Selasa, 30 Disember 2008

Sambutan Maal Hijrah wajar 'lebih besar' dari Tahun Baru

Kumpulan nasyid UNIC berharap sambutan Maal Hijrah 1430 lebih besar dan konsisten daripada perayaan tahun baru Masihi 2009 yang bakal disambut pada malam 31 Disember ini.
Ketuanya, Mohd Fitri Mohd Haris berkata, sepatutnya sambutan Maal Hijrah bagi umat Islam merupakan titik permulaan melakukan yang terbaik dan sewajarnya diadun dengan khasiat iman dan taqwa yang tinggi.

Tanpa melibatkan iman dan taqwa seseorang muslim itu tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang makin mencabar apatah lagi Islam di asak dari pelbagai sudut oleh musuhnya yang senantiasa menanti saat-saat kelalaian.

"Kami puji langkah yang diambil oleh Masjid Taqwa, Taman Bertam Indah kerana menyedari fenomena tersebut. Hiburan sememangnya dibolehkan dalam Islam tetapi biarlah ia beradap, "katanya ketika menghadiri program 'Bicara Remaja dan Malam Kesenian Islam' yang dianjurkan oleh Masjid Taqwa, Taman Bertam Indah semalam.

Beliau berharap para remaja Islam khususnya di Pulau Pinang, isikan program sepanjang tahun baru ini dengan berbagai perkara yang berfaedah dan usah lagi terlibat dengan gejaja yang boleh memesongkan akidah serta menjatuhkan martabat sebagai remaja melayu.

Katanya orang melayu dilihat menjuarai segala permasalahan seperti paling ramai di penjara, Pusat Serenti atau terlibat dengan keruntuhan moral maka untuk mengatasinya organisasi masyarakat serta politik atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) mesti merancang aktiviti yang berfaedah mengikut apa yang diminati golongan ini.

"Lazimnya di tahun Hijrah orang akan adakan doa akhir dan awal tahun lepas tu habis. Remaja tidak juga diajari dengan kaedah bagaimana untuk mendekati surau, masjid atau mencari aktiviti yang boleh meningkatkan jati diri dan sebagainya, " ujar Fitri selanjutnya.

Sementara itu penyelaras program berkenaan, Ustaz Hafiz Mohd Aris.Beliau ketika ditemui Harakahdaily menyifatkan, golongan remaja agak sukar untuk diajak jika program yang diatur tidak diselitkan hiburan alternatif di samping menyemai semangat motovasi yang tinggi.

Jelasnya lagi, kesan daripada penganjuran kali pertama dulu bersama kumpulan nasyid yang sama terdapat peningkatan kefahaman remaja di Qariah Masjid Taqwa tentang beberapa keperluan seperti berjemaah, mendekati masjid sebagai medan perbincangan serta menyertai program yang dilaksanakan di sini."

"Penganjuran kali ke dua ini pastinya menarik lebih ramai remaja untuk mendekati masjid selain dapat menyuburkan semangat setiakawan yang telah terjalin. Ibubapa kena juga main peranan menasihati anak-anak remaja mereka supaya bersama membantu mengimarahkan masjid kerana tanpa kta sendiri mengimarahkan siapa lagi yang akan berbuar demikian, " tegas Hafiz yang juga juara rancangan realiti Cari Menantu terbitan TV9.

"Mengawal anak bukan bermakna mengongkong mereka sebaliknya bersikap waspada dengan ancaman global. Jika tidak, pasti anak remaja yang bakal memimpin negara tidak mampu menanggung amanah yang ditinggalkan oleh generasi masa kini," katanya lagi yang juga salah seorang imam di masjid berkenaan.

sumber :harakahdaily

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...