di Penang benar-benar 'nazak' kerna tiada 'MASYUK' dalam poket depa. Maka untuk kembalikan 'MASYUK' semula,maka kena pastikan BN/UMNO kembali memerintah di Penang.

Secara jujur aku katakan bahawa UMNO bukanlah membela Melayu, mereka hanya gunakan 'TIKET' melayu untuk pastikan depa (UMNO) masyuk. Lihatlah 52 tahun memerintah sebelum nih, apa yang depa buat untuk Melayu di Penang. Banyak rumah kos mewah di luluskan bagi mendatang 'masyuk' yang besar. lagi Mewah di luluskan, maka lagi 'mewah' lah mereka nih. Itu lah hakikat sebenar UMNO.

Lihatlah apa dah jadi dengan 'Melayu' Penang sekarang. Mana mampu memiliki Rumah Kos Sederhana di Penang nih..Mereka puak-puak UMNO bukan fikir pun masalah Melayu di Penang, yang depa fikir hanyalah 'MASYUK'...

Kini setelah PR memerintah golongan UMNO bagaikan 'meroyan' hilang kuasa, hilang 'MASYUK'..maka berbagai kerja gila lah yang depa buat..hinggakan BAS percuma pun 'di isukan'...Memang depa ni 'gali lubang kubur' sendiri la...Kekadang tu kesian kat puak-puak ni , meroyan tak tentu pasai...hinggakan 'mat rempit' di kudakan oleh mereka...Kata bodoh marah plak pua-puak ni...Kurang Bijak la 'lembut sikit'...

Walau bagai mana pun , bersyukur kepada Tuhan, kerna kurniakan LGE sebagai pemimpin Penang. Dia memang Tuhan jadikan sebagai pemimpin negeri yang pelbagai bangsa dan agama nih...Dia telah membuktikan bahawa dia bukan 'RASIS' seperti yang UMNO semaikan kepada penduduk melayu di Penang. Lihatlah peruntukan yang beliau 'salurkan' kepada MAIPP. Hinggakan UMNO tak terkata...bagaikan terjahit mulut mereka (UMNO). Tender terbuka banyak di perolehi oleh melayu berakal,bukan melayu UMNO. Hinggakan 'Geng Cina MCA' plak 'mengecop' beliau anti Cina. Tetapi rakyat Penang bukanlah bodoh seperti yang 'di labelkan' oleh UMNO dan MCA.


Satu lagi kejayaan yang menjadi buah mulut 'masyarakat' melayu, ialah penghargaan WARGA EMAS. Walaun RM 100 seorang, tetapi mereka iaitu warga EMAS terasa diri mereka di hargai. Masa UMNO dulu jangan harap,hanya kain batik dan pelekat sahaja di berikan. Dah la bernilai RM 15 setiap satu,yang terpilih sahaja atau pun di kenali sebagai "KARAT UMNO' sahaja yang dapat...Itulah Kelebihan LGE yang kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Penang.

Sebagai Rakyat Penang,kita harus memastikan agar Penang ni masih di perintah oleh PR. Kerna PR lebih prihatin rakyat berbanding dengan UMNO/BN yang prihatin kepada 'MASYUK'....

Di sini aku sertakan 'kepekaan' LGE terhadap penduduk Melayu di Penang.KLIK DI SINI untuk menilai akan keprihatinan LGE terhadap Melayu. Aku rasa UMNO bertambah meroyan la, bila benih semaian yang di tabur selama ini di nafikan secara ikhlas oleh LGE....Wajib KLIK untum melihat sendiri.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 26 Julai 2011

Warkah buat saudaraku anggota polis - Dr Mohd Asri


Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis.

Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran Saudaraku anggota polis, Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan. Bahaya kuasa Saudaraku anggota polis, Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui. Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani). Saudaraku anggota polis, Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana. Saudaraku anggota polis, Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43). Saudaraku anggota polis, Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari). Saudaraku anggota polis, Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan) Saudaraku anggota polis, Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara. Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia. Saudaraku anggota polis, Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Isnin, 25 Julai 2011

Mengapa Takut Bersih...?


Ceramah Bersih 2.0 Bersama Yb Saifuddin Nasution dan Yb Dato' Mahfuz Omar di PASTI Kebun Sireh...
Pada Selasa 26 july
Jam 9.00 Mlm.... semua di jemput hadir beramai2.... sebarkan,.......

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...