Rabu, 24 Disember 2008

Anwar ‘belasah’ Fairus



Pemimpin de facto Anwar Ibrahim naik angin Sabtu lalu. Kemarahannya dihala antaranya kepada dua pemimpin muda Pulau Pinang.

Salah seorang daripadanya, tidak lain tidak bukan ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin. Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof turut menerima tempiasnya.

Fairus ‘dibelasah’ atas beberapa kelemahannya, termasuk egonya yang enggan menerima memorandun tertutup yang diserahkan oleh AMK Pulau Pinang Selasa lalu. Sementara itu Yusmadi ditegur kerana jarang turun padang.

Penyerahan memorandum itu sepatutnya berlangsung secara tertutup-dalaman, bagaimanapun ia ‘meletup’ apabila Fairus ‘buat gila’ dengan mengugut dua Exco AMK untuk memenggal kepala sekiranya meneruskan hajat mereka.

Perjumpaan dengan AJK Perhubungan Negeri di Yayasan Aman, Penanti itu, turut dihadiri oleh Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Perhubungan Negeri Zahrain Mohd Hashim selain Ketua-ketua Bahagian, Ketua Wanita dan Angkatan Muda.

“Siapakah kita yang enggan terima memorandum, saya pun pernah terima ?” Anwar dilapor berkata merujuk kepada Fairus.

“Sama ada kita setuju atau tidak, terima dulu memorandum tu, isi kandungannya perkara kedua,” Anwar dilapor berkata.

Fairus sepatutnya menerima memorandum berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

Anwar turut memaklumkan yang beliau juga telah menerima kunjungan beberapa pegawai kerajaan negeri, mengadu tidak berpuas hati dengan prestasi Fairus.

Menurut sumber Fairus ketika itu hanya tunduk membisu.

Difahamkan perjumpaam kira-kira 20 minit itu, diikuti dengan perjumpaan lapan mata melibatkan Anwar, Dr Wan Azizah, Fairus dan Setiausaha keADILan Negeri Mustafa Kamal Yusof.

Perjumpaan susulan itu juga dilaporkan Anwar, bahkan Dr Wan Azizah turut meninggikan suara terhadap Fairus.Sebaik selesai perjumpaan tersebut Fairus terus menemui salah seorang bekas penyumbang dananya – Azmi Nayan dan berkata ; ‘Anwar begitu berpuashati dengan prestasinya.’

Azmi hanya tersenyum sinis kerana sebahagian rahsia Fairus dalam koceknya.


sumber dari blog Alahaiiii …. Fairus

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..zul..mamak
teringat ..ana kisah..khadam dan tuannya,satu hari,tuan mengadakan keramaian dirumahnya,ramailah tetamu..situan ingin menghisap rokok,dia meminta khadam bawakan bara api..si khadam membawa dicelah2 para tetamu,tiba2 bara api patah disebelah hujung api..si khadam menahan dengan telapak tangan dan membawa kehadapan tuannya..tuannya asik berborak,tak siap menggulung batang rokok...si khadam tersenyum sambil memandang tapak tangannya terbakar..tuannya terperasan lantas menyuruh meletakkan diatas pahanya bara api itu..apabila semua tetamu balik,tuan memanggil khadam dan mereka sama2 mengubati bekas terbakar itu...tuan bertanya...kenapa anda tadahkan tapak tangan?...jawab si khadam...sebab ana takut bara api cerderakan tetamu tuan!..tanya pula khadam pada tuannya..kenapa pula tuan alaskan paha?..jawabnya saya melihat khadam tersenyum... ..sebenarnya..tangan sikhadam berkulit tebal sebab bekerja kasar...tahan panas..tetapi situan ni.letakkan dipaha...kulitnya nipis lembut dan luka terbakar tuan nya lebih parah dari luka sikhadam...walaupun sama2 terbakar.....!!!!!

Superman Can't Fly berkata...

Memang peeecaahhhh lllooohhhhh bro....

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...